Archive for the ‘Ekonomi’ Category

Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara, yang merangkumi 260,000 hektar dan juga merangkap empangan hidroelektrik terbesar di Asia. Ketika empangan diisi dengan air, sebahagian besar puncak bukit-bukau berada di atas tahap air, sehingga membentuk sekitar 340 buah pulau buatan manusia. Hutan hujan disekelilingi kawasan tersebut melengkapi tasik yang luar biasa dengan berbagai macam flora dan fauna.
Ini termasuk langka pakis, anggrek eksotis, burung enggang, gajah, dan harimau kumbang. Tasik Kenyir juga merupakan habitat bagi lebih dari 8000 spesies bunga, 2500 spesies tanaman dan pokok, 800 jenis anggrek, dan 300 jenis cendawan.

Air Mizam merupakan satu produk dari Mizam World Resources sebuah syarikat yang ditubuhkan pada Mei 2010 beroperasi di Marang, Terengganu dan menjalankan perniagaan dengan plan pemasaran trading.
Mizam World Resources menawarkan satu produk yang unik yang mana hasil sumbernya merupakan Kombinasi Khazanah Alam Ciptaan Ilahi yang telah wujud beribu tahun dahulu untuk manfaat kita bersama. Sumber asli ini telah diguna dalam perubatan Islam sejak sekian lama. Hari ini pihak MWR telah menterjemahkan semula dalam masyarakat moden agar menjadi salah satu keperluan utama masyarakat hari ini dalam menyelesaikan permasalahan kesihatan di zaman moden ini.
Air Mizam merupakan kombinasi di antara Air Zam-zam, Mineral Kristal Putih & Amber. Elemen-elemen semulajadi ini sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia.
KUALA LUMPUR, 16 Nov — Sime Darby akan mengambil tindakan saman sivil ekoran siasatan dalaman berhubung peningkatan kos yang membawa kepada kerugian kepada konglomerat itu baru-baru ini, kata Pengerusinya Tun Musa Hitam hari ini.
“Penemuan audit forensik tidak akan diumumkan hari ini disebabkan siasatan (diteruskan) oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata Musa dipetik Reuters.
Sebelum ini Sime Darby berkata ia akan memulakan tindakan perundangan di mana difikirkan perlu dan laporan akan dibuat kepada pihak-pihak berkuasa berkaitan, dalam usaha melakukan pembaharuan ke atas unit-unit bermasalah.
GEORGE TOWN, 9 Okt (Bernama) — Pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu sentiasa peka terhadap peredaran semasa serta bijak membuat transformasi untuk terus kekal dalam jaringan ekonomi dan berdaya saing di peringkat global.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata transformasi dan kepekaan terhadap peredaran semasa merupakan elemen penting dalam usaha mereka menjana ekonomi negara selaras menjadikan Malaysia setanding negara lain di peringkat global.
“Setiap pengusaha perlu berani membuat transformasi untuk lebih berdaya saing, mencari peluang-peluang baru dalam perniagaan serta pembiayaan yang boleh meluaskan lagi perniagaan mereka.
Group Lotus mensasarkan jualan tahunannya akan mencecah sehingga 10,000 unit setahun berbanding kira-kira 2,000 unit pada masa ini dengan pelancaran lima model terbarunya.
Pengerusinya Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata, sasaran jualan itu tidak akan dicapai sekaligus kerana kelima-lima model itu akan dibangunkan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun akan datang.
CYBERJAYA, 30 Sept (Bernama) — T-Systems Malaysia, unit pelanggan korporat Deutsche Telekom yang beroperasi di Malaysia, setakat ini telah mengambil 127 graduan tempatan sebagai pekerja setelah mereka menjalani latihan di institut latihan milik syarikat, ICT Academy, kata syarikat itu Khamis.
Kumpulan kedua yang terdiri daripada 64 graduan ICT Academy itu kini diambil bekerja sepenuhnya oleh T-Systems Malaysia selepas kumpulan pertama yang terdiri daripada 63 orang tahun lepas, katanya dalam satu kenyataan.