Archive for the ‘Berita Tempatan’ Category

PKR Pertimbang Tangguh Pemilihan Parti Tahun Ini

Posted on the May 22nd, 2013 under Berita Tempatan by

Published: Rabu Mei 22, 2013 MYT 1:21:00 PM
Updated: Rabu Mei 22, 2013 MYT 1:36:17 PM

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

Saifuddin Nasution Ismail.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka menangguhkan pemilihan parti itu yang sepatutnya diadakan pada November depan bagi memperkemaskan semula organisasi parti selepas mengharungi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, penangguhan tersebut adalah merupakan satu opsyen walaupun tempoh tiga tahun penggal pemilihan lalu yang diadakan pada 2010 akan berakhir November ini.

Polis Akan Tubuhkan Jabatan Pencegahan Jenayah Yang Baru – KPN

Posted on the May 22nd, 2013 under Berita Tempatan by

   

Published: Rabu Mei 22, 2013 MYT 1:06:00 PM
Updated: Rabu Mei 22, 2013 MYT 1:25:40 PM

Polis Akan Tubuhkan Jabatan Pencegahan Jenayah Yang Baru – KPN

Oleh FARIK ZOLKEPLI dan STEVEN CHIEW

Khalid Abu Bakar. Foto ONG SOON HIN / THE STAR

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Jabatan Pencegahan Jenayah yang baru, yang akan diketuai oleh seorang pengarah.

Kementerian Kesihatan Cadang Lanjutkan Waktu Operasi Klinik

Posted on the May 22nd, 2013 under Berita Tempatan by

   

Published: Rabu Mei 22, 2013 MYT 1:00:00 PM

Kementerian Kesihatan Cadang Lanjutkan Waktu Operasi Klinik

Oleh DERRICK VINESH

NIBONG TEBAL: Kementerian Kesihatan mungkin akan melanjutkan waktu oerpasi bagi klinik pesakit luarnya sehingga tengah malam di semua hospital kerajaan bagi membantu mengurangkan kesesakan dan barisan beratur yang panjang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, pada masa ini ramai pesakit terpaksa menunggu lama berjam-jam di sebahagian klinik sebelum menbolehkan mereka untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan ubat dari farmasi hospital.

“Kami sedang mempertimbangkan cadangan itu bagi membolehkan klinik dan farmasi pesakit luar dibuka selepas waktu kerja sehingga tengah malam.

Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji

Posted on the May 21st, 2013 under Berita Tempatan by

Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji

May 21, 2013

KUCHING, 21 Mei — Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Mayat wanita ditemui dalam rumahnya

Posted on the May 21st, 2013 under Berita Tempatan by

Mayat wanita ditemui dalam rumahnya

May 21, 2013

SANDAKAN, 21 Mei — Kehilangan seorang wanita sejak tiga hari lepas terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam rumahnya di Jambatan 4 Kampung Tinosa 2 dekat sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Jumayah Andi Rani, 37, yang mayatnya ditemui penduduk pada pukul 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong ketika mengesahkan kejadian itu berkata kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

JKR siasat kejadian bumbung masjid Kampung Binjai Kertas runtuh

Posted on the May 21st, 2013 under Berita Tempatan by

JKR siasat kejadian bumbung masjid Kampung Binjai Kertas runtuh

May 21, 2013

HULU TERENGGANU, 21 Mei — Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sedang menyiasat punca bumbung masjid Kampung Binjai Kertas, di sini runtuh malam tadi. Pengarahnya Datuk Shafii Mohamad berkata pihaknya telah memanjangkan kes itu kepada JKR pusat di Kuala Lumpur untuk menghantar tenaga pakar bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden tersebut.

Katanya kejadian runtuhan itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerja pembinaan dan pemasangan masjid bernilai RM1.7 juta itu mendapat kelulusan JKR dan telah mengikut prosedur ditetapkan.

“Siasatan awal yang kami lakukan dapati runtuhan itu melibatkan bahagian anjung di luar kawasan jemaah namun siasatan lanjut berhubung perkara ini akan dilakukan pasukan forensik dari Kuala Lumpur esok,” katanya kepada pemberita semasa melawat tempat runtuhan, di sini hari ini.

MAS Pamer Layanan Mesra Ala Malaysia Tanpa Sempadan

Posted on the May 20th, 2013 under Berita Tempatan by

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) memberi layanan di luar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan semua prosedur bagi membawa pulang dari Vietnam seorang rakyat negara ini bersama bayi perempuan berusia 14 bulan, yang dihalang menaiki pesawat tambang murah.

Izan Suhaila Mohd Ali, 36, dan Mariam Sofea Mohd Reza dihalang menaiki pesawat tambang murah itu di Lapangan Terbang Ho Chi Minh pada Sabtu malam selepas bayi perempuan berkenaan disyaki mempunyai simptom penyakit berjangkit.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata petugas MAS membawa Mariam Sofea berjumpa seorang doktor kerana langkah itu adalah prosedur standard untuk semua penumpang yang memiliki simptom penyakit berjangkit bagi memperoleh sijil layak menaiki pesawat.

Melaka, Indonesia Cadang Wujud Konsep Terbuka Untuk Tenaga Kerja Indonesia – Idris

Posted on the May 20th, 2013 under Berita Tempatan by

Melaka, Indonesia Cadang Wujud Konsep Terbuka Untuk Tenaga Kerja Indonesia – Idris

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka dan Indonesia bercadang mewujudkan konsep terbuka untuk tenaga kerja negara jiran itu iaitu bekerja secara harian dan ulang-alik, terutama dalam bidang industri di kawasan pesisiran pantai di Melaka.

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata menerusi inisiatif itu, tenaga kerja Indonesia terutama dari Dumai, Bengkalis dan Pulau Rupat dicadang dibenarkan berulang-alik secara harian untuk bekerja di Melaka di bawah pengawasan pihak Imigresen Malaysia.

“Inovasi ini salah satu kaedah membantu tenaga kerja Indonesia untuk memenuhi peluang pekerjaan industri di kawasan pesisiran pantai di Melaka sepertimana rakyat Malaysia bekerja di Singapura secara ulang-alik,” katanya.

Tindakan Pelajar Menghasut Langgar Amalan Demokrasi

Posted on the May 20th, 2013 under Berita Tempatan by

KUALA LUMPUR: Tindakan aktivis pelajar menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan disifatkan sebagai tindakan di luar amalan demokrasi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan menggulingkan kerajaan tidak pernah berlaku dalam negara ini dan perbuatan itu adalah cubaan untuk menjatuhkan Yang di-Pertuan Agong.

“Semua rakyat setuju pembentukan kerajaan dibuat melalui sistem demokratik dan tidak pernah terjadi rampasan kuasa untuk bentuk kerajaan,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertamanya ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Isnin.

Beliau mengulas penahanan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim, yang didakwa mengeluarkan kenyataan baru-baru ini yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Gangguan bekalan air tidak berjadual di kawasan Gombak dan KL

Posted on the May 19th, 2013 under Berita Tempatan by

Gangguan bekalan air tidak berjadual di kawasan Gombak dan KL

May 19, 2013

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Sejumlah 13,500 akaun pengguna Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) di Gombak dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, termasuk tekanan rendah, ekoran penurunan paras air di kolam utama syarikat itu sejak semalam.

Kenyataan SYABAS hari ini menyebut kawasan yang terlibat di Gombak adalah Lembah Jaya Utara, Desa Lembah Permai, Kampung Muhibbah, Kampung Tasek Permai, Kampung Ampang Campuran, Kampung Tasik Tambahan, Taman Sri Baru dan Taman Dagang Jaya.

Di Kuala Lumpur pula Bandar Seri Permaisuri, Taman Shamelin, Jalan Ikan Emas dan Jalan Yaakob Latif manakala kawasan lain termasuk rumah pangsa lima tingkat di Desa Pandan, Taman Dagang dan Taman Nirwanasa Maju.