Archive for the ‘Bisnes’ Category
Nasi Dagang Terengganu merupakan makanan wajib bagi setiap pelawat yang datang ke Terengganu selain daripada keropok lekor. Nasi yang seakan pulut itu akan dikukus dengan santan dan lauknya gula ikan tongkol sangat enak sekali.
Masalah yang dihadapi oleh pengemar Nasi Dagang Terengganu adalah untuk mendapatkan rempah untuk membuat gulai Nasi Dagang tersebut apabila berada di luar Terengganu. Ini adalah kerana sukar untuk mendapatkan rempah asli Nasi Dagang Terengganu terutamanya di Lembah Klang.
Sehubungan dengan itu Pinvader Enterprise telah berjaya mengeluarkan produk Rempah Gulai Nasi Dagang Asli Terengganu, ZARAH. Ia adalah resepi turun temurun keluarga.

Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara, yang merangkumi 260,000 hektar dan juga merangkap empangan hidroelektrik terbesar di Asia. Ketika empangan diisi dengan air, sebahagian besar puncak bukit-bukau berada di atas tahap air, sehingga membentuk sekitar 340 buah pulau buatan manusia. Hutan hujan disekelilingi kawasan tersebut melengkapi tasik yang luar biasa dengan berbagai macam flora dan fauna.
Ini termasuk langka pakis, anggrek eksotis, burung enggang, gajah, dan harimau kumbang. Tasik Kenyir juga merupakan habitat bagi lebih dari 8000 spesies bunga, 2500 spesies tanaman dan pokok, 800 jenis anggrek, dan 300 jenis cendawan.

Air Mizam merupakan satu produk dari Mizam World Resources sebuah syarikat yang ditubuhkan pada Mei 2010 beroperasi di Marang, Terengganu dan menjalankan perniagaan dengan plan pemasaran trading.
Mizam World Resources menawarkan satu produk yang unik yang mana hasil sumbernya merupakan Kombinasi Khazanah Alam Ciptaan Ilahi yang telah wujud beribu tahun dahulu untuk manfaat kita bersama. Sumber asli ini telah diguna dalam perubatan Islam sejak sekian lama. Hari ini pihak MWR telah menterjemahkan semula dalam masyarakat moden agar menjadi salah satu keperluan utama masyarakat hari ini dalam menyelesaikan permasalahan kesihatan di zaman moden ini.
Air Mizam merupakan kombinasi di antara Air Zam-zam, Mineral Kristal Putih & Amber. Elemen-elemen semulajadi ini sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia.
KUALA LUMPUR, 16 Nov — Sime Darby akan mengambil tindakan saman sivil ekoran siasatan dalaman berhubung peningkatan kos yang membawa kepada kerugian kepada konglomerat itu baru-baru ini, kata Pengerusinya Tun Musa Hitam hari ini.
“Penemuan audit forensik tidak akan diumumkan hari ini disebabkan siasatan (diteruskan) oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata Musa dipetik Reuters.
Sebelum ini Sime Darby berkata ia akan memulakan tindakan perundangan di mana difikirkan perlu dan laporan akan dibuat kepada pihak-pihak berkuasa berkaitan, dalam usaha melakukan pembaharuan ke atas unit-unit bermasalah.

PESAWAT baru Firefly yang akan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya mulai tahun depan.
PETALING JAYA – FlyFirefly Sdn. Bhd. (Firefly), akan menambah 30 pesawat jet Boeing 737-800 secara berperingkat, bermula tahun hadapan sehingga 2015, yang akan beroperasi dari Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Meskipun pertambahan pesawat itu akan bermula pada 15 Januari tahun depan di KLIA, syarikat akan terus menggunakan pesawat ATR 72-500 Turboprops bagi operasinya di Lapangan Terbang Skypark Subang.

SARANG burung walit produk tiruan (kiri) berwarna merah seragam dan berbau ammonia manakala produk asli hanya memiliki tompok kemerahan.
SEREMBAN – Produk minuman kesihatan yang diperbuat daripada sarang burung walit kualiti terbaik yang berwarna kemerah-merahan boleh mencecah RM8,000 sekilogram namun jika anda tidak berhati-hati ketika memilih, pengambilan produk itu boleh menyebabkan kanser.
Kesan mengejutkan produk premium itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong yang berkata, risiko kanser itu bukan tindak balas semula jadi tetapi hasil perbuatan pengilang menggunakan bahan kimia berbahaya.
MUMBAI – KFC Holdings (Malaysia) Bhd. (KFCH) menjangka akan membuka sebanyak 17 restoran makanan segera KFC di India pada akhir tahun 2011, bermula dengan restoran di Mumbai dan Pune.
“Bandar raya utama Mumbai dan Pune adalah tempat pelancaran perniagaan yang menarik kerana ia menawarkan jumlah pelanggan yang besar dengan kumpulan pendapatan sederhana yang semakin meningkat,” kata Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim pada majlis pelancaran restoran ketiga syarikat itu di sini semalam.
Beliau berkata, pada akhir tahun, syarikat itu akan mempunyai sembilan buah restoran yang beroperasi, dengan empat lagi restoran baru dan dua restoran sedia ada di Pune yang dibeli daripada Kernel Foods Pvt Ltd, francaisi KFC sedia ada di India.
“Pelaburan berjumlah lebih daripada AS$9 juta (RM28 juta) telah dibuat bagi sembilan restoran itu menjelang akhir tahun itu,” katanya.