Archive for the ‘Berita Luar Negara’ Category

Gambar yang diambil daripada pesawat Tentera Udara Indonesia merakamkan gunung berapi Bromo menghambur asap tebal dan bahan volkanik ke udara, semalam. - AP
JAKARTA 29 Nov. – Gunung berapi Bromo di Jawa Tengah terus mengeluar kepulan asap tebal sehingga memaksa lapangan terbang di Malang ditutup hari ini.
Lapangan terbang tersebut, yang terletak di sebuah bandar sejauh 25 kilometer di sebelah barat gunung berapi tersebut akan ditutup sehingga 4 Disember ini, kata jurucakap kementerian pengangkutan, Bambang Ervan.

Anggota polis Mesir menembak gas pemedih mata ke arah penyokong calon ikhwanul muslimin yang mengadakan tunjuk perasaan di Kaherah sebagai membantah pilihan raya parlimen mesir, kelmarin. - AP
KAHERAH 29 Nov. – Beratus- ratus penyokong Ikhwanul Muslimin mengadakan bantahan di luar pusat-pusat pengiraan undi di beberapa bandar utama, bergelut dengan polis dan mengecam apa yang mereka dakwa sebagai penipuan meluas dalam pilihan raya Parlimen di Mesir, ketika kerajaan dilihat mengukuhkan lagi penguasaan ke atas perundangan.
Bantahan di Kaherah dan Iskandariah, bandar pesisiran Laut Mediterranean, menutup hari pengundian dengan ramai pemantau bebas dilarang memasuki pusat pengundian ketika timbul laporan mendakwa berlaku penipuan dan pembelian undi.

Nazril atau Ariel (tengah) memberi isyarat bagus kepada peminat-peminatnya semasa diiringi anggota polis ke bangunan mahkamah di Bandung pada 22 November, 2010. - AFP
JAKARTA 29 Nov. – Perbicaraan kes vokalis Peterpan, Ariel atau Nazril Irham yang didakwa mengedar video seks di Internet masuk hari kedua hari ini.
Pada prosiding tertutup di Mahkamah Daerah Bandung, penyanyi berusia 29 tahun itu yang bermula Jumaat lalu didengar di hadapan Hakim Singgih Budi Prakoso.

WASHINGTON 29 Nov. – Laman web WikiLeaks semalam mula mendedahkan lebih 250,000 dokumen diplomatik Amerika Syarikat (AS), termasuk berhubung kebuntuan membabitkan penyelidikan nuklear Pakistan dan desakan pemimpin- pemimpin Arab supaya AS menyerang Iran.
Dokumen lain turut melibatkan pembongkaran cubaan serangan siber kerajaan China terhadap Google, rancangan menyatukan semula semenanjung Korea selepas kejatuhan Korea Utara dan kenyataan Raja Abdullah dari Arab Saudi yang meminta AS mengebom Iran bagi menghentikan program nuklearnya dengan berkata: ‘Penggal sahaja kepala ular itu’.
Maklumat sulit itu yang kebanyakannya bertarikh dari 2007 hingga Februari lalu turut mendedahkan bagaimana Jabatan Negara AS mengarahkan diplomat supaya mengintip pegawai asing, selain mendapatkan kad kredit mereka serta nombor penerbangan yang mereka naiki.

RATUSAN ribu jemaah haji berhimpun di Padang Arafah dekat Mekah semalam.
PADANG ARAFAH, Arab Saudi – Dengan memakai ihram, sekitar dua juta umat Islam melakukan wukuf di sini bagi menunaikan rukun kedua ibadat haji.
Ramai jemaah memulakan perjalanan sebelum subuh dalam usaha mereka untuk sampai ke puncak Bukit Arafah yang juga dikenali sebagai Jabal ar-Rahmah, di luar tanah haram iaitu kira-kira 18 kilometer dari kota Mekah.
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan 70 lagi cedera apabila sebuah bangunan lima tingkat di sini runtuh malam tadi.
Pegawai-pegawai berkata seramai 40 orang lagi mungkin terperangkap dalam bangunan kediaman yang usang itu.
Mereka berkata asas bangunan itu menjadi lemah akibat hujan musim tengkujuh di Delhi pada Ogos lepas.
Ketua Menteri Delhi Sheila Dikshit menyifatkan kejadian itu sebagai satu tragedi.
KUALA LUMPUR, 14 Nov — Personaliti dari Malaysia yang disenaraikan dalam buku ”The 500 Most Influential Muslims In The World” meningkat kali ini tetapi kedudukan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam senarai 50 teratas terkeluar berbanding edisi sulung tahun lalu.
Beberapa nama terkemuka lain juga terkelur kali ini.
Dalam edisi 2009, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sejak 1990, berada di tangga ke-42, tetapi tiada rakyat Malaysia yang menduduki senarai 50 teratas kali ini.
Nama-nama baru dari Malaysia yang disenaraikan dalam edisi kali ini ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Angkasawan Negara pertama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Prof Dr Muhammad Afifi al-Akiti.

BEBERAPA anggota polis dan penunjuk perasaan bertempur di luar ruang legar ibu pejabat Parti Konservatif di London kelmarin.
LONDON – Satu tunjuk perasaan yang disertai 50,000 pelajar kelmarin bagi membantah rancangan kenaikan yuran universiti bertukar menjadi protes paling ganas di Britain sejak beberapa dekad lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Bantahan tersebut bermula secara aman di sini kelmarin tetapi bertukar ganas selepas beberapa kumpulan menghasut para pelajar supaya merusuh.

SINGAPURA – Syarikat penerbangan Singapore Airlines terpaksa menukar enjin Rolls-Royce Trent 900 buatan Britain pada tiga pesawat Airbus A380 miliknya selepas beberapa krewnya enggan menerbangkan salah sebuah pesawat berkenaan dari London.
Sebuah akhbar melaporkan pesawat terbesar di dunia tersebut yang lebih dikenali dengan panggilan superjumbo diterbangkan tanpa penumpang dari Lapangan Terbang Heathrow menuju ke Singapura baru-baru ini.
Kejadian berlaku selepas tumpahan minyak dilaporkan ditemui pada salah sebuah enjin pesawat itu.

GAMBAR menunjukkan bungkusan-bungkusan yang siap untuk dihantar ke dalam pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kargo di Cologne, barat Jerman semalam.
BERLIN – Jerman melanjutkan sekatan penerbangan ke atas pesawat pengangkut serta penumpang dari Yemen ekoran penemuan dua butir bom yang diisi dalam katrij dakwat dan ditemui dalam dua buah kapal terbang kargo menuju ke Amerika Syarikat (AS) pada 29 Oktober lalu.
Jurucakap Kementerian Pengangkutan Jerman memberitahu negara itu telah meningkatkan langkah berjaga-jaga apabila mengetahui bahawa sebutir bom tersebut melalui bandar Cologne, barat Jerman dengan sebuah pesawat.

GUNUNG MERAPI yang mengeluarkan awan debu dapat dilihat dari Cangkringan, Yogyakarta semalam.
GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa – Gunung Merapi menghamburkan awan debu semalam selama 46 minit sekali gus menyebabkan ribuan penduduk di sekitarnya panik.
Sebelum ini ribuan penduduk tersebut mengambil peluang pulang ke kampung halaman selepas bermalam di pusat perlindungan sementara selepas gunung itu tidak lagi meletus.

Gambar memalukan pada majlis Bayi dan Ibu Remaja di Facebook menunjukkan pelajar-pelajar baru memakai lampin bayi.
OXFORD – Pihak pengurusan Universiti Oxford di Britain dimalukan insiden sekumpulan pelajar senior memaksa beberapa belas pelajar baru berpakaian seperti bayi pada majlis suai kenal pasukan bola lakros wanita universiti berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Mahasiswi tahun pertama yang diterima menyertai pasukan itu dipaksa memakai lampin bayi dan menghisap botol susu berisi arak pada majlis suai kenal yang ganjil tersebut di sini pada Rabu lepas.

ORANG ramai yang bermotosikal meredah hujan abu di Yogyakarta selepas Gunung Merapi meletup pada awal semalam.
HARGOBINANGUN, Yogyakarta – Orang ramai bertempiaran melarikan diri ke tempat lebih selamat apabila Gunung Merapi di Indonesia mengeluarkan letusan dahsyat awal semalam.
Gunung setinggi 2,968 meter itu yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya Yogyakarta, Jawa Tengah, meletus selama 21 minit.

GAMBAR menunjukkan gelagat kurang ajar seorang askar Israel di belakang seorang wanita Palestin di sebuah rumah.
BAITULMUQADDIS – Sebuah kumpulan hak asasi manusia Israel, Breaking the Silence menyiarkan gambar-gambar terbaru yang menunjukkan askar Israel bergambar dengan tahanan dan merosakkan rumah orang Palestin yang dirakamkan dalam Perang Gaza 2008 hingga 2009.
Dalam satu gambar, seorang askar mengacukan raifal ke arah muka seorang tahanan yang matanya ditutup.

TOYOTA Lexus RX330 keluaran 2006 ini adalah antara model yang dipanggil balik akibat masalah teknikal.
TOKYO – Syarikat Toyota Motor Corp. terpaksa memanggil semula 1.53 juta kenderaannya di seluruh dunia, kebanyakan di Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, berikutan masalah bendalir brek dan pam bahan api.
Kedua-dua masalah itu boleh menyebabkan sejumlah kecil bendalir brek bocor perlahan-lahan yang mengakibatkan lampu amaran brek menyala dan keupayaan membrek kurang efisien

GAMBAR menunjukkan satu model komputer MacBook Air.
CUPERTINO, California – Syarikat komputer Apple Inc. memperkenalkan dua komputer riba MacBook Air yang nipis kelmarin.
Salah satu komputer riba itu mempunyai skrin seluas 33.8 sentimeter (sm) manakala yang kedua mempunyai skrin 29.4sm.
Komputer MacBook yang lebih besar itu senipis 1.73 sentimeter dan seberat 1.3 kilogram (kg) manakala baterinya tahan selama tujuh jam.

BEBERAPA pekerja Pelabuhan Marseille memasak semasa mereka menyertai mogok dengan menghalang laluan depot minyak ke Fos-sur-Mer di selatan Perancis semalam.
PARIS – Pemerintah Perancis semalam menggesa orang ramai supaya tidak tergesa-gesa membeli petrol manakala pengendali trak pengangkutan menuntut bekalan kecemasan memandangkan banyak loji penapisan minyak ditutup akibat mogok bagi menentang peningkatan had umur persaraan anjuran Presiden Nicolas Sarkozy.
Dalam mogok itu, pelajar-pelajar membuat halangan ke sekolah dan ada sebahagiannya melontar batu ke arah polis. Para pegawai turut memberi amaran bahawa protes menentang tindakan menaikkan umur persaraan dari 60 kepada 62 tahun itu mungkin tidak terkawal.

MAYAT-MAYAT diletakkan di tepi landasan selepas sebuah bas dirempuh kereta api dekat Kampung Marganets di Ukraine semalam.
MARGANETS, Ukraine – Seramai 40 orang maut dan 10 lagi cedera semalam apabila sebuah bas dipenuhi dengan penumpang dirempuh sebuah kereta api dekat Kampung Marganets semalam.
Kejadian berlaku apabila bas itu sedang melintasi sebuah landasan kereta api dekat Kampung Marganets.
Polis tempatan menyatakan kesalahan dilakukan oleh pemandu bas itu kerana ia melintasi landasan semasa lampu isyarat bernyala merah.

SEBUAH buku (dalam bulatan) hampir mengenai kepala Barack Obama semasa dia berkempen di Vernon Park, Philadelphia kelmarin.
PHILADELPHIA – Kepala Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama nyaris terkena sebuah buku yang dibaling ke arahnya semasa beliau berucap dalam satu kempen politik di Vernon Park Philadelphia kelmarin, lapor, sebuah akhbar semalam.
Masih tidak jelas kenapa buku itu dilontar ke arah Obama. Kejadian itu kini disiasat oleh pihak Perkhidmatan Rahsia dan ia jelas menunjukkan kegagalan pasukan keselamatan menjaga keselamatan Presiden AS itu.
Dalam kempen itu, seorang lelaki berbogel turut ditahan dan tangannya digari oleh polis.

BENJAMIN NETANYAHU (dua dari kiri) tiba untuk menghadiri mesyuarat Kabinet di pejabatnya di Baitulmuqaddis semalam.
BAITULMUQADDIS – Pemerintah Israel semalam meluluskan rang undang-undang yang memerlukan warga bukan Yahudi mengangkat sumpah taat setia.
Menurut Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, seramai 22 anggota Kabinet meluluskan satu pindaan draf undang-undang itu.
Menerusi undang-undang itu, warga baru bukan Yahudi perlu mengangkat sumpah menyatakan kesetiaan ke atas sebuah negara Yahudi.

LUMPUR toksik merah melitupi sebatang jalan di Devecser kelmarin.
AJKA – Bandar Kolontar di Hungary sunyi seperti sebuah bandar hantu selepas penduduknya dipindahkan semalam berikutan kebimbangan sebuah takungan yang menyimpan bahan buangan toksik berhampiran lokasi tersebut pecah untuk kali kedua.
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 120 yang lain cedera apabila dinding takungan sebuah loji aluminium pecah pada Isnin lepas.
Kejadian menyebabkan sejumlah 700,000 kubik meter lumpur toksik merah mengalir deras dan membanjiri beberapa buah bandar di barat Hungary.
Daripada Zainal Abdul Jalil
MADINAH, 9 Okt (Bernama) — Rombongan pertama jemaah haji Malaysia seramai 340 orang selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Putera Mohamed Abdul Aziz di sini kira-kira pukul 7.02 pagi waktu tempatan (12.02 tengah hari waktu Malaysia).
Selesai urusan pemeriksaan imigresen dan kastam yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam, mereka dibawa dengan bas ke hotel penginapan Anwar Al-Madinah Movenpick dan hotel Al-Haram berdekatan Masjid Nabawi di sini.
SINGAPURA, 8 Okt (Bernama) — Pihak berkuasa Singapura menahan tiga warga tempatan dan merampas 4.68kg heroin bernilai S$702,000 (RM1.67 juta) dalam satu operasi di sini Khamis.
Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataan hari ini berkata rampasan dadah jenis heroin tersebut adalah terbesar di negara republik itu sejak 2008.
CNB berkata pegawainya menahan tiga lelaki termasuk seorang yang dipercayai ketua sindiket dadah tempatan itu dalam operasi di kawasan Commonwealth Close di sini.

SEORANG pelajar, Lena Gornostayeva menjadi model kalendar untuk bulan Mac 2011 yang dibuat istimewa untuk Vladimir Putin.
MOSCOW – Perdana Menteri Rusia, Vladmimir Putin (gambar kecil) mendapat hadiah unik hari lahir yang ke-58 daripada pelajar-pelajar Universiti State Moscow semalam.
Hadiah unik itu merupakan kalendar yang menampilkan 12 orang pelajar wanita jurusan kewartawanan universiti berkenaan bergaya dengan pakaian seksi dan tanpa memakai coli.
Kalendar 2011 itu mencetuskan bantahan di Rusia kerana ia dianggap sebagai usaha pihak pemerintah untuk meningkatkan populariti Putin.
BANTING, 7 Okt (Bernama) — Polis mengambil ratusan fail dari firma guaman milik suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, di sini.
Firma guaman suspek utama itu terletak di Jalan Kemboja, Off Jalan Sultan Alam Shah, di sini.
Fail-fail itu dipunggah ke dalam sebuah lori dua tan oleh tiga pekerja termasuk pemandunya petang tadi dengan pengawasan beberapa pegawai dan anggota polis.

GAMBAR rakaman kamera litar tertutup yang ditayangkan di sebuah mahkamah kelmarin menunjukkan Saud Abdulaziz (kiri) memukul Bandar Abdulaziz di dalam sebuah lif di Hotel Landmark, London pada 22 Januari lalu.
LONDON – Seorang anggota kerabat diraja, Saud Abdulaziz Bin Nasir Al Saud yang merupakan cucu pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah II memukul sehingga mati seorang pembantu lelakinya dalam serangan ganas didakwa bermotifkan seks di sebuah hotel eksklusif di sini.
Pendedahan itu dibuat dalam perbicaraan di sebuah mahkamah kelmarin.

PENDUDUK kampung melihat serpihan roket yang jatuh dari langit di sebuah kampung di mukim Suichuan, China baru-baru ini.
BEIJING – Penduduk di sebuah kampung di mukim Suichuan, China terkejut selepas mereka melihat beberapa serpihan logam jatuh dari langit pada waktu malam, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada mulanya penduduk kampung itu menganggap berlaku gempa bumi pada tengah malam selepas mereka mendengar dua bunyi letupan yang kuat, baru-baru ini.
SINGAPURA, 5 Okt (Bernama) – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat pada Selasa memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Kwa Geok Choo, isteri bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew.
Mendiang Kwa adalah ibu kepada Perdana Menteri republik ini sekarang, Lee Hsien Loong.

SEORANG lelaki menyaksikan skrin yang memaparkan perlawanan sengit antara peserta Korea Selatan, Young-Ho Lee dan Patrick Moeller dari Jerman di Pusat Konvensyen Los Angeles di sini pada Khamis lalu.
LOS ANGELES – Korea Selatan mengekalkan gelaran juara untuk kali ketiga berturut-turut pertandingan permainan video Olimpik dunia kelmarin.
Empat pingat emas diberikan kepada peserta dari Korea Selatan pada pertandingan selama empat hari di Pusat Konvensyen Los Angeles di sini.

LAKARAN artis yang dikeluar oleh firma SOMA Architects pada Jumaat lalu menunjukkan ruang dalaman pusat Islam yang bakal dibina di New York.
NEW YORK – Lakaran artis menunjukkan sebuah pusat Islam termasuk masjid yang dirancang dibina dekat lokasi runtuhan bangunan World Trade Centre (WTC) di sini mempunyai seni bina futuristik.
“Saya tidak berfikir bahawa selepas benda ini (pusat Islam itu) siap dibina, akan terdapat pihak yang mengadakan piket,” kata pemaju projek berkenaan, Sharif El-Gamal kepada agensi berita AP.