Author Archive

‘Doakan rumah tangga kami’

Posted on the May 18th, 2012 under Artis by Mami Juram

ADI dan Aida ketika menghadiri malam ABPBH di Genting Highlands, tahun lalu.

ADI dan Aida ketika menghadiri malam ABPBH di Genting Highlands, tahun lalu.

Isteri Adi Putra tidak putus asa lalui saat getir

JIKA bukan kerana suami sendiri yang membuka mulut, mengaku rumah tangga mereka kini bagai telur di hujung tanduk, tentunya tiada siapa yang tahu bahawa mahligai pasangan pelakon terkenal, Adi Putra dan Aida Yusof sedang bergelora dilanda badai. Pada zahirnya, pasangan ini kelihatan sangat bahagia.

Aaron terkilan

Posted on the May 18th, 2012 under Artis by Mami Juram

Kecewa isu babit dirinya terus diungkit

AARON Aziz menyuarakan rasa terkilan kepada Persatuan SENIMAN Malaysia (SENIMAN) kerana tidak berusaha mempertahankan kontroversi membabitkan dirinya sejak memenangi gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) sedangkan dia juga adalah ahli dalam persatuan itu.

Lebih mengecewakan, isu itu meleret-leret kerana selepas status kewarganegaraan dipersoalkan kali ini dia dicabar pula untuk mengemukakan permit kerja sah kerana bekerja dengan syarikat produksi di Malaysia.

Saya rasa lebih tersingkir daripada dilindungi sedangkan saya juga ahli SENIMAN. – Aaron Aziz

Tiada sokongan

Posted on the May 17th, 2012 under Artis by Mami Juram

SIDANG media penjelasan Saiful Apek terhadap kontroversi membabitkan dirinya dengan penerbit David Teo, yang pada awalnya dijangkakan hangat dan beremosi, sebaliknya berlangsung dalam keadaan tenang apabila pelakon komedi itu mengambil pendekatan mencari jalan penyelesaian.

Pada majlis terbabit juga Apek hadir tanpa ditemani 50 artis yang khabarnya ingin menuntut hak masing-masing daripada David, seperti dilaporkan sebelum ini. Mereka dikatakan akan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani, dalam usaha menjelaskan perkara sebenar.

“Apa yang ditulis menerusi akhbar sebelum ini adalah salah. Saya bukan mengatakan 50 selebriti akan hadir, tetapi angka 50 itu sebenarnya mewakili artis, kru produksi dan media yang akan datang ke sidang media terbabit.

Tak benar isteri berlakon

Posted on the May 15th, 2012 under Artis by Mami Juram

ANTARA faktor Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011), Aaron Aziz menjadi tumpuan peminat kerana ketampanan wajahnya selain memiliki susuk tubuh yang agak tegap.

Namun, di sisi lain, dia juga memiliki seorang isteri tersayang yang tidak kurang cantiknya iaitu, Diyana Halik, 31.

Tidak dinafikan, di sebalik populariti Aaron selepas memegang gelaran Bintang Paling Popular, Diyana turut terkena tempias populariti apabila wajah jelitanya juga semakin kerap menghiasi akhbar mahupun majalah hiburan.

Tidakkah ada pihak menawarkannya berlakon? Sambil menjeling ke arah isterinya, lelaki itu tersenyum apabila diajukan pertanyaan itu.

Astrid optimis diterima

Posted on the May 12th, 2012 under Artis by Mami Juram

Astrid

Astrid

SEMAKIN ramai penyanyi Indonesia yang berlumba untuk memasuki pasaran muzik di Malaysia. Melihat kejayaan rakan seangkatan lain mendapat sambutan hebat dan lagu nyanyian mereka diterima baik oleh peminat tempatan, penyanyi kelahiran Surabaya, Astrid Sartiasari pula mengharapkan penerimaan dan sambutan positif daripada peminat tempatan.

Walaupun hanya bermula sebagai penyanyi di kelab, tapi suaranya yang penuh dengan misteri memikat produksi Sony Music Indonesia untuk menyuntingnya menjadi artis rakaman dan album pertamanya dilancarkan pada 2003 dengan judul, Astrid dan album kedua, Lihat Aku Sekarang yang diterbitkan pada 2010.

Dengan mempunyai dua album termasuk satu album pek semula yang dikeluarkan pada tahun 2007 membuka keyakinan kepada penyanyi muda ini untuk melebarkan sayap dan memperkenalkan aliran muziknya kepada peminat di Malaysia pula.

Mesti Tonton: Disumpah bila cinta tak berbalas

Posted on the May 12th, 2012 under Artis by Mami Juram

Filem: Dark Shadows
Genre: Klasik, Seram, Komedi
Pengarah: Tim Burton

Pelakon: Johnny Depp, Michelle Pfeiffer, Eva Green, Bella Heathcote dan Helena Bonham Carter Tayangan: Mulai 10 Mei 2012

SUDAH tergambar watak yang bakal dibawakan Johnny Depp saat dikhabarkan dirinya terbabit dalam filem terbaru arahan Tim Burton, Dark Shadows, yang diangkat daripada soap opera sekitar 1960-an. Jika dibilang dengan jari, sudah lapan produksi mereka ‘bersatu’, bermula dengan Edward Scissorhands pada 1990.

Filem lain yang menyaksikan Depp beraksi di bawah arahan Burton ialah Ed Wood, Sleepy Hollow, Charlie and the Chocolate Factory, Corpse Bride, Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street dan Alice in Wonderland.

David Teo mohon maaf

Posted on the May 11th, 2012 under Artis by Mami Juram

PENERBIT filem dari MIG Movie Production, David Teo memohon secara terbuka kepada seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi di atas kenyataannya yang menyinggung mereka kerana menyebut perkataan ‘sedekah’.

Dalam kenyataannya yang dikirimkan kepada semua media menerusi e-mel, beliau menjelaskan, jauh dalam lubuk hatinya memang tidak ada niat langsung untuk menghina atau menyakitkan hati mana-mana kerana Bob Kuman dianggap sahabat baiknya.

Berikut adalah kandungan e-mel daripada David Teo;

“Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai Bob Kuman (Husni Mohd Rawi).

Impak siri jelajah ABPBH

Posted on the May 11th, 2012 under Artis by Mami Juram

DARI kiri; Shaheizy Sam, Yana, Along Cham dan Fizz Fairuz pada majlis penyampaian hadiah ABPBH2011.

DARI kiri; Shaheizy Sam, Yana, Along Cham dan Fizz Fairuz pada majlis penyampaian hadiah ABPBH2011.

Artis sanggup luang waktu temui peminat seluruh negara

KOMITMEN ditunjukkan tujuh finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 menjayakan siri jelajah sempena mempromosikan acara berprestij itu melayakkan mereka menerima Anugerah Khas daripada Jawatankuasa ABPBH.

Sammy tak mungkin kembali ke pangkuan Kerispatih

Posted on the May 9th, 2012 under Artis by Mami Juram

Sammy Simorangkir

Sammy Simorangkir

TRAUMA serta luka akibat ditinggalkan masih berbekas dalam hati. Bayangkan, teman seperjuangan yang suatu ketika dulu sanggup bersusah payah akhirnya meninggalkan dirinya sendirian ketika dia ditimpa musibah. Ternyata, benarlah ungkapan si bijak pandai, teman ketawa senang dicari tetapi teman menangis sukar ditemui.

Berbekal pengalaman pahit apabila disingkirkan ahli Kerispatih lain, saat diri berdepan ujian dahsyat iaitu dipenjara akibat penyalahgunaan dadah, bekas vokalis kumpulan itu, Sammy Simorangkir, mengakui pintu hatinya sudah tertutup untuk kembali ke pangkuan mereka. Tegas pemuda berusia 29 tahun ini, walaupun ada banyak pihak meminta mereka bersatu semula, namun perkara itu mustahil untuk terjadi.

“Banyak maklum balas saya terima dari laman Facebook dan Twitter, serta dari pihak media di Indonesia, yang mahu kami bergabung kembali. Tapi sebagai lelaki, saya ada prinsip. Mereka yang tinggalkan saya, jadi untuk apa saya perlu kembali kepada mereka? Begitupun, saya tidak pernah berdendam.

Artis eksklusif

Posted on the May 9th, 2012 under Artis by Mami Juram

Maya Karin

Maya Karin

Strategi Maya Karin untuk kekal popular, diminati ramai

FILEM Ombak Rindu melonjakkan nama Maya Karin meskipun wajahnya dianggap jarang menghiasi filem tempatan. Bukan filem saja, dia juga memang sukar dilihat membintangi drama atau telefilem baru yang disiarkan oleh mana-mana stesen TV.

Kalaupun ada yang pernah melihatnya, itu adalah drama atau filem yang disiar ulangannya. Bukan terbitan terbaru. Ini menjadikan Maya dianggap meletakkan dirinya sebagai sangat eksklusif.

Itu memang diakui dan ia juga adalah strategi Maya untuk dirinya dilihat sebagai artis eksklusif.

Remy rimas

Posted on the May 8th, 2012 under Artis by Mami Juram

SIKAP sesetengah peminat yang mengambil berat memang sangat dihargai oleh pelakon, Remy Ishak. Cuma, apabila sikap ambil tahu yang berlebihan atau keterlaluan oleh sebahagian peminat mengenai hubungannya dengan Tiz Zaqyah, membuatkan Remy kurang selesa, tertekan dan tiada privasi.

Menganggap masalah perselisihan faham antara mereka adalah perkara biasa dalam perhubungan cinta, sikap peminat yang seolah-olah hendak campur tangan membuatkan pelakon berusia 29 tahun ini menjadi rimas.

“Saya kecewa dengan orang luar terutama segelintir peminat fanatik yang lebih daripada saya sendiri setiap kali kami ada masalah.

Moga damailah di sana

Posted on the May 4th, 2012 under Artis by Mami Juram

SIAPA sangka hasrat mahu ‘pergi jauh’ yang disuarakan Bob Kuman atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi, 40, secara gurauan, rupa-rupanya membawa maksud lebih mendalam iaitu hendak meninggalkan dunia ini buat selamalamanya.

Vokalis Search, Amy, yang juga antara rakan baik Bob, amat terkilan apabila permintaan untuk mendapatkan MP3 Search tidak dapat ditunaikan.

“Dia ada meminta MP3, tetapi sampai sekarang saya belum berpeluang memberikannya. Memang terkilan sangat. Kadang-kadang saya ada hubungi dia. Waktu sakit, dia boleh bergurau lagi.

“Malah baru-baru ini dalam perbualan di telefon, dia meluahkan perasaan nak pergi jauh. Tak sangka, perkara yang saya sangka gurauan ialah petanda dia hendak meninggal dunia,” katanya yang ditemui di rumah keluarga Allahyarham, semalam.

Belasungkawa: Hasrat arah filem tak kesampaian

Posted on the May 4th, 2012 under Artis by Mami Juram

BANYAK perancangan diluah Bob Kuman tatkala kami bertemu di gerai Bawal Power yang dikongsi bersama tiga rakan di Kota Damansara, dua tahun lalu.

Rupa-rupanya itulah temu bual terakhir bersamanya apabila semalam, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, jam 4.38 petang.

Tiada lagi jenaka bersahaja, malah pasti insan yang paling merasai kehilangan anak seni serba boleh ialah keluarga selain teman rapat, terutama Saiful Apek. Suatu masa dulu, pernah keluar dari bibir Allahyarham, Apek ialah abangnya dunia akhirat, sekali gus membuktikan keakraban mereka.

Mana tidaknya, pada saat Bob menderita sakit berikutan masalah obesiti serta penyakit sampingan lain, individu yang sentiasa tidak lekang memberi kata semangat dan menghulur bantuan secara senyap ialah Apek.

Sudah berpunya

Posted on the May 3rd, 2012 under Artis by Mami Juram

Ustaz Don ada sebab setia kepada sebuah stesen TV saja

USTAZ Don begitu disayangi dan disenangi ramai, apatah lagi karakternya mudah mesra serta peramah membuatkan siapa saja senang mendekati pendakwah muda ini.

Umurnya baru menjangkau 28 tahun, tapi anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini mempunyai banyak pengalaman menjadi penceramah bebas.

Sentiasa cuba mengelak untuk berbicara soal peribadi dan lebih suka berahsia kerana baginya soal percintaan dan perkahwinan biarlah diketahui oleh individu yang rapat dengannya saja.

Namun, dia tidak menafikan sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga dengan pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir, dalam masa terdekat.

Zizan diarah berehat

Posted on the May 1st, 2012 under Artis by Mami Juram

Doktor sahkan Pengacara TV Lelaki Popular ABPBH2011 keletihan melampau

PENGACARA TV Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011), Razizan Razak di masukkan ke wad sejak Ahad lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana mengalami radang otot atau acute myositis yang menyebabkan tubuhnya lemah.

Ketika itu, Razizan atau Zizan sedang bersiap sedia untuk bertolak ke Ipoh bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengacara Melodi yang disiarkan secara langsung sempena Karnival Jom Heboh.

Di atas nasihat doktor, aktiviti seninya akan dihentikan buat masa ini dan bergantung kepada tahap kecergasan Zizan. – Marina Juki, Pengurus Zizan

Tiada niat tipu pendengar

Posted on the May 1st, 2012 under Artis by Mami Juram

Yusry Abu Samah

Yusry Abu Samah

PELBAGAI pertandingan atau peraduan yang ditawarkan oleh stesen radio memang cukup menarik, lebih-lebih lagi dengan hadiah wang tunai yang agak menggiurkan.

Ini semua dilakukan untuk meraih jumlah pendengar seramai yang boleh. Matlamat setiap radio ini memang tidak salah. Cuma format pertandingan yang agak kabur dan mengelirukan menyebabkan berlaku salah faham pendengar sehingga mereka berasa tertipu.

Inilah yang berlaku ke atas peraduan Ketawa & Ceria anjuran radio Suria FM apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dan mendakwa peraduan itu mengelirukan sehingga dilihat seolah-olah cuba menipu pendengar.

Fasha Sandha sah isteri Jejai

Posted on the April 28th, 2012 under Artis by Mami Juram

[unable to retrieve full-text content]

PELAKON Fasha Sanda selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada jam 9.45 malam tadi di Hotel Crown Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Pasangan dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, Hassan Mohaiddin.

Source: Berita Harian

Kejutan watak Ivan

Posted on the April 28th, 2012 under Artis by Mami Juram

Dindong Dantes akui teragak-agak terima tawaran berlakon Endless Love

MELANCARKAN karier lakonan lebih sedekad lalu, populariti yang ketika ini meluncur laju memberikan cabaran besar kepada Dindong Dantes dalam menentukan destinasi yang ingin dituju.

Permulaan karier jejaka berusia 31 tahun itu turut dibayangi oleh wajah kacaknya, malah aksi berani bergambar separa bogel menghiasi papan iklan menyukarkannya meyakinkan khalayak kepada bakat yang dimiliki.

Keintiman itu ada ketika mengganggu objektif sesuatu babak terutama apabila hal peribadi diutamakan berbanding kerja. – Dingdong Dantes

Beralih arah

Posted on the April 27th, 2012 under Artis by Mami Juram

BUKAN kerana kecewa atau kecil hati, tetapi bintang baru dalam dunia lakonan, Neelofa memutuskan untuk kurang menerima tawaran berlakon kerana mahu memberi tumpuan terhadap bidang pengacaraan TV.

Dia menganggap peluang menjadi pengacara program TV memang bidang yang diimpikan selama ini dan menyifatkan ia sebagai kerjaya lebih terjamin berbanding lakonan.

“Sekarang saya lebih yakin dengan kerjaya sebagai pengacara. Dibandingkan dengan lakonan, saya lebih meminati dunia pengacaraan dan dari dulu lagi sebenarnya suka menjadi hos.

Menjadi pengacara adalah salah satu impian apabila menjejakkan kaki ke dunia seni tempatan.

Michelle Yeoh the Lady

Posted on the April 25th, 2012 under Artis by Mami Juram

TERGAMAM, teruja, terkejut dan hilang kata-kata buat seketika sebaik saja wanita yang selama ini menjadi idolanya kini berdiri di depan mata. Malah berkali-kali dia meyakinkan dirinya bahawa yang berada di hadapannya itu adalah Aung San Suu Kyi, pejuang demokrasi terkenal Myanmar itu.

Sukar untuk mempercayai bahawa satu hari nanti peluang keemasan itu tiba juga akhirnya. Sebaik saja diberi mandat untuk membawakan watak sebagai pejuang kontroversi itu, aktres terkenal antarabangsa kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh sememangnya menyimpan angan-angan untuk bertentang mata dengan Suu Kyi.

Justeru, apabila berpeluang bertemu dengan Suu Kyi menjelma di depan mata, Yeoh dalam nada teruja mengakui membuat persiapan rapi, fizikal dan mental.

Irama dakwah dua bintang

Posted on the April 24th, 2012 under Artis by Mami Juram

SAMI dan Siti merakamkan lagu You Came To Me dalam tiga bahasa.

SAMI dan Siti merakamkan lagu You Came To Me dalam tiga bahasa.

SABTU lalu, Studio Harem milik penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman meriah dengan kehadiran rombongan penyanyi terkenal lagu ketuhanan dari United Kingdom, Sami Yusuf, yang memilih merakamkan dendangan terbarunya di situ.

Lebih istimewa, penghibur yang mendapat gelaran Rockstar Muzik Islam itu tidak keseorangan, sebaliknya berpadu suara dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, bagi lagu berjudul You Came To Me untuk dimuatkan dalam album keempatnya.

Belum bersedia

Posted on the April 21st, 2012 under Artis by Mami Juram

Protege Mentor 6 tampil persembahan mengecewakan di Hard Rock Cafe

SHOWCASE mini peserta Mentor 6 yang diadakan di Hard Rock Cafe, Rabu lalu, bagai membayangkan mereka sebenarnya belum bersedia untuk bergelar artis.

Sikap main-main ketika mengadakan persembahan menunjukkan mereka tidak memanfaatkan peluang diberikan premis hiburan terkenal di ibu kota yang dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat itu.

Sikap main-main ketika mengadakan persembahan menunjukkan mereka tidak memanfaatkan peluang diberikan premis hiburan terkenal di ibu kota yang dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat itu.

Peluang keemasan untuk menonjolkan keupayaan masing-masing di hadapan orang ramai sebaliknya digunakan peserta sebagai medan untuk mereka ‘berlatih’ saja, sebelum tibanya konsert mingguan pada hujung minggu.

Bintang Hollywood promosi keindahan Malaysia

Posted on the April 21st, 2012 under Artis by Mami Juram

ASON Scott Lee ditampilkan buat kali kedua dalam Malaysian Journey.

ASON Scott Lee ditampilkan buat kali kedua dalam Malaysian Journey.

LIMA tahun selepas program pertama diperkenalkan, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia sekali lagi memilih National Geographic Channel (NGC) untuk mempromosikan keajaiban semula jadi negara ini ke serata dunia.

Episod kedua Malaysian Journey with Jason Scott Lee – Rainforests akan disiarkan buat julung kali menerusi saluran berkenaan pada 21 April ini, jam 5.05 petang. Siaran ulangannya pula ke udara pada 26 April, jam 8 malam.

Peluang bersih nama rempit

Posted on the April 19th, 2012 under Artis by Mami Juram

DAVID (tiga dari kanan) bersama artis dan beberapa bekas pelumba negara yang memeriahkan pelancaran Rempit United, semalam.

DAVID (tiga dari kanan) bersama artis dan beberapa bekas pelumba negara yang memeriahkan pelancaran Rempit United, semalam.

David terbit dokumentari papar realiti golongan sering undang kontroversi

Teringin watak serius

Posted on the April 19th, 2012 under Artis by Mami Juram

Akhbar, bilik air tempat Johan dapat idea lawak

DUDUK berbual dengan pelakon, pengacara dan pelawak ini, lebih banyak ketawa yang kedengaran. Setiap perbualan pasti disulami lawak jenaka yang menggeletek hati. Ada saja bahannya untuk membuat orang sekeliling terhibur dengan keletahnya.

Pendek kata, hidup pemilik nama penuh Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali dengan nama Johan Raja Lawak ini sentiasa ceria dek sifat kelakar yang ada padanya. Justeru tidak hairanlah andai trofi Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 menjadi miliknya.

Kemenangan itu bukan kejutan kerana diakui, Johan memang pelakon komedi yang bagus. Lihat saja bagaimana dirinya menyerlah menerusi program Maharaja Lawak serta pementasan Lawak Ke, Der? yang dijayakannya bersama Zizan di Istana Budaya, bulan lalu.

Yuna teruja Aaron menang

Posted on the April 16th, 2012 under Artis by Mami Juram

Yuna

Yuna

Tidak sangka kekalkan gelaran Penyanyi Wanita Popular ABPBH2011

SAAT namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian, hanya kelibat anak didiknya saja iaitu Diandra Arjunaidi naik ke atas pentas untuk menerima trofi bagi pihaknya.

Buat julung kalinya pemilik nama penuh Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan panggilan Yuna tidak dapat hadir ke malam kemuncak ABPBH2011 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands, 8 April lalu, kerana berada di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS), demi mengejar cita-cita.

Air mata iringi pelancaran album

Posted on the April 16th, 2012 under Artis by Mami Juram

NORISH bersama tiga anak yang sentiasa menyokong kerjayanya.

NORISH bersama tiga anak yang sentiasa menyokong kerjayanya.

Norish tiada masa bercinta semula kerana sibuk dengan kerjaya seni

TANGISAN mengiringi majlis pelancaran album sulung penyanyi ini di Plaza Mont Kiara, Kuala Lumpur, kelmarin. Entah mengapa, manik jernih milik aktres dan juga pengacara kebal, Norish Karman, menjadi cukup murah petang itu.

Misteri terungkai

Posted on the April 14th, 2012 under Artis by Mami Juram

Carissa Putri mengakhiri teka-teki apabila memperkenalkan suaminya, Navies Abdullah Naif selepas bernikah pada 31 Mac lalu

SEORANG yang agak tertutup dalam membicarakan isu peribadinya, bintang yang melonjak popularitinya lewat filem Ayat-Ayat Cinta, Carissa Putri mengakhiri segala teka-teki dengan memperkenalkan suaminya, Navies Abdullah Naif kepada wartawan pada petang Sabtu lalu.

Berita mengenai aktres kelahiran Frankfurt, Jerman berusia 27 tahun itu bakal bernikah pernah menimbulkan keraguan dan tanda tanya kerana Carissa tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Kebal digosip

Posted on the April 14th, 2012 under Artis by Mami Juram

KEPULANGANNYA ke Jakarta, Indonesia awal April lalu kembali menghembus luka kepada Sophia Latjuba apabila persoalan mengenai rumah tangganya yang berantakan berterusan dibangkitkan.

Semua itu bagaimanapun, tidak membekas di hati aktres kelahiran Berlin, Jerman itu yang mengambil pendirian tegas menolak untuk tidak melayan sebarang pertanyaan mengenai rumah tangganya.

“Kebenarannya bagaimana, lihat saja nanti,” jawab Sophia pendek, enggan mengesahkan berita mengenai rumah tangganya dengan lelaki warga Amerika Syarikat (AS) Michael Anthoni Villarea yang dikatakan sudah berakhir.

Biarlah ia berlalu

Posted on the April 7th, 2012 under Artis by Mami Juram

Terkilan gagal temui peminat pada siri jelajah ABPBH2011

KELIBATNYA langsung tidak kelihatan dalam siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang sudah pun melabuhkan tirainya di Pasir Gudang, Johor Bharu, 25 Mac lalu. Ketika finalis lain berusaha merebut peluang itu untuk bertemu dan beramah mesra bersama peminat mereka di lima lokasi terpilih, namun ia tidak berlaku pada Nora Danish. Sebagai finalis kategori Pelakon TV Wanita Popular kali ini, kehadiran aktres jelita itu dinantikan peminatnya. Malangnya, tiada satu lokasi pun dihadiri Nora, walaupun pihak penganjur sudah memaklumkan berkenaan hal itu kepadanya sejak awal lagi.