Aduan: Perodua Gagal Tunai Janji

Posted on the January 3rd, 2011 under Aduan by Pinvader

  • Share
  • Share

“Sesungguhnya memudahkan urusan orang lain itu disukai Tuhan”. Ungkapan ini sering kita dengar bagi kita sesama manusia yang perihatin dengan masalah orang lain. Begitu juga dengan ungkapan “customers is always right”. Namun saya tidak sewenang-wenangnya ingin menggunakan kelebihan atas ungkapan-ungkapan tadi untuk mengambil kesempatan atas kelemahan dalam sesuatu organisasi.

Untuk tidak menjadikan peristiwa yang saya akan kongsikan bersama ini berulang kepada individu yang lain, saya ingin menyatakan rasa tidak puas hati atau hairan dengan sikap bahagian penyelenggaraan atau khidmat pelanggan yang ditawarkan oleh Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Negara (Perodua). Sebagai syarikat konglomerat yang dikatakan semakin matang dengan pertambahan produk serta model-model terbaik bertaraf dunia, serta ciri-ciri tambahbaik kenderaan, tidak sepatutnya khidmat lepas jualan yang ditawarkan kepada pelanggannya amat mengecewakan.

Saya merupakan salah seorang pengguna kenderaan keluaran Perodua iaitu model Perodua VIVA 850 c.c. yang telah dibeli pada akhir 2007. Saya telah membeli kenderaan tersebut daripada salah sebuah pengedar di utara semenanjung. Pada awal penggunaan kenderaan tersebut, saya dapati ciri-ciri penjimatan dan keselesaan amat terserlah jika dibandingkan dengan model sekelas dengannya iaitu Perodua Kancil yang kini telah ditamatkan pengeluarannya. Syabas Perodua di atas penghasilan model VIVA yang kini boleh dikatakan berjaya menguasai kereta bersaiz kecil dan meyakinkan pengguna di Malaysia! Saya tidak berasa kecewa, malah berbangga memilikinya yang bukan sahaja menjimatkan bahan api, malah mempunyai kuasa enjin DVVT yang begitu baik berbanding enjin Perodua Kancil yang sekelas dengannya. Selain itu, kenderaan ini juga begitu mudah dikendalikan, mudah untuk diletakkan dalam kawasan sempit dan berupaya membuat pusingan dalam jangkauan jarak yang kecil.

Namun begitu, setelah hampir 3 tahun, kenderaan saya mula menampakkan masalah. Dalam pertengahan bulan Ogos 2010 saya dapati gear 5 kenderaan saya mengalami kerosakan dengan mengeluarkan bunyi yang nyaring. Saya mengambil keputusan untuk menghantar pemeriksaan di sebuah Pusat Servis Perodua (yang diiktiraf) di Wangsa Maju sambil membuat penyelenggaraan (servis). Untuk pengetahuan, sepanjang tempoh penggunaan kenderaan tersebut, saya belum pernah gagal untuk membuat penyelenggaraan di Pusat Servis yang sama dengan mengikut jadual servis yang telah ditetapkan. Ketika itu, odometer menunjukkan bacaan lebih kurang 92,000 dan usia kenderaan belum lagi mencecah 3 tahun. Selepas pemeriksaan didapati, kotak gear kenderaan saya mengalami keretakan dan bunyi itu sebenarnya disebabkan oleh minyak gear yang berkurangan. Saya telah dinasihatkan oleh mekanik untuk tidak membawa kenderaan ini dalam jarak yang jauh dan sentiasa memeriksa kuantiti minyak gear sebulan sekali sebelum dibenarkan untuk menghantar kenderaan ini untuk diperbaiki mengikut kelegaan masa yang saya ada. Masa berlalu dan ulangan untuk pemeriksaan minyak gear telah dibuat tanpa sebarang pembayaran. Namun memikirkan untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini dan menjadikan kerosakan kotak gear semakin teruk, saya mengambil keputusan untuk menghantar kenderaan saya pada 02 November 2010 yang lalu untuk penggantian atau pemeriksaan kotak gear. Malangnya sehingga hari ini, 02 Januari 2011 kenderaan saya masih tidak boleh digunakan dan keadaannya amat menyedihkan di mana kenderaan tersebut terbiar dengan kotak gear telah dibuka, berada di bahagian bawah enjin tanpa diusik sehingga 2 bulan lamanya!

Saya tidak faham mengapa tiada tindakan daripada pihak yang berwajib? Bertambah menghairankan, saya terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk menghubungi pihak Pusat Servis beberapa kali dan seringkali didapati pihak mereka nampak seperti tiada usaha untuk menyelesaikan masalah yang ada. Saya begitu kecewa kerana mereka tidak menghubungi saya dan memberitahu status kenderaan tersebut. Malah berulang kali menabur janji untuk menyelesaikan masalah ini dan akan menghubungi saya sekiranya terdapat apa-apa masalah. Apa yang saya dapati, hanya saya sahaja yang kerapkali menghubungi mereka untuk mengetahui hal yang sebenar. Saya telah mengambil langkah dengan menghubungi pihak insurans (P&O Sdn. Bhd.) yang dikatakan punca berlakunya kelewatan proses tuntutan jaminan (waranti). Itu pun panggilan sukar dijawab dan selalu gagal untuk bercakap dengan individu yang bertanggungjawab. Namun apa yang diberitahu, pihak insuran lewat menghantar laporan kepada Ibu Pejabat Perodua di Rawang iaitu pada 18 November 2010. Pihak Pusat Servis sering memberi alasan yang pihak ibu pejabat gagal memberikan kelulusan sedangkan segala dokumen yang berkaitan telah pun saya berikan untuk membuktikan kerosakan kotak gear tersebut masih di dalam tempoh jaminan.

Saya mengharap sangat agar pihak Perodua dapat mengambil serius perkara ini memandangkan saya sudah tidak tahan untuk menanggung kerugian akibat penggilan telefon, sewaan kereta dan teksi serta pembaziran masa dan beberapa kerugian daripada segi prestasi saya sebagai seorang pekerja. Untuk pengetahuan, saya menggunakan kenderaan tersebut untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja sejauh 44 kilometer sehala setiap hari dan sering membuat tugasan luar pejabat. Saya mempunyai anak yang berusia setahun yang perlu dihantar kepada pengasuh dan perlu sangat menggunakan kereta. Sejak kejadian ini sudah lebih sepuluh kali saya tiba lewat ke tempat kerja akibat selalu beralah dengan suami yang juga memerlukan kenderaan untuk berulang alik ke tempat kerja serta urusan pejabat yang lain. Kadangkala urusan beliau yang kerap kali bertugas di luar kawasan lebih daripada 3 hari lebih menyukarkan pergerakan saya. Saya bukan mengadu untuk diberikan belas atau ihsan, tapi saya mengharapkan agar sesuatu dapat dilakukan untuk menyiapkan kenderaan saya semula yang telah pun dibayar ansurannya tanpa dapat menggunakan kereta selama 2 bulan. Saya hanya menuntut hak saya supaya perkara yang sama tidak berlaku ke atas orang lain. Dengarilah rintihan ini daripada insan yang hanya mampu memiliki sebuah Perodua VIVA dan bukannya BMW atau Mercedes Benz yang berkemungkinan berbeza kesnya.

Penyokong Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia
Saujana Utama, Sg. Buloh

Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • AMASHAB1

    Saya baru membeli sebuah kereta produa myvi ezi dari pengedar sah di Bandar Baru Bangi pada pertengahan Disember yang lepas. Kereta ini saya daftarkan atas nama anak saya. Saya terlalu percayakan kualiti produa dan penjual kereta. Di bilek pameran pengedar tiada ditunjukan atau pluang memilih kereta mana yang saya mahukan. Atas dasar percaya, Produa pasti menjual kereta baru yang betul betul baru. Setelah membayar pendahuluan pada hari Rabu, wakil penjual mendaftarkan dan mengambil kereta katanya di Puchong. Semasa menerima kereta (sepatutnya baru) pada pagi sabtu, diajak saya memeriksa kereta bahagian enjin, dalaman dan body secara rawak dan mengajar/menunjukkan anak saya cara pengendalian dan penjagaan umum. Pada pintu depan kiri dan kanan bahagian bawah ada sedikit kesan percikkan bintik bintik lumpur. Stelah puas hati, anak saya memandu kereta ke kedai assessori untuk memasang tinted. Pada pagi Ahad, saya membasuh kereta sambil memeriksa keadaan badan kereta. Di pintu depan sebelah kiri bahagian bawah walaupun telah dicuci, ada satu tanda titik bergarispusat lebihkurang 4 mm yang tidak tanggal. Bila diamati, tanda itu membonjol seperti bisul. Saya pasti ia adalah kesan karat. HA! TERPERANJAT BESAR SAYA. PRODUA MENJUAL KERETA BARU YANG KARAT. KALAU TUAN MEMBERI BARANG BARU TETAPI BERCALAR APA RASANYA. Saya adukan kepada wakil penjual yang memilih kereta untuk saya dan tentulah saya kata saya beli kereta baru bukan dah berkarat macam kereta terpakai. disuruh saya rujuk ke pusat servis di Balakong. Terpaksa saya mengambil cuti dan hantar kereta ke Balakong. Di sana saya menfailkan aduan supaya ditukar satu pintu baru. Pada 17hb.Jan. 2011, anak saya menerima pangilan untuk menghantar kereta itu ke Balakong untuk di perbaiki dan cat semula (BUKAN TUKAR PINTU). KENA TINGAL KERETA BEBERAPA HARI PULAK TU. TUAN/PUAN FIKIRLAH, KENAPA BELI KERETA BARU. SALAH SATU UNTUK MENGHINDARKAN SAMA SEKALI NMENGULANG KE BENGKEL REPAIR BODI. BETAPA KECEWA SAYA DENGAN SIKAP PRODUA. TOLONG BANTU SAYA, MACAM MANA SAYA NAK BUAT…. KEPADA PIHAK BERKAITAN, CUBA ANDAIKAN ANDA DITEMPAT SAYA… APA PERASAANNYA.

  • Daman bin Mat Jan

    BETUL TU…
    SY PULAK LG MALANG… ADA KE STERING BOLEH JEM SEMASA KERETA SEDANG BERGERAK.. BAYANG KAN.. DITAKDIRKAN TIDAK BERLAKU APA2…
    SELEPAS TU SY HANTAR PLAK KAT PERODUA SERVIS.. KENA GANTUNG PLAK SEHINGGA SEKARANG.. JD BANYAK LA KERJA TERTANGGUH, BANYAK LA TUGAS TAK TERLAKSANA..  TERPAKSA PINJAM KENDERAAN ORG.. BAYAR SEWA LA APA LAGI.. GERAM SY KAT PERODUA.. PERTAMA KALI BELI KERETA DIA JADI MCM NI. MALANG….

  • Zalehadullah

    hari ini saya pemilik PRODUA ALZA WTQ 8070 akan berbincang dengan salah seorang teknikal PRODUA yang mempunya kemahiran yang dalam mengenai masalah ketera buatan Malaysia ini…harap2 perjumpaan itu nanti akan membuatkan penyelesaian yang baik dan terbaik agar para pelanggan tidak menjadi mangsa di atas kesalahan mereka

  • Kamarudin Yusof

    Produa patut lebih prihatin tentang perkara ini, banyak kastermer selepas hantar servis disana.  Dah la mahal, tak memuaskan pula.

  • Umiaiza Yusof

    Tak sampai sebulan pakai kereta mayvi lagi best sudah ada bunyi di bahagian engin.Macam tu ke di katakan mayvi lagi best.Bila buat aduan di pusat service.Jawapannya tunggu pihak kami akan call cik balik.Sampai sekarang tak ada apa-apa tindakan dari produa.Tak kan nak tunggu kereta kerosakan yang lebih terok baru nak ambik tindakan.

  • Korom sodomon

    salam.saya guna myvi EZI dan SE bru 2th 50ribu km masalah brake selalu berbunyi dan bergegar.masuk servise pero2 Keningau Sabah dikenakan bayaran Rm100…tukar rottoh skinning dan b/pad baru..cakap jaminan 6th guna 1 minngu dah berbunyi semula dtg blk servis..buka tayar dan cuci b/pad dan pasang blk dikenakan byrn lagi RM30.test drif masi lg bunyi..masalah dah 2 kali berulang.sakit hati dikenakan bayaran melebih-lebih.cakap jaminan 6th.perdua servis pampang keningau sabah cekik darah rakyat.harap pihak pero2  ambil kisah.

  • Kecewa!

    Saya juga pengguna setia PERODUA, bermula dari mak saya…sehingga saya dan adik saya juga membeli kereta jenama PERODUA. Dari PERODUA RUSA ke Kancil 850 EX, Myvi SE pun ada… tambah lagi yang latest Myvi Lagi Best 1.3. Namun indah khabar dari rupa. Pada 21hb Ogos yang lepas, saya telah menerima kereta tersebut dan tanpa gagal telah menghantar ke pusat servis pada 1000km yang pertama.  Pada 21hb Oktober, pada kilometer ke 4900km, enjin kereta mati di tengah2 jalan KL yang jem dan hujan lebat serta KEBOCORAN PETROL lebih pada setengah tangki. Syukurlah hujan lebat, kalu tak, mau meletup kami sekeluarga ditengah jalan. Kereta telah dihantar ke Pusat Servis Wangsa Maju dan setelah diselidik, injap petrol tidak dipasang dgn sempurna dan diklipkan dengan ketat. Bila ditanya kepada petugas, jawapanya adalah faulty sewaktu pemasangan di kilang. Pagi tadi, nak mai kerja pun tersangkut sebab enjin tiba2 tidak boleh start pada tiba waktu servis pada 5000km yang kedua. Rasa kecewa sebab membeli kereta baru tapi performance macam hampeh! Rasa lagi kecewa bila pada sekiranya injap petrol tu tidak diklip dengan sempurna sewaktu pemasangan di kilang, kenapa sewaktu servis pada 1000km yang pertama tidak dibuat inspection sepintas lalu? QC Control kat kilang tidak buat kerja ka? Nyawa kami sekeluarga dipermainkan macam tu aje… Sebagai pengguna prihatin, tindakan saman boleh diambil diatas kecuaian agar pengguna dan bakal pembeli lebih berhati2…

    Ini bukan Lagi Best…tapi Lagi Menyusahkan!

  • Ahmad Tajudin bin Wahab

    VIVA saya ujung tahun 2008,masalah dan problemnya ialah bateri. Sehingga sekarang Disember 2011 sudah 4 biji bateri dah ditukar. Aduan  dibuat setiap kali servis samada di cawangan Perodua atau ejen yang dilantik tatapi ianya berlalu tanpa sebarang tindakan dan perhatian. Maklumat terperinci akan disusuli kemudian.

  • Xaiepoo Myungsoo

    Saya paakai viva 850cc mmg best n bagus sangat2 enjin kecik boleh lari sampai 170km/hour!! tapi da xcdent dlm bulan 5. 2011 hancur depan.. Lepas repair semua okay, tapi ada bunyi sikit org kata “BAR” entah la apa menda alah tue… Tapi bg saya masalah nie sbb keter lepas kemalangan mmg akan ada masalah sikit pd kebiasaannya…

  • Kkl_1111

    Mmang mcam tu.. Teruk betol.. Masa jual.. Pnya la cakap bagus la. ni la.. Bila dh bmasalah.. Xjgak meka mau selesaikan masalah.. Rugi jak beli keta buatan malysiA….

  • Kkl_1111

    Sya pun kena masalah bunyi Padang keta.. Bila kol meka.. Jawpan adalah tnggu pihak kmi hubungi anda.. Pa ka.. Tahi hdung pun xda dr meka

  • Majid5308

    sy pkai produa viva..pkai x smpai 2mnggu hon dh x brbnyi,atr dkat servis perodua kemaman,chek pnye chek,ade brang rosak,kate brang 2 smpai 2mggu,tp smpai skrng xade cll2 dri perodua.lngsung x jge custemer…same jgk dgn radio,krete bru 3mggu pkai,tp dh x blh nk dngar….lngsung x de kualiti perodua!!