Archive for February, 2012

EKSKLUSIF: Tunang bulan depan

Posted on the February 29th, 2012 under Artis by Mami Juram

[unable to retrieve full-text content]

SELEPAS digosipkan bercinta dengan Syamsul Yusof dan Aizat, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay akhirnya menamatkan spekulasi mengenai jejaka yang layak bertakhta di hatinya apabila mengaku bakal bertunang dengan ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, bulan depan.

Source: Berita Harian

Bayi perempuan pelengkap mahligai Mawi, Ekin

Posted on the February 29th, 2012 under Artis by Mami Juram

KEHADIRAN bayi perempuan sulung, kira-kira jam 4 pagi semalam, melengkapkan lagi rumah tangga yang dibina Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005-2007, Asmawi Ani, 31, dan Nor’Ashikin Rahmat, 33.

Pasangan berkenaan yang meraikan ulang tahun ketiga perkahwinan pada Disember lalu, menerima hadiah cukup bermakna dengan kelahiran bayi seberat 2.8 kilogram sebuah pusat perubatan swasta di Bangi.

Sehingga semalam, pasangan selebriti terbabit dikatakan masih memilih nama bersesuaian untuk cahaya mata pertama mereka yang dilahirkan secara normal itu.

Bagaimanapun, Mawi dan Ekin belum bersedia untuk berkongsi wajah anak sulung mereka bersama peminat buat ketika ini.

PAS Terbuka Kepada Pemimpin Bukan Islam Jika Ada Keperluan

Posted on the February 29th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

SHAH ALAM: PAS sedia menerima bukan Islam untuk menduduki jawatan tertinggi dalam parti itu, sehingga ke peringkat Timbalan Presiden, jika ada keperluan, kata Anggota Majlis Tertinggi PAS, Dzulkefly Ahmad.

Anggota Parlimen Kuala Selangor itu percaya perkara itu tidak mustahil memandangkan ia boleh menangani perubahan dalam pembaharuan intelektual dan tahan terhadap cabaran semasa.

“Mungkin belum ada keperluan untuk perkara ini sekarang, tetapi kalau sudah diutarakan, kami bersedia berbincang perkara ini dalam Muktamar PAS.

“Bagaimanapun, ini bergantung kepada keperluan parti,” katanya pada sidangakhbar selepas mengambil bahagian dalam forum bertajuk ‘Mengapa Undi Melayu Pecah’ di Kompleks Karangkraf di sini Selasa.

Pakatan Pembangkang Diminta Jangan Asyik Tuduh Umno, BN

Posted on the February 29th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

   

Selasa Februari 28, 2012

Pakatan Pembangkang Diminta Jangan Asyik Tuduh Umno, BN

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa membidas pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS yang seringkali menuduh Barisan Nasional (BN) dan Umno atas masalah atau kesulitan yang dihadapi oleh mereka.

Beliau berkata, BN dan Umno merupakan pertubuhan politik yang berlandaskanprinsip perjuangan yang betul dan tidak melakukan pelbagai perkara yang dituduholeh pakatan pembangkang.

“Ini memang sengaja diada-adakan untuk menunjukkan kononnya BN dan Umno adalah pertubuhan yang tidak baik,” katanya secara ringkas kepada Bernama ketika dihubungi.

Pemandu Teksi Akan Dilantik ‘Duta’ Pelancongan – Dr Ng

Posted on the February 29th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Kira-kira 4,000 pemandu teksi di Lembah Klang yang memiliki kualiti terpuji sebagai petugas barisan depan, akan dilantik sebagai “duta” pelancongan mulai bulan depan.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, pihaknya sedang mencaripemandu teksi yang tidak merokok, memiliki kemahiran asas komunikasi dan paling penting, yang sentiasa menjaga kebersihan kenderaan masing-masing untuk diberi tugas itu.

Program berkenaan, yang merupakan isisiatif kementerian itu, bertujuan memberi pengiktirafan terhadap peranan penting pemandu teksi, di samping meningkatkan kesedaran golongan itu tentang pentingnya memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Jualan Grand Prix (GP) 1Malaysia di The Pavilion, di sini Selasa, Dr Ng berkata, program itu akan bermula pada pertengahan Mac dengan penglibatan 100 pemandu teksi.

Izzah, Nik Nazmi buat laporan polis insiden serangan di Felda di Lepah Hilir

Posted on the February 28th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

PETALING JAYA, 27 Feb — Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Komunikasi Nik Nazmi Nik Nik Ahmad hari ini membuat laporan polis berhubung serangan ke atas mereka ketika sesi ceramah di Felda Lepar Hilir 1, Paya Besar, Pahang malam tadi.

Menurut Izzah (gambar) yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata kepada pemberita, ketika beliau baru memulakan ceramah, seorang pemuda berbaju merah secara tiba-tiba meluru ke arahnya dan cuba menyerang beliau dari arah hadapan.

“Lelaki berkenaan merupakan ahli daripada sekitar 30 individu yang memakai baju dan bendera Umno, dan membuat provokasi ketika sejak kami tiba di lokasi ceramah.

Kemelut di Kedah bukan ‘isu besar’, kata Harun Taib

Posted on the February 28th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 27 Feb — Dewan Ulama PAS percaya kemelut kepimpinan yang melanda pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak bukan isu besar, menegaskan tiada pergeseran dalaman yang berlaku.

Jelas Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, kemelut itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh pihak luar yang cuba merosakkan hubungan antara pemimpin parti itu.

“Tidak…tidak… Ia bukan isu besar, saya percaya tiada pergeseran dalaman yang berlaku.

Salahuddin mahu A-G laksanakan tanggungjawab dakwa pengarah NFCorp

Posted on the February 28th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 27 Feb — Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menggesa Peguam Negara mengambil tindakan sewajarnya berhubung cadangan pihak polis supaya mendakwa pengarah Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) atas dakwaan pecah amanah dan bertindak atas fakta kes yang dikemukakan polis.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menjelaskan, pihak polis sudah menjalankan tanggungjawab dengan berkesan apabila mencadangkan perkara itu kepada peguam negara dan beliau seharusnya bertindak kerana bukti-bukti yang dikemukakan sudah jelas.

“Peguam Negara tidak mempunyai pilihan selain mendakwa mereka kerana ia adalah atas saranan pihak polis.

Presiden MCA Yakin Dengan PRU Akan Datang

Posted on the February 27th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Oleh FOONG PEK YEE dan YUEN MEI KENG

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yakin terhadap pencapaian dalam pilihan raya umum akan datang dengn strategi habis-habisan yang sedang dilaksanakan parti itu bagi menewaskan pembangkang.

Dr Chua berkata, parti itu perlu bersatu, bekerja keras sebagai satu pasukan, yakin dan berani, sambil menambah bahawa “perasaan krisis” akan mempengaruhi memontum terhadap usaha keras yang dilakukan.

Beliau berkata, tiada keperluan untuk menakutkan parti DAP kerana sekutu Pakatan Rakyat hanya sebagai pengecut yang sentiasa bercakap tanpa bertindak.

NFC Tak Perlu Takut Siasatan Polis Jika Tak Bersalah – Syed Ali

Posted on the February 27th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

PETALING JAYA: Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak perlu takut terhadap siasatan polis sekiranya tidak bersalah, kata Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

“Serahkan kepada polis dan Peguam Negara dakwa mereka yang terbabit. Kalau tak bersalah pihak NFC tak perlu takut,” katanya dalam blog Umno Bahagian Cheras.

Syed Ali menyifatkan pihak polis telus dalam menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam NFC.

Jelasnya, kesungguhan polis menjalankan siasatan berhubung isu kontroversi itu juga membuktikan tidak ada ‘keistimewaan’ dalam mana-mana kes walaupun ada kaitan dengan mereka yang berpengaruh.

Najib Umum Beberapa Inisiatif Penting Untuk Kaum India

Posted on the February 27th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KAPAR: Datuk Seri Najib Tun Razak malam Ahad mengumumkan beberapa inisiatif penting kerajaan untuk masyarakat India di pekan Kapar dan Klang termasuk pembinaan blok baru untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta penambahan tempat untuk pelajar India di Kolej Matrikulasi di negara ini.

Perdana Menteri berkata sumber kewangan yang mencukupi akan disediakan untuk pembinaan satu blok bangunan tambahan bagi SJKT Methodist di Kapar sebagaimana dipohon pihak sekolah dan para ibu bapa.

Dalam ucapannya di hadapan lebih 20,000 masyarakat India pada sambutan Pesta Ponggal di sini, Najib turut berkata kerajaan mengesyorkan akan membina kesemua tiga bangunan blok baru untuk sekolah SJKT Simpang Lima di Klang.

Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Dipercayai Dengan Isteri Orang

Posted on the February 25th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

   

Sabtu Februari 25, 2012

Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Dipercayai Dengan Isteri Orang

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) disahkan ditangkap khalwat oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Dalam laporan yang dikeluarkan ‘Sinar Harian Online’, pemimpin dari Selangor itu ditangkap berkhalwat bersama wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok, Kuantan, awal pagi Sabtu.

Jangan Sokong Parti Banyak Masalah – Najib

Posted on the February 25th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

PENDANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat perlu bijak memilih parti yang mementingkan rakyat dan bukannya parti yang banyak masalah.

Perdana Menteri meminta rakyat tidak memberi sokongan kepada parti yang banyak masalah seperti mempunyai ideologi bertentangan.

“Ada kata itu, ada kata ini. Ada yang sokong Israel dan ada yang banyak masalah peribadi. Kita tak boleh pakai parti banyak masalah ini,” katanya pada Karnival Kasih Perdana Menteri Bersama Masyarakat Siam Kedah dan Perlis di Wat Nanai, Kampung Tok Set dekat sini Sabtu.

Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Anggota Dewan Negara yang mewakili masyarakat Siam Senator Boon Som Inong.

Pekida Sokong Perjuangan Hasan Ali Dan Jati

Posted on the February 25th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUANTAN: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) akan menyokong perjuangan yang dibawa Jati, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan bekas anggota PAS Datuk Dr Hasan Ali, baru-baru ini.

Presidennya, Jamaluddin Yusof berkata ini kerana konsep yang diperjuangkan Jati adalah selari dengan Pekida iaitu menjaga dan mempertahankan agenda umat Islam serta Melayu di negara ini.

“Kita berharap Hasan (Ali) akan meneruskan perjuangan beliau dan Jati, dan kita dengan perjuangan kita bersama Pekida.

“Di samping itu, kita juga bersedia mengadakan perbincangan bersama NGO lain jika ada aktiviti yang selaras dengan prinsip perjuangan kita, iaitu meningkatkan perpaduan umat Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa tertinggi Pekida Pahang, Sabtu.

Kemilau Jubli Perak

Posted on the February 25th, 2012 under Artis by Mami Juram

An error was encountered while publishing this resource.

Sorry, a site error occurred.

Traceback (innermost last):

  • Module ZPublisher.Publish, line 231, in publish_module_standard
  • Module ZPublisher.Publish, line 179, in publish
  • Module Zope2.App.startup, line 279, in abort
  • Module transaction._manager, line 96, in abort
  • Module transaction._transaction, line 468, in abort
  • Module transaction._transaction, line 541, in abort
  • Module Shared.DC.ZRDB.TM, line 64, in abort
  • Module Products.ZPsycopgDA.db, line 78, in _abort
  • Module Products.ZPsycopgDA.db, line 50, in getconn
  • Module Products.ZPsycopgDA.pool, line 48, in getconn
  • Module psycopg2.pool, line 215, in getconn
  • Module psycopg2.pool, line 108, in _getconn
  • Module psycopg2.pool, line 80, in _connect

OperationalError: could not connect to server: No route to host Is the server running on host “192.168.1.16″ and accepting TCP/IP connections on port 5432?


Bukan kerana cinta mereka

Posted on the February 25th, 2012 under Artis by Mami Juram

An error was encountered while publishing this resource.

Sorry, a site error occurred.

Traceback (innermost last):

  • Module ZPublisher.Publish, line 231, in publish_module_standard
  • Module ZPublisher.Publish, line 179, in publish
  • Module Zope2.App.startup, line 279, in abort
  • Module transaction._manager, line 96, in abort
  • Module transaction._transaction, line 468, in abort
  • Module transaction._transaction, line 541, in abort
  • Module Shared.DC.ZRDB.TM, line 64, in abort
  • Module Products.ZPsycopgDA.db, line 78, in _abort
  • Module Products.ZPsycopgDA.db, line 50, in getconn
  • Module Products.ZPsycopgDA.pool, line 48, in getconn
  • Module psycopg2.pool, line 215, in getconn
  • Module psycopg2.pool, line 108, in _getconn
  • Module psycopg2.pool, line 80, in _connect

OperationalError: could not connect to server: No route to host Is the server running on host “192.168.1.16″ and accepting TCP/IP connections on port 5432?


Tun M : Pemimpin harus jaga kepentingan pengikut, bukan kehendak peribadi

Posted on the February 24th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata segelintir pemimpin belia enggan melepaskan jawatan walaupun tidak lagi tergolong sebagai belia. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat terdapatnya segelintir pemimpin di negara ini yang mengenepikan kepentingan pengikut mereka, sebaliknya mengutamakan matlamat individu bagi mencapai kepentingan sendiri.

Dr Mahathir yang berucap dalam sesi dialog bersama belia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjelaskan, wujudnya segelintir pemimpin yang menggunakan pengikut mereka demi mencapai matlamat menawan Putrajaya, tanpa menghiraukan kepentingan penyokong mereka.

Mahathir pertahan pelaksanaan DEB

Posted on the February 24th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kewujudan jutawan bukan Bumiputera bukti DEB dilaksanakan untuk semua kaum. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 24 Feb —Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan pentadbirannya memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan menegaskan setiap kaum mempunyai wakil mereka dalam dasar ekonomi kerajaan itu.

Jelas beliau (kanan), sepanjang menjadi perdana menteri sejak 1981 sehingga 2003,” turut terdapat bangsa lain bukan Melayu Bumiputera yang menjadi jutawan.

“Tan Sri Vincent Tan, Robert Kuok, Ananda Krishnan, mereka semua menjadi jutawan ketika zaman saya, kenapa fokus kepada jutawan Melayu?” soalnya.

Najib nafi ketepikan MB dan KM Pakatan

Posted on the February 24th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan beliau menolak Pakatan Rakyat dengan tidak membenarkan wakil mereka menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Selasa lalu.

Perdana Menteri memberitahu pada sidang media malam tadi bahawa mesyuarat itu merupakan “penyelarasan” antara pusat dan kerajaan negeri dan bukan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Mesyuarat itu, mengikut Perlembagaan, melibatkan semua negeri, kami panggil semua menteri besar dan ketua menteri dari pembangkang…seperti jawatankuasa tanah, kerajaan tempatan dan mesyurat melibatkan kewangan negeri… Kami menghormati Perlembagaan,” kata Presiden Umno selepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi parti itu.

Dr Mahathir Akui Balas Surat, Tolak Hubungan Dengan Israel

Posted on the February 24th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

IPOH: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan Malaysia semasa pentadbirannya menolak hubungan Malaysia dengan Israel dan jawapan itu diberikan melalui sepucuk surat kepada Perdana Menterinya Ehud Barak.

Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.

“Saya menjawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini, Khamis.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Tidak Bincang Isu PFN

Posted on the February 24th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Khamis tidak menyentuh isu Perbadanan Fidlot Nasional (PFN).

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara tersebut.

“Tak ada. Kita tak bincang isu NFC,” katanya menjawab soalan pemberita pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dekat sini, selepas mesyuarat selesai, Khamis malam.

Bagaimanapun Najib berkata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hadir pada mesyuarat tersebut.

“Dia ada (hadir). Cuma tak ada dalam sidang media ini,” katanya.

Jumlah Ahli Umno Meningkat Kepada 3.34 Juta

Posted on the February 24th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Oleh IZRA ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR: Jumlah keahlian Umno sehingga tahun berakhir 31 Disember 2011 meningkat kepada 3.34 juta orang.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah tersebut melibatkan pertambahan sebanyak 113,116 ahli.

“Jumlah keseluruhan ahli Umno ialah sebanyak 3,335,875 dengan pertambahan seramai 113,116 ahli,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini, Khamis.

Bercakap kepada pemberita, Najib turut mengumumkan sambutan Majlis Ulangtahun Umno ke-66 yang akan diadakan secara besar-besaran pada 11 Mei ini.

Peniaga ambil mudah

Posted on the February 23rd, 2012 under Berita Tempatan by Mami Juram

KUALA LUMPUR: Tidak perlu logo halal kerana semua pelanggan tahu hidangan disediakan memenuhi standard masakan Muslim. Itu antara alasan yang diberikan segelintir pengusaha restoran apabila ditanya mengenai logo halal di kedai mereka.

Walaupun berulang kali diuar-uarkan pihak berkaitan mengenai penggunaan logo halal baru, ia seperti tidak dipedulikan mereka dan menganggapnya tidak memberi kesan kepada keuntungan berikutan perniagaan sudah dikenali ramai.

Peniaga dikenali sebagai Heidir berkata, dia belum menampal logo baru dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premisnya walaupun mengetahui ia sudah dilaksanakan awal Januari lalu.

“Sebelum ini, kami tidak menggunakan atau menampal sebarang logo halal di premis kerana pelanggan yakin dengan makanan disediakan dan kami tidak pernah mendapat rungutan berkaitan logo itu.

Kedai tak promosi pakej

Posted on the February 23rd, 2012 under Berita Tempatan by Mami Juram

KUALA LUMPUR: Tiada promosi mahupun tanda pengenalan yang jelas. Itu antara komen diberikan pengguna ketika ditanya mengenai Menu Rakyat 1Malaysia diperkenalkan kerajaan pada pertengahan tahun lalu.

Walaupun ia menawarkan harga lebih berbaloi selaras peningkatan kos hidup ketika ini, perkara itu ibarat masih baru di kalangan pengguna, malah ada langsung tidak mengetahui kewujudan menu itu.

Tinjauan Metroplus di beberapa premis yang menawarkan pakej menu terbabit mendapati pemilik rata-rata tidak mempromosikan pakej menu terbabit di kedai masing-masing ditambah pula pelayan kurang arif.

Pelanggan, Ahmad Saiful Bahari, 27, berkata dia sendiri langsung tidak mengetahui kewujudan apatah lagi mencuba menu itu yang sepatutnya boleh dimanfaatkan rakyat sejak awal.

Jejas imej negeri terbersih

Posted on the February 23rd, 2012 under Berita Tempatan by Mami Juram

MELAKA: Sampah yang bertaburan di tepi jalan utama di Jalan Bacang, berhadapan Taman Pasir Puteh, Bachang, di sini, mencacatkan pemandangan di kawasan berkenaan.

Keadaan itu sekali gus menjejaskan imej negeri Melaka yang diiktiraf negeri maju, malah negeri terbersih di negara ini.

Masalah berkenaan dipercayai akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu mengambil jalan mudah membuang bungkusan plastik sampah di lokasi terbabit ketika melalui kawasan itu.

Lebih teruk apabila sampah yang dibuang di tepi jalan bertaburan akibat dikais ayam sehingga mencemarkan lokasi terbabit yang juga laluan utama.

Perjuangan bangsa boleh menjadi ‘asabiyah’ yang ditentang Islam, kata Dr Asri

Posted on the February 23rd, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Perjuangan bangsa boleh menjadi �˜asabiyah�™ yang ditentang Islam, kata Dr Asri

KUALA LUMPUR, 22 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata perjuangan atas nama bangsa boleh menjadi “asabiyah” yang ditentang Islam menambah ia boleh membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada bangsa lain.

Bagaimanapun beliau berkata Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan bangsa sendiri jika ada keperluan ke arah itu selain tidak mewujudkan permusuhan dengan bangsa lain.

“Ada pun asabiyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan.

PAS tolak Israel, terserah kepada Anwar untuk terima atau tidak, kata Nik Aziz

Posted on the February 23rd, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 22 Feb — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan menambah terserah kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terima atau tidak pendirian parti Islam itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Nik Aziz berkata, beliau berpandangan bahawa Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin.

“Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine.

Di Sabah, isu pendatang asing tanpa izin penentu masa depan

Posted on the February 23rd, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KOTA KINABALU, 22 Feb — Tukang perahu Idris (bukan nama sebenar) telah menghabiskan sepanjang hidupnya di kelilingi pendatang tanpa izin di kawasan petempatan yang jauh ketinggalan di sebelah timur Pulau Gaya, yang terletak seminit dari Kota Kinabalu.

Tidak seperti kebanyakan jiran-jirannya, anak kelahiran Malaysia berusia 31 tahun ini tidak perlu menghabiskan sebahagian besar pendapatan bulanannya apabila pegawai Jabatan Imigresen datang ke kawasan itu.

Apa yang berlaku bukanlah perkara baru buatnya dan penduduk di sana menambah purata untuk membeli kebebasan sementara adalah RM200.

TPM Lakukan Lawatan Kerja Dua Hari Ke Sarawak Mulai Jumaat

Posted on the February 22nd, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Sarawak pada Jumaat dan Sabtu ini dengan mengadakan beberapa pertemuan bersama pemimpin masyarakat serta rakyat di kawasan parlimen Bintulu, Selangau dan Baram.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), dijadual mengadakan perjumpaan tertutup dengan parti-parti komponen BN dan kemudian bersolat Jumaat bersama penduduk Kampung Jepak di Bintulu sebelum menyertai majlis kenduri rakyat di perkarangan Masjid Jepak.

Beliau, yang ditemani isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, akan bersama-sama dengan rakyat kawasan parlimen Selangau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tong Ah, Selangau pada sebelah petang, menurut kenyataan Jabatan Penerangan Sarawak di sini, Rabu.

Sultan Selangor Pengerusikan Mesyuarat Ke-228 Majlis Raja-Raja

Posted on the February 22nd, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempengerusikan Mesyuarat ke-228 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini, Rabu.

Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Utama Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Pahang oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan, pelantikan, ekonomi serta perkembangan industri.