Author Archive

Malaysia tinjau kemungkinan wujudkan akta pekerja asing

Posted on the May 18th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

JAKARTA, 17 Mei – Malaysia akan meneroka kemungkinan terhadap keperluan mengadakan sebuah akta pekerja asing bagi menguruskan pekerja asing dalam negara, yang kini mencapai angka 4 juta orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata dengan jumlah pekerja asing yang pada masa ini mewakili lebih daripada 10 peratus penduduk negara, pengurusan mereka tidak lagi boleh dibuat secara ad hoc.

“Saya secara peribadi percaya bahawa kita perlu ada (akta pekerja asing). Sekarang kita menangani isu-isu apabila ia berlaku sahaja,” katanya ketika ditemui di sini Khamis.

Mohamed Nazri yang mengetuai delegasi Kesatuan Antara Parlimen Malaysia dalam lawatan tiga hari ke sini mulai semalam, sebelum itu menemui Ketua Majlis Pemesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia Taufik Kiemas di kediamannya di Menteng, Jakarta Pusat.

Ada cadangan mansuhkan hukuman sebat untuk pekerja asing, kata Nazri

Posted on the May 18th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

JAKARTA, 17 Mei – Hukuman sebatan terhadap pekerja asing yang diperuntukkan di bawah undang-undang imigresen akan dicadangkan supaya dimansuhkan kerana ia dilihat sebagai bersifat tidak manusiawi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata istilah sebat itu sendiri untuk kesalahan imigresen sudah memberi persepsi kurang elok kepada Malaysia dan sehubungan itu kerajaan perlu mengkaji kaedah baru untuk menggantikan hukuman sebat terhadap pekerja asing yang tinggal di Malaysia tanpa permit yang sah.

“Saya akan berjumpa dengan Peguam Negara untuk membincangkan cadangan memansuhkan hukuman sebat kerana ia tidak membawa banyak manfaat sebaliknya, hanya mengundang pandangan negatif orang luar terhadap negara,” katanya ketika ditemui di sini.

Peguam Muslim: Kerajaan perlu usir Irshad Manji dari Malaysia

Posted on the May 18th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mendesak kerajaan supaya penulis buku Islam, Irshad Manji, dikeluarkan dari Malaysia dengan segera kerana cubaan beliau “mengenengah pendirian liberal kepada masyarakat Malaysia”.

Penulis yang berasal dari Kanada itu tiba di Kuala Lumpur semalam untuk mengadakan acara-acara awam di sini, namun menurut satu kenyataan, penganjurnya Borders dan University Monash membatalkan semua programnya kerana kebimbangan keselamatan serta tekanan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“PPMM mendesak kerajaan tidak membenarkan beliau meneruskan program tersebut dan meninggalkan Malaysia dengan kadar segera kerana ia boleh menjadi barah kepada pengalaman agama Islam di Malaysia,” Presiden PPMM, Datuk Haji Zainul Rijal Abu Bakar, berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Anak Kapal Wantas 6 Cerita Pengalaman ‘Umpama Mati Hidup Semula’

Posted on the May 16th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

SEPANG: Empat daripada tujuh anak kapal menganggap diri mereka umpama mati hidup semula selepas menempuh detik cemas selama 10 hari apabila kapal mereka yang membawa kontena muatan peralatan penjanaan elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dirampas lanun di perairan Laut China Selatan pada 17 April lepas.

Mereka yang ditemui sebaik tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini malam Rabu dari Bandaraya Ho Chi Minh, menyifatkan ia sebagai pengalaman amat mengerikan kerana ditahan lanun yang membawa pelbagai senjata, diacukan parang selain turut mencederakan mereka.

Kelasi kapal Yusseri Yusof, 24, berkata mereka yang berkhidmat dengan Wantas Shipping Sdn Bhd bertolak dari Langkawi pada 12 April lepas, sebelum kapal dirampas lanun pada 17 April.

PM Tulis Mengenai Kegembiraan Bertemu Pengikut Twitter

Posted on the May 16th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin berada ribuan kilometer jauhnya dari tanah air, namun nampaknya interaksi beliau dengan pengikut laman Twitternya di sini hujung minggu lepas, masih bermain dalam fikiran beliau.

Dalam entri terkini blognya, Najib meluahkan kegembiraannya bertemu rakan-rakan media sosial beliau, terutama pengikut ke-500,000 laman Twitternya pelajar bernama Anwaruddin Izzuddin, 15, dari Hartamas ketika bersarapan di Restoran Chawan di Bangsar.

“Kami membincangkan pelbagai perkara ketika menikmati hidangan nasi lemak, ubi kayu rebus dan telur separuh masak. Kami bercakap mengenai Malaysia, bola sepak dan makanan termasuk bagaimana ubi kayu menjadi makanan ruji ketika penjajahan Jepun,” tulis beliau dalam laman blog www.1Malaysia.com.my.

AirAsia X Lancar Penerbangan Terus Ke Beijing Mulai Jun

Posted on the May 16th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

BEIJING: AirAsia X yang akan melancarkan penerbangan terus ke Beijing Jun ini mahu meluaskan rangkaiannya ke China.

“Tetamu kita dari Beijing sudah bertahun-tahun menunggu dan akhirnya kami dapat memenuhi permintaan besar untuk destinasi yang menarik ini,” kata Ketua Komersil Kumpulan AirAsia, Kathleen Tan pada pelancaran rasmi penebangan terus itu di sini.

“Kemasukan ke Beijing merupakan satu lagi kejayaan untuk kami,” katanya.

Tan berkata bukan mudah untuk syarikat penerbangan tambang rendah itu melancarkan perkhidmatan ke ibu negara China, dan kejayaan itu adalah susulan usaha Kerajaan Malaysia dan China untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua ibu negara berkenaan.

26 peserta perhimpunan di Dataran Merdeka menyerah diri

Posted on the May 16th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 15 Mei — Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata hanya 26 daripada 141 individu yang dipercayai terlibat dalam perhimpunan pada 28 April telah menyerah diri.

“Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka dirakam,” kata Khairy Ahrasa ketika dihubungi Bernama.

Segelintir peserta perhimpunan telah merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka dan sekali gus telah melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata polis akan membuat tangkapan dari rumah ke rumah terhadap peserta perhimpunan yang enggan menyerah diri mulai Rabu ini setelah tempoh seminggu diberikan untuk mereka. — Bernama

Nazri akan kaji pembentukan Majlis Peguam kedua

Posted on the May 16th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah bersetuju untuk mengkaji pembentukan Majlis Peguam kedua sebagai alternatif kepada peguam yang tidak berpuas hati terhadap Majlis Peguam sedia ada berhubung dakwaan mereka menyokong perjuangan pembangkang.

Menggelarkan badan berkenaan sebagai “pembangkang”, menteri berkaitan hal ehwal perundangan itu menegaskan kebanyakan peguan kecewa dengan kepimpinan di bawah Lim Chee Wee namun tidak mempunyai pilihan lain selain menjadi ahli kepada Majlis Peguam.

Ketika mesyuarat tergempar (EGM) minggu lalu, peguam Abu Backer Sidek berkata kepada pemberita beliau telah hilang minat untuk menjadi ahli “bodoh” Majlis Peguam, yang menurutnya bersifat berat sebelah.

‘Sepetang bersama Perdana Menteri’ berjalan lancar

Posted on the May 16th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

LONDON, 15 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perbuatan dua tiga orang cuba menganggu majlis pertemuan beliau dengan rakyat Malaysia di sini semalam tidak mencemarkan majlis tersebut.

“Ini adalah kes di mana sekumpulan minoriti kecil cuba dominate keadaan dan suasana. Sebab itu sebagai kumpulan majoriti kita tidak boleh membenarkan perkara ini dan kita tidak akan rasa tertekan dalam perkara ini,” beliau berkata.

“Kita akan menayangkan (rakaman) video mengenai majlis tersebut secara keseluruhan,” katanya pada pemberita Malaysia di sini pada hari ini.

Kerajaan Cari Jalan Kurangkan, Hapus Tol PLUS

Posted on the May 15th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan berunding dengan pihak berkepentingan baru Plus Expressways Bhd (PLUS) bagi mencari jalan mengurangkan kadar atau menghapuskan tol di beberapa bahagian lebuh raya kendalian syarikat itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor berkata, bagi tujuan itu, kerajaan akan berbincang dengan Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Walaupun penstrukturan (PLUS) baru siap, telah ada permintaan daripada rakyat bagi mengurangkan kadar atau menghapuskan tol di kawasan tertentu, maka ini diambil perhatian penting oleh kerajaan.

“Maka kerajaan kini sedang mengkaji kalau ada ruang boleh dilakukan untuk mengurangkan harga atau tutup dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Kompleks Kerja Raya 2 di sini.

PRU-13: Dr Mahathir Yakin PM Mampu Buat Lebih Baik Daripada 2008

Posted on the May 15th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berupaya memperoleh kemenangan lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang berbanding pencapaiannya pada 2008.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, terdapat beberapa petanda baik untuk membubarkan Parlimen, namun ia terpulang kepada Najib bagi menentukan sama ada BN berupaya mencapai objektifnya untuk memperoleh majoriti dua pertiga.

“Saya juga amat yakin beliau (Najib) ingin mencapai majoriti dua pertiga, namun sama ada ia boleh dicapai atau tidak, itu adalah perkara yang berbeza. Tetapi saya fikir beliau mungkin boleh melakukannya lebih baik daripada 2008,” katanya kepada pemberita selepas diisytihar Ikon Membaca Nasional Keempat di Perpustakaan Negara, Isnin.

PM Lancar Rakan Barisan Nasional UK

Posted on the May 15th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin melancarkan Rakan Barisan Nasional (BN) UK yang akan bergerak aktif menggalakkan hubungan rapat dengan United Kingdom dan menyebarkan maklumat yang tepat, tepat masa dan boleh dipercayai kepada warga Malaysia di negara ini.

Beliau berharap kumpulan unik ini dapat menangani isu-isu.

“Banyak perubahan yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kami mahu memastikan anda dapat tahu mengenainya. Ekonomi kita telah diliberalisasikan, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kekayaan dikalangan rakyat biasa di Malaysia,” kata Najib yang tiba di sini pagi Isnin.

Polis dakwa ada bukti pihak mahukan ‘kematian berlaku’ ketika Bersih 3.0

Posted on the May 14th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Polis menyokong dakwaan Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa terdapat ada pihak yang mahukan berlakunya insiden kematian dan kecederaan serius sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, dan mengesahkan mereka mempunyai bukti terhadap dakwaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata bukti tersebut berdasarkan video yang dikumpul pihak berkuasa terbabit ketika perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih di Dataran Merdeka.

“Memang ada pihak yang mahukan kematian berlaku. Saya rasa bukan setakat menteri yang berkata begitu … kami pihak polis turut mempunyai bukti,” katanya kepada pemberota di sini.

BN tidak dapat tawan Selangor jika PRU bulan Jun, kata Dr Ling

Posted on the May 14th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Barisan Nasional dijangka bakal menawan kembali Selangor dalam Pilihan Ryaa Umum ke-13 (PRU13) jika Parlimen dibubarkan bulan hadapan,” kata bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Dr Ling berkata kerajaan persekutuan masih lagi belum bersedia kerana masih lagi ada beberapa isu yang tidak selesai yang bakal memberikan kesan terhadap pekimpinan negara pada masa akan datang.

“Tarikh paling sesuai untuk PRU adalah debat yang tidak memberiakn hasil. Bila nak lakukan pilihan raya? bila masa yang sesuai, tetapi sebaliknya anda belum bersedia,” katanya kepada akhbar Sin Chew dalam temubual yangdisiarkan hari ini.

Nik Aziz gesa Harussani tidak campurtangan urusan politik

Posted on the May 14th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nuk Mat menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri urusan politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan matlamat perjuangan parti Islam yang diterajuinya.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan Harussani perlu berfikir secara rasional dan waras dan melihat kepada kebenaran.

Dalam laman sosial Facebook miliknya, Nik Aziz (gambar) berkata, “mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya.

Pemandu Malaysia Perlu Ubah Sikap: Lam Thye

Posted on the May 13th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Sikap pengguna jalan raya di negara ini yang tidak sabar, kelam-kabut, suka memandu laju dan menukar lorong dengan sesuka hati, perlu diubah untuk mengurangkan kemalangan.

Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan Tan Sri Lee Lam Thye berkata kempen keselamatan jalan raya memang perlu diadakan, tetapi ia tidak akan berhasil selagi pengguna tidak mematuhi perkara asas berkaitan keselamatan dan sikap berhemah serta tidak mengubah sikap angkuh dan tidak bertanggungjawab masing-masing ketika di jalan raya.

“Mereka sedar tentang bahaya di jalan raya, tapi reaksi mereka berubah apabila mereka memandu, dan membahayakan nyawa sendiri serta nyawa orang lain apabila mereka menganggap jalan dan lebuh raya sebagai trek perlumbaan Formula 1,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Lee berkata Malaysia mengalami kerugian lebih kurang RM9 bilion setahun akibat kemalangan jalan raya melalui perbelanjaan untuk membaiki kerosakan, membayar insurans dan bil perubatan.

Tabung Khas Bantu Golongan Tidak Mampu Bayar Sewa PPR Ditubuh

Posted on the May 13th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperuntukkan 10 peratus hasil jualan rumah di bawah Projek perumahan Rakyat (PPR) untuk satu tabung khas bagi membantu penghuni yang tidak berkemampuan membayar sewa rumah.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong ChikRaja Zainal Abidin berkata, sehingga kini kira-kira 20 peratus penyewa rumah PPRgagal membayar sewa dengan separuh daripada mereka memang tidak mampu.

“Golongan 10 peratus ini akan kita cuba bantu manakala yang selebihnya tetap perlu membayar sewa rumah mereka,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Ibu anjuran Pusat 1Malaysia Lembah Pantai di sini, Ahad.

RAPID: Johor Umum Nilai Pampasan Kepada Penduduk Selewat-Lewatnya Oktober Depan

Posted on the May 13th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KOTA TINGGI: Kerajaan Johor akan mengumumkan nilai pampasan kepada penduduk yang terlibat bagi Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Johor Selatan, selewat-lewatnya Oktober depan.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata proses penilaian pampasan kepada penduduk sedang dilaksanakan dan dijangka selesai dalam tempoh tiga hingga lima bulan.

“Kerajaan sedar ketika ini, perkara yang berlegar di fikiran penduduk dan yang kerap dibualkan ialah soal pampasan. Jadi kita berharap penduduk bersabar dan tunggu pengumuman yang akan dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Johor Selatan di Pengerang hari ini oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Kes culik Nayati: Suspek keenam ditahan di Banting

Posted on the May 13th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata sebahagian wang tunai dipercayai wang tebusan yang dibayar oleh ibu bapa, Nayati Shamelin Moodliar, 12, kepada kumpulan penculik telah ditemui polis. Seorang lagi suspek, Lee Phak Seng, ditahan di Banting, petang kelmarin.

Beliau telah menyembunyikan diri ekoran pendedahan gambarnya kerana terbabit dalam kejadian penculikan Nayati bersama lima lagi rakannya, akhir bulan lalu.

Hasil siasatan lanjut ke atas Phak Seng, 24, yang juga suspek keenam berasal dari Taman Segar, polis yakin akan dapat memberkas suspek terakhir yang dipercayai kini berada di luar negara.

Panel menyiasat insiden keganasan Bersih perlu bebas dan adil, gesa Suhakam

Posted on the May 13th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Panel bebas yang ditubuhkan Putrajaya untuk menyiasat dakwaan penggunaan kekerasan Bersih 3.0 pada 28 April lalu haruslah “berhati-hati” dalam memastikan hasil siasatannya dapat selesaikan perkara ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata.

Dalam satu kenyataan media, pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam menyeru panel itu supaya bebas, tidak berat sebelah, telus dan berintegriti tanpa gentar atau pilih kasih apabila menjalankan siasatan agar dapat pulihkan keyakinan orang ramai terhadap pihak berkuasa.

“Ini merupakan ciri-ciri penting demokrasi yang berfungsi sepenuhnya seperti yang rakyat cita-citakan dan kerajaan komited untuk mencapainya,” beliau ujar.

Pekerja pengurup wang cedera ditembak dua penyamun

Posted on the May 13th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

PETALING JAYA, 12 Mei — Seorang pekerja pengurup wang nyaris maut selepas ditembak penyamun yang cuba menyamun premis itu yang terletak di SS2 Sea Park di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata ketika kejadian kira-kira 10 pagi itu, pemilik premis pengurup wang itu sedang membuka pintu premisnya sebelum dua lelaki bermotosikal bertopi keledar penuh cuba memasuki premis berkenaan.

Cubaan kedua-dua lelaki itu berjaya dihalang pemilik premis berkenaan sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

“Ketika itu dua pekerja premis itu tiba dan membantu pemilik premis berkenaan sebelum salah seorang daripada lelaki tersebut melepaskan dua das tembakan ke arah pekerja terbabit lalu terkena pinggangnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

PM Bidas Bersih, Umno Contoh Himpunan Aman

Posted on the May 12th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Umno sebagai sebuah parti yang menghormati undang-undang berjaya menganjurkan perhimpunan raksaksa secara aman yang dihadiri lebih 100,000 ahli dan penyokong parti itu tanpa menimbulkan sebarang insiden kekecohan.

Menurut Presiden Umno itu, sesetengah pihak termasuk pembangkang sengaja mencetuskan huru-hara bagi menggambarkan kepada masyarakat luar kononnya Malaysia sebuah negara yang zalim dengan menganjurkan perhimpunan jalanan yang bertentangan dengan undang-undang.

“Mereka tolak tawaran kita untuk guna stadium sebagai tempat berhimpun kerana mereka nak merempuh, berbalah, tendang dan terajang pihak polis.

PRU13 Bukan Sekadar Pertaruh Kuasa Politik, Tapi Nasib Bangsa – Muhyiddin

Posted on the May 12th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Published: Sabtu Mei 12, 2012 MYT 9:16:00 PM
Updated: Jumaat Mei 11, 2012 MYT 10:56:47 PM

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) merupakan medan penentuan terhadap kelangsungan perjuangan Umno untuk terus membela nasib rakyat.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, perjuangan Umno bukan sekadar untuk mempertahankan kuasa politiksemata-mata sebaliknya bagi memastikan parti itu terus menjadi benteng dan pembela rakyat.

“PRU-13 adalah ibu segala pilihanraya yang akan menentukan kelangsungan perjuangan Umno.

KDN Tempelak Irene Berhubung Dakwaan Eksploitasi Pekerja Migran

Posted on the May 12th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Published: Sabtu Mei 12, 2012 MYT 9:28:00 PM
Updated: Jumaat Mei 11, 2012 MYT 10:57:55 PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri menempelak Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez yang mendakwa kononnya pekerja migran tanpa izin sentiasa dieksploitasi di negara ini, sedangkan Malaysia melaksanakan pelbagai mekanisme bagi memberi perlindungan kepada mangsa eksploitasi buruh.

Menurut kenyataan KDN hari ini, antara mekanisme itu ialah penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran 2007, manakala Majlis Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), yang diterajui KDN, bertanggungjawab mengkoordinasi usaha membanteras jenayah tersebut.

“Ciri utama yang dimasukkan di dalam pindaan akta pada November 2010 adalah melantik Pegawai Buruh sebagai pegawai penguatkuasa yang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan kes-kes eksploitasi buruh atau buruh paksa.

BN akan tukar kebanyakaan MB dalam PRU akan datang, kata sumber

Posted on the May 11th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Barisan Nasional (BN) dijangka akan mencalonkan muka-muka baru sebagai menteri besar dan ketua menteri di hampir kesemua negeri kerana Datuk Seri Najib Razak mahu program transformasinya dilaksanakan golongan muda demi bersaing dengan Pakatan Rakyat (PR), kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan dan rakan sejawatnya di Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, adalah antara mereka yang bakal kekal di kedudukan mereka jika BN mengekalkan kemenangan.

“Najib (gambar) mahu yang terbaik untuk kesemua negeri dan lebih baik dengan meletakkan muka baru.sesetengan pemimpin lama sangat berada di kerusi nereka,” kata sumber.

PKR dakwa Aziz tidak isytihar status keahlian Umno selepas dilantik

Posted on the May 11th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

PETALING JAYA, 10 Mei — PKR mendakwa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof tidak mengisytiharkan keanggotaan sebagai ahli Umno selepas dilantik menganggotai badan pengendali pilihan raya itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, Abdul Aziz seharusnya membuat pengisytiharan tersebut dalam masa tiga bulan selepas pelantikannya sebagai anggota SPR.

“Beliau sepatutnya sudah gugur taraf sebagai pengerusi SPR  jika tidak mengisytiharkan dirinya menganggotai mana-mana pertubuhan selepas tiga bulan dari tempoh masa dilantik,” kata Saifuddin ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Isa: ‘Durian runtuh’ bukan rasuah untuk peneroka Felda

Posted on the May 11th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Najib (tengah) memaparkan cek replika bagi sumbangan RM1.6 bilion yang dikatakan “durian runtuh” untuk peneroka Felda. — Gambar fail

PORT DICKSON, 10 Mei — Pemberian “durian runtuh” sebanyak RM15,000 bagi setiap keluarga peneroka Felda adalah bagi menghargai pengorbanan mereka memajukan tanah rancangan agensi itu.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata kehidupan peneroka Felda dahulu sebenarnya dalam keadaan sukar semasa mereka mula meneroka tanah rancangan itu termasuk semasa harga kelapa sawit dan getah rendah.

PM Jemput Pelabur Negara OIC Pertimbangkan Projek Di Bawah ETP

Posted on the May 10th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis, menjemput para pelabur dari negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menimbangkan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai pelaburan selamat bagi wang tunai berlebihan masing-masing.

Katanya program itu melibatkan pelaburan yang besar di dalam beberapa sektor utama teknologi canggih, yang termasuk teknologi hijau dan diperbaharui, penjagaan kesihatan, pendidikan dan pelancongan serta hospitaliti.

“Kebanyakan pembiayaan yang diperlukan bagi ETP akan diperolehi dari sumber domestik tetapi kami juga menimbangkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) bagi melengkapi usaha ini,” katanya di dalam ucaptama di Forum Pelaburan Kumpulan Malaysia-Bank Pembangunan Islam (IDB) di sini.

PAS Selangor Jamin Demo Mansuh Tol Batu Tiga & Sg Rasau, 13 Mei Ini Berlangsung Secara Aman

Posted on the May 10th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Published: Khamis Mei 10, 2012 MYT 3:19:00 PM
Updated: Khamis Mei 10, 2012 MYT 3:21:46 PM

PAS Selangor Jamin Demo Mansuh Tol Batu Tiga & Sg Rasau, 13 Mei Ini Berlangsung Secara Aman

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

SHAH ALAM: PAS Selangor memberi jaminan demonstrasi menuntut pemansuhan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau yang diadakan pada 13 Mei ini akan berlangsung secara aman.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata Pakatan Rakyat Selangor mahu menjadikan tarikh 13 Mei sebagai tarikh perpaduan dan kesatuan pelbagai agama dan kaum dengan penganjuran demonstrasi tersebut.

PM Lancar Talian Aduan BN Selangor

Posted on the May 10th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

   

Khamis Mei 10, 2012

PM Lancar Talian Aduan BN Selangor

Oleh TEH ENG HOCK

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis melancarkan talian ‘hotline’ Pakar Barisan Nasional (BN) Selangor.

Beliau berkata Pakar akan ditubuhkan di negeri-negeri lain kerana ia adalah idea “kreatif dan berkesan” untuk mendekati rakyat.

Beliau telah mengambil dua panggilan semasa pelancaran, menghabiskan beberapa minit mendengar masalah pemanggil dan berjanji untuk menyalurkan aduan mereka kepada agensi yang berkaitan.