Archive for December, 2011

‘Jakim tak pernah keluarkan kenyataan bantah forum IRF’ kata KP

Posted on the December 31st, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini tampil menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau membantah penganjuran Forum on Future of Islamic Feminism anjuran Islamic Renaissance Front (IRF).

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha berkata pihaknya kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang sengaja menggunakan nama agensi itu dan memanipulasi isu demi kepentingan sendiri.

Beliau menambah Jakim tidak dimaklumkan tentang penganjuran forum yang membincang isu berkaitan hak wanita dari perspektif Islam.

Rakyat Malaysia yang menyerlah untuk 2011 : Peguam, pemberi maklumat, mahasiswa, dan kakitangan awam

Posted on the December 31st, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

Rakyat Malaysia yang menyerlah untuk 2011 : Peguam, pemberi maklumat, mahasiswa, dan kakitangan awam

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Tuntutan dan permintaan untuk akauntabiliti buat rakyat Malaysia pada tahun ini merupakan sejarah terbesar negara, dan belum disaksikan perkara seperti pada tahun-tahun sebelumnya.Disebabkan itu, The Malaysian Insider telah memilih beberapa individu daripada kalangan peguam, pemberi maklumat, mahasiswa, dan kakitangan awam sebagai rakyat yang paling menyerlah untuk tahun ini.

Mereka adalah Pengerusi Bersih 2.0. Datuk Ambiga Sreenevasan, mahasiswa yang menuntut kebebasan akademik, pemberi maklumat Pusat Fidlot nasional (NFC) dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Walaupun terdapat beberapa lagi senarai personaliti yang menjadi tajuk utama berita pada tahun ini, kami percaya empat orang wakil ini telah memberikan impak kepada rakyat Malaysia yang semakin berkembang menjadi masyarakat yang bukan lagi hanya mendengar dan percaya.

Dakwat kekal bukan jaminan PRU telus, tegas Anwar

Posted on the December 31st, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Walaupun  Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengumumkan pindaan peraturan bagi mewajibkan penggunaan dakwat kekal namun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia bukan jaminan pilihan raya negara akan dijalankan dengan bebas dan bersih.

Ini kerana menurut Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, masih terdapat banyak perkara yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau menambah proses demokrasi dan pengendalian pilihan raya boleh dijalankan secara bebas dan adil sekiranya SPR melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)

Sensasi 2011

Posted on the December 31st, 2011 under Artis by Mami Juram

Isu kontroversi menghangatkan beberapa nama selebriti Indonesia di dada media

BUKAN tahun biasa kerana atmosfera hiburan Indonesia sepanjang 2011 juga dibaluti pelbagai insiden panas dan kontroversi, meletakkan beberapa nama begitu dominan menghiasi dada media. Ketika populariti bakat baru mencuri perhatian khalayak, langit hiburan Indonesia turut disurami ledakan berita negatif selebriti yang memusnahkan karier dan masa depan gara-gara penyalahgunaan dadah.

Seawal Januari hingga 2011 menutup bilah harinya menyaksikan sederet nama selebriti yang memasuki daftar hitam angkara terjebak dalam kes kontroversi yang berakhir dengan terkurung di penjara. Setiap insiden mempunyai pro dan kontranya. Ketika sebahagian masyarakat melaungkan kemarahan yang dilepaskan menerusi siri demonstrasi, sebahagian lain pula memberikan sokongan moral menyedari selebriti juga ialah manusia yang biasa yang terperangkap dengan kelemahan sendiri.

GLAMOR menyorot rentetan peristiwa yang menyita perhatian luar biasa penggemar industri hiburan Indonesia sepanjang 2011.

Pengeluaran MyKad Baru Bermula Selasa Depan – JPN

Posted on the December 30th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Jariah Mohd Said.

Beliau berkata pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari.

Katanya, orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.

“MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.

MAS Umum Struktur Pengurusan Baru

Posted on the December 30th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) pada Jumaat mengumumkan struktur pengurusan baru berkuat kuasa 1 Januari ini bagi menyatukan kakitangannya dan mengemudi syarikat penerbangan itu menjayakan pelan perniagaannya yang diumumkan sebelum ini.

Dalam struktur baru itu, bahagian Pengalaman Pelanggan, Operasi, Modal Insan, Rangkaian, Kerjasama, Strategi dan Perancangan kini akan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Ahmad Jauhari, yang juga memegang jawatan sebagai CEO bahagian Penerbangan Jarak Jauh.

Timbalan CEO Kumpulan dan CEO Penerbangan Jarak Dekat, Mohammed Rashdan akan mengetuai operasi Penerbangan Jarak Dekat, Kewangan Kumpulan, Kewangan Pesawat dan Pengurusan dan buat sementara waktu menerajui bahagian Komersil.

Pos M’sia Lantik CEO Baru

Posted on the December 30th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

   

Jumaat Disember 30, 2011

Pos M’sia Lantik CEO Baru

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kumpulan (Perancangan Korporat) DRB-Hicom Bhd, Datuk Khalid Abdol Rahman, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Pos Malaysia Bhd, berkuatkuasa 1 Januari ini.

Khalid memiliki Diploma Perakaunan dari Institut Teknologi Mara, ijazah Sarjana Muda Sains (Kewangan) dari Indiana State University, Amerika Syarikat dan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) dari University of New Haven, Amerika Syarikat.

Beliau telah berkhidmat dan memegang pelbagai jawatan dalam DRB-Hicom sejak 2006, setelah meninggalkan Tradewinds Corporation Bhd yang menyaksikan beliau berkhidmat sebagai Pengurus Besar Kumpulan, Perancangan Korporat dan Pembangunan Perniagaan dari Januari 1997 hingga Julai 2006.

Cantik, lasak

Posted on the December 30th, 2011 under Artis by Mami Juram

Tak tidur gara-gara filem seram

WALAU pada bahagian betis dan lengannya tidak lagi putih mulus dek beberapa kesan lebam berikutan aksi lasak, Carmen Soo tetap bersemangat meneruskan penggambaran filem Dead Mine yang berlangsung di Batam, Indonesia.

Pelakon tempatan yang turut membina kerjaya mantap di Hong Kong, Filipina dan Singapura itu nyata puas apabila berpeluang melakukan sendiri babak mendebarkan dengan bimbingan pengarahnya, Steven Shiel.

Membawakan wanita licik dan punya misi di sebalik lagak lembutnya, akui model terbabit hasil kerja penuh teliti Steven selain peluang bergabung dengan ramai bintang Asia lain membuatkannya begitu teruja sepanjang di lokasi.

Impian menggunung Faizal

Posted on the December 30th, 2011 under Artis by Mami Juram

Pengalaman 15 tahun dalam muzik, tapi belum sedia cipta lagu sendiri

KELIBATNYA kerap kelihatan di televisyen, mengendalikan sekumpulan pemuzik profesional. Sebagai Pengarah Muzik untuk beberapa program hiburan yang menampilkan penyanyi popular negara serta yang terbaru Vokal…Bukan Sekadar Rupa, tugas Faizal Uzir boleh dianggap sebagai tulang belakang kepada sesebuah program itu.

Pincang muzik yang dipersembahkan, pincanglah juga keseluruhan program itu meskipun dari segi produksi dan artis yang membuat persembahan mempunyai reputasi yang bukan sembarangan. Bukan mudah menggalas tanggungjawab itu.

Menurut pemegang Ijazah Sarjana Muda Muzik dari UiTM Shah Alam ini, sebelum berada pada kedudukan sekarang, dia terlebih dulu menimba pengalaman dengan menjadi pemuzik pengiring untuk pelbagai acara hiburan.

Keadaan Banjir Di Empat Negeri Bertambah Baik

Posted on the December 29th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Keadaan kawasan-kawasan yang dilanda banjir di empat negeri, iaitu Sarawak, Pahang, Johor dan Sabah, bertambah baik dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan menunjukkan penurunan setakat 6 petang ini.

Sarawak masih kekal dengan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 2,938 mangsa membabitkan 772 keluarga di lima bahagian yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan banjir setakat petang ini.

Pemangku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Sarawak Datuk Misnu Taha berkata lima bahagian yang masih lagi terjejas ialah Samarahan membabitkan 310 keluarga dengan 1,333 mangsa diikuti Kuching (341 keluarga dengan 958 mangsa), Sibu (87 keluarga dengan 539 mangsa), Sri Aman (33 keluarga dengan 102 mangsa) dan Sarikei satu keluarga dengan enam mangsa.

“Keadaan ketika ini sudah sedikit pulih berbanding tiga hari lepas dan keadaan hujan diramal akan berterusan sehingga 30 Disember ini,” katanya pada sidang media di Kuching.

Jabatan Narkotik Sita RM62.4 Juta Harta Pengedar Dadah Tahun Ini

Posted on the December 29th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA TERENGGANU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menyita dan merampas harta milik pengedar dadah bernilai lebih RM62.4 juta hasil operasi agresif yang dijalankan jabatan bagi tempoh Januari hingga November lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Nor Rashid Ibrahim berkata, bagi tempoh yang sama jabatan itu berjaya merampas dadah bernilai RM216.52 juta.

Beliau berkata, tindakan itu merupakan salah satu pendekatan yang dilakukan oleh pihak Narkotik bagi mengekang masalah pengedaran dadah di negara ini.

“Kita percaya bahawa dengan harta yang dimiliki inilah mereka mudah dapat menjalankan kegiatan secara berterusan dan dengan tindakan penyitaan dan rampasan yang dilakukan oleh pihak polis, kita berjaya melumpuhkan aktiviti mereka,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beberapa Jalan Utama Sekitar Dataran Merdeka Ditutup Jumaat Hingga Ahad Ini

Posted on the December 29th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup mulai 9 malam Jumaat ini sehingga 5 pagi Ahad (1 Januari 2012) depan sempena sambutan Tahun Baru 2012.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Ruslin Mohd Noor berkata, penutupan itu bagi memastikan acara seperti pertunjukan pentas dan pertunjukan bunga api yang diadakan di Dataran Merdeka berjalan dengan lancar.

Katanya, penutupan jalan itu membabitkan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja, Jalan Hishamuddin/Jalan Raja dan Jalan Mahkamah Persekutuan. – BERNAMA

Source: mStar

Search tawan Tawau

Posted on the December 28th, 2011 under Artis by Mami Juram

Tenaga setanding kumpulan rock veteran antarabangsa

SEMAKIN tua semakin menjadi. Bagaimana kebanyakan kumpulan rock veteran antarabangsa yang aktif mengadakan jelajah konsertnya, begitulah juga dengan Search.

Berumur lewat 40-an, malahan ada yang sudah melebihi usia 50-an tetapi Search tetap bertenaga untuk membuat persembahan lebih dua jam tanpa henti.

Selepas puas beraksi menjelajah Semenanjung, Search menyeberang Laut China Selatan dengan memilih bandar Tawau, Sabah, sebagai lokasi pilihan dalam Siri Konsert Jelajah Fenomena mereka pada 24 Disember lalu. Cuaca mendung dan hujan renyai pada sebelah petang di Tawau memang agak merisaukan penganjur.

Beberapa jam sebelum konsert dimulakan, cuaca semakin baik walaupun langit masih mendung. Bermula jam 6 petang, sedikit demi sedikit kelibat peminat mula muncul di perkarangan Stadium Mini di Kompleks Sukan Tawau. Sekitar jam 7 petang, mereka sudah dibenarkan masuk.

Jawablah! ‘Kami memang gaduh besar’

Posted on the December 28th, 2011 under Artis by Mami Juram

Abby masih sayang Zul walaupun hubungan terlerai

CINTA mereka unik. Jarak usia serta status yang dipegang iaitu si bujang dan janda membuatkan hubungan antara Abby Abadi dan Zul Ariffin menjadi perhatian ramai.

Namun ketika mengharapkan hubungan berkekalan, perpisahan pula yang muncul. Tidak seperti pasangan bercinta lain yang saling menuding jari apabila cinta tidak kesampaian, Abby atau Zul masing-masing selesa mengunci mulut.

Apakah punca membuatkan ikatan yang terjalin selama tiga tahun itu terlerai, juga tiada siapa tahu. Bertemu Abby sewaktu menghadiri majlis pelancaran laman sosial mface baru-baru ini, membongkar apa yang terbuku di hatinya.

Sambil mengakui keliru dengan status perhubungan mereka itu, Abby bagaimanapun tidak pernah menyimpan dendam pada Zul.

‘DAP dan PAS akan menghadapi masalah bentuk negara bersama,’ kata Ibrahim Ali

Posted on the December 28th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan, komponen Pakatan Rakyat, PAS dan DAP akan menghadapi masalah untuk memimpin negara secara bersama ekoran terdapatnya perbezaan ideologi dalam kedua-dua parti berkenaan.

“PAS dan DAP akan menghadapi masalah membentuk kerajaan bersama sekiranya mereka memerintah, mereka perlu menyelesaikan masalah perbezaan ideologi sebelum menjadi pemerintah,” katanya di sini.

Ibrahim berkata demikian selepas ditanya pemberita berkenaan pandangannya terhadap manifesto yang akan dikeluarkan Pakatan Rakyat pada 14 Januari depan.

“Perkasa akan melihat siapa penganjur dan pemimpinnya sebelum menyokong manifesto berkenaan, kami tidak mahu ambil risiko, semua orang boleh berjanji, tapi masalahnya adalah menunaikan janji berkenaan,” katanya ketika sidang media di sini.

Ibrahim Ali: Anwar gunakan rakyat demi kepentingan diri

Posted on the December 28th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menganggap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan rakyat demi kepentingan diri dalam kes perbicaraan tuduhan liwatnya terhadap Saiful Bahari.

Menurut Presiden Perkasa ini lagi, ketua pembangkang itu seolah-olah memperlekehkan sistem perundangan negara dengan melancarkan perhimpunan pada 9 Januari ini-ketika keputusan kes perbicaraan tuduhannya meliwat Saiful akan diumumkan mahkamah.

“Ini kerja menghasut … menghina sistem kehakiman dan perundangan negara, dan mencabar keluhuran Perlembagaan Negara, Anwar (gambar) ingat dia bersih?,” tegasnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perkasa di Kampung Bharu di sini.

Perkasa tuntut kerajaan ambil tindakan terhadap pihak persoal Perkara 153 Perlembagaan di bawah Akta Hasutan

Posted on the December 28th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini mendesak kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mempersoalkan Perkara 153 Perlembaan negara dan mendakwa mereka menggunakan Akta Hasutan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) menegaskan, tindakan sedemikian adalah perlu bagi menghalang kenyataan-kenyataan sedemikian dikeluarkan pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengelakkannya daripada terus mempengaruhi generasi muda dan mengakibatkan mereka memandang serong terhadap masyarakat Bumiputera.

“Perkasa melahirkan rasa kesal dan tidak senang hati berkenaan kenyataan seorang ketua gereja semasa sambutan Krismas baru-baru ini, Rev Dr Eu Hong Seng yang persoalkan Perlembagaan 153 sebagai akta yg membuli lain-lain kaum.

Perkhidmatan Komuter Lebih Selesa Mulai Februari 2012 Dengan Set Tren SCS

Posted on the December 27th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

BATU GAJAH: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka menyediakan perkhidmatan komuter lebih baik dan selesa bagi pengguna di Lembah Klang apabila empat daripada 38 set tren enam gerabak (SCS) mula beroperasi Februari depan.

Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan ia sekaligus dapat mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh perkhidmatan sedia ada yang menggunakan set tren tiga gerabak (EMU) seperti kelewatan, kekurangan gerabak dan sistem tergendala yang menjejaskan keberkesanan perkhidmatannya.

“Kita mempunyai 25 set EMU yang setengah daripadanya perlu dibaik pulih yang mana ia perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekarang kita tidak boleh baik pulih set EMU kerana tidak mempunyai set tren yang mencukupi (bagi menampung penggunaan)…sebab itu kadang-kala perkhidmatan komuter sering tergendala,” katanya pada taklimat kepada media di Kompleks KTMB di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa sekarang KTMB tidak berupaya untuk memendekkan waktu kekerapan perkhidmatan komuter kerana tidak mempunyai bilangan set tren yang mencukupi bagi menampung penggunaan.

Dakwaan Pembantu Terima Rasuah Akan Disiasat – Muhyiddin

Posted on the December 27th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan bahawa salah seorang pembantunya telah menerima rasuah akan disiasat oleh pihaknya.

“Saya akan melihatnya. Saya akan meneliti apa jua yang dikatakan mempunyai kaitan dengan saya. Tapi sekarang saya tak akan mengulas lanjut tentang ini,” katanya kepada pemberita di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam, di sini, Selasa.

Muhyiddin mengulas mengenai dakwaan seorang penulis blog bahawa pembantu tersebut telah menerima sogokan bulanan lebih daripada RM100,000, sambil menambah bahawa dia tidak menyedari sebarang salah laku.

Sementara itu, sebelum ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, negara ini telah melahirkan kira-kira 16,000 graduan dalam industri sains hayat dan berazam untuk mencapai 70 peratus pensyarah kedoktoran sebagai memenuhi keperluan pembangunan bioteknologi negara.

Perhimpunan 16 Jam Desak UPSI Gugur Tuduhan Terhadap Adam Adli

Posted on the December 27th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

PETALING JAYA: Satu perhimpunan selama 16 jam akan diadakan oleh sekumpulan mahasiswa di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi menuntut universiti itu menggugurkan tuduhan terhadap penuntutnya, Adam Adli Abdul Halim kerana menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab yang dipetik dalam portal Malaysiakini sebagai berkata, perhimpunan itu akan bermula dari pukul 9 malam pada 31 Disember sehingga 1 petang keesokan hari.

Jelasnya, malam tersebut dinamakan sebagai ‘Malam Talkin untuk AUKU’ (Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Ramasamy: The Star punca pertelingkahan dengan Karpal

Posted on the December 26th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 26 Dis — Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P. Ramasamy hari ini menyalahkan akhbar The Star atas pengeluaran artikel yang menjadi punca pertelingkahan dirinya dengan Karpal Singh kerana memutar belitkan fakta.

Ramasamy mendakwa kenyataannya berkenaan terdapat penyelewengan dalam kalangan pemimpin DAP dan pergerakan untuk menyingkirkan dirinya dari dalam parti seperti yang dilaporkan akhbar The Star pada 23 Disember lalu adalah tidak benar dan berasas.

Menurut Ahli Parlimen Batu Kawan ini, kenyataan yang dibuatnya adalah berkisar pembangunan Pulau Pinang dan bukannya terdapat cubaan untuk menyingkirkan dirinya dari parti dan penyelewengan dalam DAP.

“Punca kepada kontoversi yang timbul baru-baru ini adalah daripada perbualan saya dengan dua wartawan, seorang dari The Star dan seorang lagi daripada wartawan ‘online’ pada 21 Disember.

PAS kutuk serangan ke atas gereja dan masyarakat Kristian di Nigeria

Posted on the December 26th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 26 Dis — PAS hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas penganut Kristian dan gereja di Nigeria sempena perayaan Krismas di negara itu baru-baru ini.

Dipetik Harakah Daily, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, PAS mengutuk tindakan terbabit malah pihaknya menyokong kenyataan Majlis Muslim Britain yang turut mengutuk serangan itu.

“PAS bersama masyarakat antarabangsa mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap penganut dan gereja Kristian terbabit.

“Malah, kita juga menyokong kenyataan Majlis Muslim Britain yang mengutuk serangan tersebut,” katanya.

Perlembagaan: ‘Pandangan paderi tidak salah, Perkasa jangan cabar’, kata Aziz Bari

Posted on the December 26th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari mempertahankan seorang paderi yang didakwa mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan dalam rumah ibadat sambil menambah tiada sebarang unsur hasutan dalam ucapan sempena sambutan perayaan Krismas semalam.

Selain itu, menurut Abdul Aziz (gambar), tiada pihak termasuk Petubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) perlu mengeluarkan sebarang bantahan atau cabaran terhadap paderi itu Rev. Dr Eu Hong Eng, seorang pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF).

Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya matang dalam mengemukakan hujah dan bukan membangkitkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Lagi Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Rompin

Posted on the December 26th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUANTAN: Sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Rompin, namun jumlah keseluruhan mangsa sudah menurun kepada 618 orang setakat 4 petang ini berbanding 655 pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata pusat pemindahan itu dibuka tengah hari tadi di Sekolah Kebangsaan Pianggu dan menempatkan 231 mangsa.

“Selain itu, seramai 247 mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Teluk Gading, Pusat Ekonomi Bukit Serok (119) dan Balai Raya Kampung Rekoh (21),” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata kesemua mangsa adalah penduduk dari 11 kampung di daerah itu.

Isu Mykad: JPN Mohon Maaf Kepada Mufti Perlis

Posted on the December 26th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memohon maaf kepada Mufti Perlis Dr Juanda Jaya atas kesulitan ketika berurusan di pejabat JPN Kuching, Sarawak baru-baru ini bagi memohon Mykad anak perempuannya.

Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said dalam satu kenyataan hari ini berkata isu itu timbul kerana petugas kaunter berkenaan tidak merujuk pegawai atasan bagi kes yang meragukan.

“JPN telah mengenal pasti masalah yang berbangkit dan segala usaha memperbaiki kelemahan telah diambil supaya kesemua pegawai yang bertugas di bahagian kaunter dapat melaksanakan tugas secara profesional,” katanya yang turut mengulangi kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam seperti yang dilaporkan semalam.

Jumaat lepas, Dr Juanda dilapor mengkritik JPN setelah dimaklumkan anaknya, Sumaiyah Syahidah, tidak layak memohon kad pengenalan kerana dikatakan bukan warganegara Malaysia.

SPAD Umum Syarat Kelayakan Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti

Posted on the December 26th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) hari ini mengumumkan syarat kelayakan untuk mana-mana pengendali swasta yang ingin mendapatkan dana sokongan sementara bas henti-henti.

Syarat utama untuk mereka yang ingin memohon ialah berkemampuan dan berupaya memulakan operasi serta-merta dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan SPAD.

SPAD, dalam iklan yang disiarkan di akhbar tempatan, Mingguan Malaysia, hari ini turut memaklumkan bahawa setiap pemohon hendaklah mempunyai lesen Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat / Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (SPAD/LPKP).

“Pada masa permohonan dibuat, pemohon mestilah menjadi pengendali yang sah bagi laluan yang telah diluluskan SPAD/LPKP,” jelas pengumuman yang dibuat pada akhbar tersebut.

Media pro-Umno lebih daripada Harakah, jelas Hasan Ali

Posted on the December 25th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Bekas perusuhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali menegaskan tidak wujud sama sekali istilah media Umno atau media musuh sambil menyifatkan akhbar rasmi milik parti Islam itu bersifat berat sebelah dalam menyiarkan laporan.

Malah Hasan juga berkata media dalam negara tidak memberi liputan negatif kepada parti dan dirinya termasuk ketika menyiarkan laporan berhubung polemik yang berlaku baru-baru ini.

“Bagi saya, tak ada yang dinamakan media Umno. Memanglah sebab kerajaan berkuasa, perkara kena rujuk kerajaan. Dan Umno sebahagian dari kerajaan. Sebab itu timbul media Umno. Saya sebenarnya pada asasnya, saya terima mana-mana media pun.

“Bagi saya, siapa yang dapat menyebar luas dan meletakkan berita ke pangkuan masyarakat luas, jadi ia pilihan saya. Saya tak nampak selama ini media memainkan peranan negatif kepada parti dan saya dalam konteks kontroversi ini,” katanya pada sidang media di sini.

‘Bukan saya jumpa pemimpin Umno tapi Mustafa Ali’ jawab Hasan

Posted on the December 25th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Datuk Dr Hasan Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bahawa beliau ada mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak yang dikaitkan dengan Umno.

Menurut Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya merupakan fitnah dan palsu.

Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana dakwaan itu dibuat oleh setiausaha agung kepada parti yang berteraskan Islam.

Negara Berkebajikan: ‘Saya minta maaf kepada parti’ kata Hasan Ali

Posted on the December 25th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menarik balik kenyataan bahawa konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan PAS tergelincir dari matlamat parti itu.

Sambil menyifatkan ia sebagai “keterlanjuran kata”, Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor turut memohon maaf kepada kepimpinan dan ahli parti kerana mengeluarkan komen sedemikian.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

Kehadiran Pegawai SPRM Di NFC Bukanlah Satu Serbuan

Posted on the December 24th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC)pada malam Jumaat telah mengeluarkan kenyataan bahawa kehadiran pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) ke pejabat mereka bukanlah merupakan satu serbuan sebagaimana yang dilaporkan oleh hampir kesemua media massa.

Sebaliknya kata kenyataan itu lagi, kehadiran pegawai-pegawai SPRM adalah sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

“Sebenarnya, pihak pengurusan dan staf NFC mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai SPRM ke pejabat kami dan segala kerjasama penuh telah diberikan kepada SPRM.