Peniaga ambil mudah

Posted on the February 23rd, 2012 under Berita Tempatan by Mami Juram

KUALA LUMPUR: Tidak perlu logo halal kerana semua pelanggan tahu hidangan disediakan memenuhi standard masakan Muslim. Itu antara alasan yang diberikan segelintir pengusaha restoran apabila ditanya mengenai logo halal di kedai mereka.

Walaupun berulang kali diuar-uarkan pihak berkaitan mengenai penggunaan logo halal baru, ia seperti tidak dipedulikan mereka dan menganggapnya tidak memberi kesan kepada keuntungan berikutan perniagaan sudah dikenali ramai.

Peniaga dikenali sebagai Heidir berkata, dia belum menampal logo baru dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premisnya walaupun mengetahui ia sudah dilaksanakan awal Januari lalu.

“Sebelum ini, kami tidak menggunakan atau menampal sebarang logo halal di premis kerana pelanggan yakin dengan makanan disediakan dan kami tidak pernah mendapat rungutan berkaitan logo itu.

Kedai tak promosi pakej

Posted on the February 23rd, 2012 under Berita Tempatan by Mami Juram

KUALA LUMPUR: Tiada promosi mahupun tanda pengenalan yang jelas. Itu antara komen diberikan pengguna ketika ditanya mengenai Menu Rakyat 1Malaysia diperkenalkan kerajaan pada pertengahan tahun lalu.

Walaupun ia menawarkan harga lebih berbaloi selaras peningkatan kos hidup ketika ini, perkara itu ibarat masih baru di kalangan pengguna, malah ada langsung tidak mengetahui kewujudan menu itu.

Tinjauan Metroplus di beberapa premis yang menawarkan pakej menu terbabit mendapati pemilik rata-rata tidak mempromosikan pakej menu terbabit di kedai masing-masing ditambah pula pelayan kurang arif.

Pelanggan, Ahmad Saiful Bahari, 27, berkata dia sendiri langsung tidak mengetahui kewujudan apatah lagi mencuba menu itu yang sepatutnya boleh dimanfaatkan rakyat sejak awal.

Jejas imej negeri terbersih

Posted on the February 23rd, 2012 under Berita Tempatan by Mami Juram

MELAKA: Sampah yang bertaburan di tepi jalan utama di Jalan Bacang, berhadapan Taman Pasir Puteh, Bachang, di sini, mencacatkan pemandangan di kawasan berkenaan.

Keadaan itu sekali gus menjejaskan imej negeri Melaka yang diiktiraf negeri maju, malah negeri terbersih di negara ini.

Masalah berkenaan dipercayai akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu mengambil jalan mudah membuang bungkusan plastik sampah di lokasi terbabit ketika melalui kawasan itu.

Lebih teruk apabila sampah yang dibuang di tepi jalan bertaburan akibat dikais ayam sehingga mencemarkan lokasi terbabit yang juga laluan utama.

Perjuangan bangsa boleh menjadi ‘asabiyah’ yang ditentang Islam, kata Dr Asri

Posted on the February 23rd, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Perjuangan bangsa boleh menjadi �˜asabiyah�™ yang ditentang Islam, kata Dr Asri

KUALA LUMPUR, 22 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata perjuangan atas nama bangsa boleh menjadi “asabiyah” yang ditentang Islam menambah ia boleh membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada bangsa lain.

Bagaimanapun beliau berkata Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan bangsa sendiri jika ada keperluan ke arah itu selain tidak mewujudkan permusuhan dengan bangsa lain.

“Ada pun asabiyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan.

PAS tolak Israel, terserah kepada Anwar untuk terima atau tidak, kata Nik Aziz

Posted on the February 23rd, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 22 Feb — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan menambah terserah kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terima atau tidak pendirian parti Islam itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Nik Aziz berkata, beliau berpandangan bahawa Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin.

“Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine.

Di Sabah, isu pendatang asing tanpa izin penentu masa depan

Posted on the February 23rd, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KOTA KINABALU, 22 Feb — Tukang perahu Idris (bukan nama sebenar) telah menghabiskan sepanjang hidupnya di kelilingi pendatang tanpa izin di kawasan petempatan yang jauh ketinggalan di sebelah timur Pulau Gaya, yang terletak seminit dari Kota Kinabalu.

Tidak seperti kebanyakan jiran-jirannya, anak kelahiran Malaysia berusia 31 tahun ini tidak perlu menghabiskan sebahagian besar pendapatan bulanannya apabila pegawai Jabatan Imigresen datang ke kawasan itu.

Apa yang berlaku bukanlah perkara baru buatnya dan penduduk di sana menambah purata untuk membeli kebebasan sementara adalah RM200.

TPM Lakukan Lawatan Kerja Dua Hari Ke Sarawak Mulai Jumaat

Posted on the February 22nd, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Sarawak pada Jumaat dan Sabtu ini dengan mengadakan beberapa pertemuan bersama pemimpin masyarakat serta rakyat di kawasan parlimen Bintulu, Selangau dan Baram.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), dijadual mengadakan perjumpaan tertutup dengan parti-parti komponen BN dan kemudian bersolat Jumaat bersama penduduk Kampung Jepak di Bintulu sebelum menyertai majlis kenduri rakyat di perkarangan Masjid Jepak.

Beliau, yang ditemani isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, akan bersama-sama dengan rakyat kawasan parlimen Selangau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tong Ah, Selangau pada sebelah petang, menurut kenyataan Jabatan Penerangan Sarawak di sini, Rabu.

Sultan Selangor Pengerusikan Mesyuarat Ke-228 Majlis Raja-Raja

Posted on the February 22nd, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempengerusikan Mesyuarat ke-228 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini, Rabu.

Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Utama Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Pahang oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan, pelantikan, ekonomi serta perkembangan industri.

NGO Seperti Jati Boleh Undang Keburukan Daripada Kebaikan: Dr Mahathir

Posted on the February 22nd, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

SHAH ALAM: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak Islam dan orang Melayu di negara ini boleh mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Merujuk kepada penubuhan NGO terbaru, Jati, Dr Mahathir berkata, presidennya, Datuk Dr Hasan Ali perlu menjelaskan tujuan dan objektif penubuhan badan itu.

“Beliau perlu menjelaskan objektif Jati kerana saya percaya kebanyakan NGO seperti itu membawa perpecahan di kalangan orang Melayu,” katanya kepada pemberita di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan menghadiri majlis yang dianjurkan Jati pada masa hadapan.

Parti baru Jeffrey Kitingan bakal hangatkan persaingan di Sabah

Posted on the February 21st, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Pengerusi parti baru ‘SabahStar’ Jeffrey Kitingan. — Gambar oleh Jack Ooi

KOTA KINABALU, 21 Feb — Dilihat akan menggamatkan suasana pilihan raya umum, rakyat Sabah bakal bangkit melalui penubuhan parti baru dinamakan “Sabah Star” selain disertai pembangkang untuk menawan kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu sejak sekian lama.

Diketuai Datuk Jeffrey Kitingan, parti berusia sebulan ini atau Parti Reformasi Negeri (STAR) percaya ia akan menimbulkan sentimen yang boleh memecahkan rekod keputusan pilihan raya umum di Semenanjung Malaysia.

Pemimpin veteran berusia 65 tahun ini, yang mempunyai pengalaman menarik sepanjang kariernya dilihat tidak menyerlah dan keluar daripada sekurang-kurang enam parti politik, menegaskan pada kali ini beliau merasakan perubahan akan berlaku di Sabah.

Selcat akan jalankan inkuiri awam isu pasir Selangor

Posted on the February 21st, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

SHAH ALAM, Feb 20 — Panel Transperansi Selangor akan menjalankan inkuiri awam berhubung tuduhan rasuah terhadap syarikat pasir milik kerajaan negeri, kata Datuk Teng Chang Khim hari ini.

“Selcat akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi mendengar kes Kumpulan Semesta, anak syarikat kepada kerajaan negeri Selangor yang terlibat dengan perlombongan pasir,” jelas Teng yang mempengerusikan Jawatankuasa Keupayaan, Akauntabiliti, dan Ketelusan (Selcat), dalam sidang media hari ini.

Teng, yang juga merupakan speaker Dewan Undangan Negeri berkata jawatankuasa tersebut akan menyiasat Yayasan Selangor atas dakwaan rasuah termasuk dua syarikat bebas yang dianugerahkan pinjaman RM180 juta oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

“Sesiapa yang dikehendaki akan dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan jawatankuasa tersebut,” katanya dan menggesa pihak yang mempunyai maklumat agar tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.

Jakim nasihat masyarakat Islam tidak terpengaruh emel meragukan produk halal

Posted on the February 21st, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

PUTRAJAYA, 20 Feb — Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam JAKIM menasihatkan umat Islam di negara ini agar tidak terlalu mempercayai e-mel berantai E-mel berantai yang mendakwa satu-satu produk itu tidak halal kerana dipercayai mengandungi unsur babi dan bahan haram, sebaliknya mereka perlu merujuk kepada badan berkenaaan terlebih dahulu bagi menentukan kesasihannya.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha berkata, sebahagian e-mel itu sengaja disebarkan pihak tertentu yang berniat jahat untuk menjatuhkan perniagaan pesaing mereka.

“Kemungkinan begini boleh berlaku memandangkan senario persaingan dunia perniagaan sekarang,” katanya kepada Sinar Harian.

Malaysia, Thailand Kenal Pasti Enam Bidang Untuk Tingkat Kerjasama

Posted on the February 20th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Published: Isnin Februari 20, 2012 MYT 8:34:00 PM
Updated: Isnin Februari 20, 2012 MYT 9:22:11 PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin berkata, Malaysia dan Thailand telah mengenal pasti enam bidang berpotensi yang membolehkan kerjasama ekonomi dipertingkatkan.

Beliau berkata bidang itu ialah industri automotif; menguruskan industri getah khususnya di kawasan sempadan; jaminan makanan, jaminan tenaga; minyak dan gas; dan pelancongan.

“Selain itu, kedua-dua negara juga bersetuju yang industri halal patut dibangunkan lebih giat lagi,” katanya pada sidang akhbar bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Yingluck Shinawatra di sini, Isnin.

Umno Cheras Anggap Debat Najib & Anwar Tiada Faedah -

Posted on the February 20th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

   

Isnin Februari 20, 2012

Umno Cheras Anggap Debat Najib & Anwar Tiada Faedah -

KUALA LUMPUR: Debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicadangkan pembangkang tidak memberi sebarang makna dan faedah kepada kepentingan rakyat.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata gesaan pembangkang supaya Najib berdebat dengan Anwar mengenai ekonomi negara hanya helah politik semata-mata.

Syed Ali mendakwa, Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh itu bukannya pakar ekonomi untuk berdebat soal ekonomi dan beliau patut terlebih dahulu membersihkan dirinya berhubung sokongan beliau kepada rejim Zionis.

Anwar Jumpa Nik Aziz Esok

Posted on the February 20th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

   

Isnin Februari 20, 2012

Anwar Jumpa Nik Aziz Esok

KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu keselamatan negara Israel akan berlangsung Selasa.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan demikian pada sidang media di Pejabat Agung Pas di sini, Isnin, namun lokasi dan masa pertemuan itu tidak dimaklumkan.

Pertemuan itu menjadi perhatian banyak pihak ekoran kenyataan kontroversi Ketua Pembangkang itu yang menyokong keselamatan negara Israel.

Asri mengujar pembangkang lawatan Thaipusam PM supaya berlaku adil

Posted on the February 19th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Seorang bekas Mufti Perlis telah menuduh pengkritik lawatan Perdana Menteri ke Batu Caves sempena Thaipusam baru-baru ini mengamalkan ‘double standards’ kerana mereka telah berdiam diri berkenaan dengan lawatan yang serupa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Asri Zainul Abidin berkata bahawa sebuah gambar yang beliau letak di laman Facebook berkenaan dengan lawatan Thaipusam Datuk Seri Najib Razak ke kuil di Gombak telah mendapat beratus-ratus komen negatif, sedangkan gambar yang menunjuk pemimpin pembangkang sedang merayakan perayaan yang sama di Ipoh telah dianggap sebagai palsu.

Di petik dari Utusan Malaysia, beliau telah berkata semalam “Saya telah menerima hampir 1,000 komen mendakwa kehadiran Perdana Menteri bertentangan dengan ajaran Islam, termasuk semua jenis fatwa yang bermotifkan politik.”

Pushing Files – Bahagian 2

Posted on the February 19th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

19 FEB — “Awak semua fikir Datuk Najib berani ada perempuan simpanan? Kalau Datin Rose dapat tahu, tentu dikasinya supaya menjadi eunuk! But men will always be men. Menggatal!”

Gadis berbaju kurung itu mencebikkan bibir sambil memandang rakan-rakannya seorang demi seorang.

“Datuk gunakanlah cara lain untuk memuaskan nafsunya,” Amy menambah sejurus kemudian.

Debat Soi Lek dan Lim tidak akan ubah apa-apa

Posted on the February 19th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

ANALISIS, 19 Feb — Susulan pendebatan antara Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng, persoalan utama yang timbul bukan siapa yang menang tetapi bagaimana ia boleh berubah tentang sikap rakyat Malaysia mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Dan jawapannya mungkin tiada.

Dalam hujah Lim semasa di awal pendebatan semalam: “Saya rasa apa yang semua rakyat Malaysia mahu saksikan bukan pendebatan kami tetapi Perdana Menteri dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).” Tetapi tidak mungkin Datuk Seri Najib Razak dan ketua pembangkang akan berdebat sebelum pilihan raya umum diadakan.

Ahli-Ahli MCA Naik Semangat Dengan Debat Dr Chua – Lim

Posted on the February 19th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Debat antara presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah banyak merangsang semangat ahli-ahli MCA ketika mereka melakukan persediaan menghadapi pilihan raya umum.

Ramai pemimpin dan ahli MCA gembira bahawa presiden parti mereka telah mampu menampilkan persembahan dan hujahan yang bernas semasa perdebatan itu yang disiarkan secara langsung oleh tekevisyen berbayar, Astro.

“Anda boleh melihat air muka ahli-ahli MCA dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) lain. Mereka bersemangat tinggi selepas debat itu. Ini adalah sesuatu yang baru untuk MCA,” kata ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker.

“Ianya amat jarang sekali pemimpin MCA itu menghadapi keadaan sukar dengan penuh yakin dan berazam. Ia meningkatkan semangat dan debat ini telah mengembalikan keyakinan diri buat semua penyokong MCA,” katanya.

Nama Baik PM Tak Harus Tercemar Dengan Isu PFN

Posted on the February 19th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Oleh WANI MUTHIAH

KUALA LUMPUR: Reputasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus tercemar oleh isu-isu yang wujud dari Perbadanan Fidlot Nasional (PFN).

Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MICCI) Datuk K.Kenneth Eswaran berkata adalah tidak adil bagi Najib jika masalah PFN menjejaskan tadbir urus negaranya yang baik.

“Perdana Menteri telah menjalankan tugas dengan cemerlang dengan turun ke peringkat akar umbi dan memastikan setiap orang menerima yang terbaik tanpa mengira siapa mereka.

“Beliau tidak layak untuk masalah-masalah ini,” kata Eswaran pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat dengan ahli-ahli MICCI di sini, Sabtu.

Lim Ulangi Akan Bersara Dari Politik Jika Isu Tanah Bayan Mutiara Dibuktikan

Posted on the February 19th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengulangi tekad beliau untuk bersara dari politik jika terdapat bukti penjualan tanah Bayan Mutiara di negeri itu dilakukan secara rundingan dan bukan tender terbuka.

Beliau berkata syarikat pemaju hartanah Ivory Properties Group Berhad hari ini menegaskan ia memenangi bidaan bagi tanah seluas 41.5 hektar di Bayan Mutiara dekat sini menerusi persaingan sengit dalam tender terbuka oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Dia (Zainal) sudah ada bukti, bukti ialah kenyataan Bursa Malaysia. Dia sudah tunjuk bukti tapi telah dinafikan oleh Ivory, dia bukti ialah satu kenyataan yang telah dibuat oleh Ivory, tetapi hari ini Ivory siarkan dia dapat tender secara terbuka,” katanya.

Lim berkata demikian ketika mengulas cabaran Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, yang mendakwa memiliki bukti tanah itu dijual pada harga RM1.1 bilion kepada Ivory Group menerusi rundingan.

Godaan Nurul Ekasari

Posted on the February 18th, 2012 under Artis by Mami Juram

Pernah dihimpit tawaran nakal yang cuba memusnahkan reputasinya sebagai pelakon baru

JALAN untuk pantas mencipta nama sentiasa terbuka, cuma terpulang bagaimana seseorang bakat baru memanfaatkan laluan di depan mata dalam menggapai keinginan itu.

Pelakon muda kelahiran Jakarta, Indonesia, Nurul Ekasari, 24, mengakui pernah dihimpit tawaran yang cuba menghanyutkan dirinya ke lembah hitam tatkala memilih untuk serius mendalami bidang lakonan. Akur industri hiburan Indonesia lebih terbuka membentangkan pelbagai kemungkinan yang boleh merosakkan nama baiknya, Nurul Ekasari atau mesra disapa U’ul enggan terjerat dalam keseronokan sementara.

Biar sulit mendaki, gadis yang dilahirkan pada 13 Disember 1987 percaya kesabarannya akan dibalas sesuatu yang berharga jika berpegang kepada prinsip ikhlas dan jujur dalam menjalani karier seni. Dari awal lagi, U’ul yang memulakan tapak dengan membintangi iklan komersial dan model majalah mempertahankan pendiriannya dengan menolak tawaran untuk mendedahkan susuk tubuhnya.

Animasi klasik versi 3D

Posted on the February 18th, 2012 under Artis by Mami Juram

Kisah Beauty and the Beast kembali lagi dengan imej visual lebih segar

Filem: Beauty and the Beast 3D

Pelakon (Suara): Paige O’Hara, Robby Benson, Richard White, Jerry Orbach, Angela Lansbury Pengarah: Gary Trousdale Genre: Animasi, Fantasi

Tayangan: Mulai 14 Februari 2012

KISAH si jelek dan si jelita yang akhirnya mengecapi bahagia, sememangnya antara cerita rakyat paling diingati di dunia. Apatah lagi apabila ia diangkat ke layar lebar oleh Walt Disney pada 1991, kisah cinta antara dua makhluk berbeza ini semakin luas pengaruhnya. Malah, dek kekuatan cerita serta persembahannya, ia juga muncul filem animasi pertama yang turut dicalonkan ke peringkat akhir kategori Filem Terbaik Anugerah Academy.

Kisah kartun terbitan Disney ini tidak dinafikan mencuit hati ramai orang, terutama kanak-kanak. Malah, filem fantasi ini bukan saja ditujukan untuk anak kecil, tetapi kini golongan dewasa juga boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka dengan menonton ulang tayang filem ini dalam format tiga dimensi (3D).

Bekas MP Hulu Langat Badrul Hisham Aziz Meninggal Dunia

Posted on the February 17th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Oleh ROZAID A. RAHMAN

PETALING JAYA: Bekas ahli parlimen Hulu Langat yang juga bekas wartawan kanan Utusan Malaysia, Badrul Hisham Abdul Aziz meninggal dunia di Hospital Serdang pada lebih kurang jam 3.30 petang Jumaat.

Beliau yang berkhidmat selama dua penggal mewakili Barisan Nasional (BN) adalah juga bekas ahli jawatankuasa Umno Bahagian Hulu Langat.

Allahyarham yang berkelulusan ijazah sarjana muda sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyertai akhbar Kumpulan Utusan sebagai wartawan kadet pada 15 Februari 1984.

14 Kerusi Parlimen Sasaran KPI BN Pahang

Posted on the February 17th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) Pahang yakin mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu memenangi semua 14 kerusi parlimen yang dipertandingkan di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata KPI itu ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga mahu BN Pahang terus berkuasa di negeri ini.

“Dalam perjumpaan tertutup bersama Badan Perhubungan Umno Pahang bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuantan semalam, beliau (Muhyiddin) berkata Perdana Menteri telah menetapkan KPI BN Pahang ialah 14 kerusi parlimen dan kekalkan kerajaan Barisan Nasional di Pahang.

“Kita yakin akan mencapai KPI itu 100 peratus berkat usaha berterusan Umno dan seluruh parti komponen BN di Pahang,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini pada Jumaat.

Beri Peluang Bukan Bumiputera Kontrak Pungutan Sampah – MCA

Posted on the February 17th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

PETALING JAYA: Biro Pengaduan Awam MCA Selangor menyeru kerajaan negeri itu agar turut memberi peluang kepada kontraktor bukan bumiputera untuk sama-sama terlibat dalam kontrak memungut sampah dan pengurusan kebersihan di kawasan tadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Ketua bironya, Datuk Theng Book berkata beliau difahamkan pada 1 Februari lepas, pihak MPSJ telah memberi kontrak kepada 154 kontraktor kebersihan yang kesemuanya terdiri daripada kontraktor Bumiputera.

“Saya kesal terhadap sikap ahli exco Kerajaan Negeri, terutamanya wakil DAP yang ‘cakap tak serupa bikin’. DAP sentiasa tegaskan yang mereka bersikap adil kepada semua tidak kira bangsa dan agama, tetapi dalam isu pemberian tender sampah, mereka hanya mengutamakan satu kaum sahaja.

Valentine: Nazri Aziz perlekeh kesucian agama Islam, kata Nasrudin

Posted on the February 16th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyifatkan Datuk Seri Nazri Aziz memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mempersoalkan pengharaman sambutan Hari Kekasih di kalangan penganut agama itu.

“Itu menunjukkan betapa dangkalnya beliau (Nazri), beliau juga telah memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mendorong umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam,” kata Nasrudin (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Tegas beliau, Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, perlu menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf kepada umat Islam di negara ini.

“Kalau beliau seorang yang bertanggungjawab saya nasihatkan beliau agar tidak membuka ruang untuk umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan rujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Apa yang tidak kena dengan Valentine, soal Nazri

Posted on the February 16th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari kekasih.

“Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju … ia bukannya satu bentuk sembahyang,” katanya.

Bunga mawar merah dijual di sebuah kedai di Bangkok, Thailand 14 Feb, 2012. — Foto Reuters

Ibrahim Ali: Kenyataan Nik Aziz sandiwara PAS

Posted on the February 16th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Pertubuhan Pribumu Perkasa (Perkasa) menegaskan, kenyataan yang dibuat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang menggesa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya dalam Wall Street Journal (WSJ) adalah sandiwara parti Islam itu semata-mata.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) menjelaskan, kenyataan itu dibuat semata-mata mahu membersihkan imej PAS kepada masyarakat.

“Perkasa berpendapat bahawa kenyataan Nik Aziz itu hanyalah sandiwara yang cuba membersihkan imej PAS yang bersekongkol dengan Anwar yang memegang teguh pada sokongan politik Amerika Syarikat dalam konteks kedudukan negara Palestin,” kata Ibrahim.

Gara-Gara Kesilapan MyKad, Warga Emas Jadi Gadis Sunti

Posted on the February 16th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KANGAR: Beliau mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini.

Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, di sini.

“Saya dah tak ingat usia saya. Tapi saya hidup pada zaman penjajah,” katanya ketika ditemui di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria selepas berpindah dari Kuala Nerang, Kedah sejak setahun lalu.

Pada MyKad warga emas ini tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan kesilapan itu juga menyebabkan beliau menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).