Archive for the ‘Politik’ Category

BN Kelantan Sasar Tawan 23 Kerusi DUN – Mustapa

Posted on the January 10th, 2011 under Politik by Pinvader

MACHANG: Barisan Nasional (BN) Kelantan menyasar memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi daripada keseluruhan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan perubahan dan minat rakyat terhadap Umno dan BN akhir-akhir ini.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perubahan sikap turut berlaku di kalangan rakyat di kawasan kubu kuat PAS seperti Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kuala Krai.

“Kerajaan PAS yang memerintah sekarang gagal menangani masalah seperti penyediaan pembekalan air yang sempurna, masalah banjir, berlaku rampasan tanah rakyat di Lojing dan kekurangan kemudahan asas walaupun PAS diberi peluang memerintah Kelantan selama 20 tahun,” katanya di sini.

DUN Tenang: Pemimpin NUPW mahu tanding calon Bebas

Posted on the January 9th, 2011 under Politik by Pinvader

LABIS, 8 Jan – Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hujung bulan ini bukan sahaja akan menyaksikan pertandingan di antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, tetapi juga berkemungkinan calon Bebas.

Ini berikutan hasrat G. Sivanandan, 50, seorang pemimpin tempatan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Ladang (NUPW) untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi mewakili suara hampir 800 pengundi berdaftar di kalangan pekerja ladang di DUN Tenang.

“Nasib dan kebajikan pekerja ladang perlu dibela dan pencalonan saya sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil itu adalah untuk mewakili suara mereka (pekerja ladang DUN Tenang),” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau yang tinggal di pekan Chaah dan telah bergiat aktif di dalam NUPW kawasan tempatan selama 20 tahun mendakwa mendapat sokongan kuat daripada keseluruhan pekerja ladang di DUN Tenang.

PKR Sahkan Pengunduran Zaid Berkuat Kuasa Serta-Merta

Posted on the November 22nd, 2010 under Politik by Pinvader

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan permohonan keluar parti Datuk Zaid Ibrahim berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Biro Politik partiyang bermesyuarat pada Ahad bersetuju agar pengunduran Zaid disegerakan tanpa menunggu tarikh 16 Disember seperti yang dikehendaki bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu sebelum ini.

Beliau menyifatkan keputusan berkenaan tidak dianggap ‘memecat’ dari parti sebaliknya sekadar ‘menunaikan hasrat’ Zaid yang mahumeninggalkan PKR.

“Ibu Pejabat parti menerima surat Datuk Zaid pada 19 November pada pukul 10.30 pagi, jadi Biro Politik mengambil keputusan untuk tunaikan dengan segera hasrat beliau itu.

Memali: Kami nak dedah tindakan Umno jadikan PAS ‘kambing hitam’

Posted on the November 20th, 2010 under Politik by Pinvader

KUALA LUMPUR, 20 Nov — PAS berharap sambutan 25 tahun memperingati peristiwa berdarah Memali selama tiga hari yang bermula malam tadi akan membuka mata generasi muda terhadap kezaliman kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno, kata Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah berkata, kesemua mereka yang terbabit — yang terbunuh dan ditahan — dituduh oleh kerajaan pusat sebagai pengkhianat agama, penentang kerajaan dan pelampau kerana rata-rata mereka adalah aktivis PAS.

“Generasi muda, saya ingat ramai yang tak tahu atau mendapat maklumat yang tidak sahih berhubung peribadi Ibrahim Libya serta peranan pusat pendidikan Islam yang diasaskannya.

JPP: Akta Pertubuhan bakal sukarkan Jenapala saman PKR

Posted on the November 20th, 2010 under Politik by Pinvader

Jenapala mendakwa tidak pernah dimaklumkan oleh PKR itu berhubung pengguguran keahliannya. - Gambar fail

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Akta Pertubuhan 1966 yang menghalang mahkamah dari membicarakan masalah dalaman parti akan menyukarkan bekas timbalan setiausaha agung PKR P Jenapala memohon perisytiharan bahawa pemilihan parti adalah tidak sah, kata Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah.

“Saya rasa dia (Jenapala) akan melalui jalan yang sukar sebab tatacara (Akta Pertubuhan) tidak membenarkan mahkamah campur tangan masalah dalaman mana-mana parti,” ujar Dr Cheah ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Permohonan halang pemilihan timbalan presiden PKR didengar Isnin

Posted on the November 19th, 2010 under Politik by Pinvader

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Permohonan bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) P. Jenapala agar mahkamah mengisytiharkan pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden parti itu tidak sah, akan didengar Isnin ini.

Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini Datuk Aziah Ali.

Jenapala (gambar) hari ini hadir ke mahkamah bagi memfailkan afidavit melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi menyokong saman pemula yang dibuatnya semalam di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas.

PRU: Komponen BN yakin lebih baik, anggap Dr M guna ‘reverse psychology’

Posted on the November 19th, 2010 under Politik by Pinvader

Dr Mahathir meramalkan bahawa BN akan merampas semula satu atau dua negeri daripada PR. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Komponen Barisan Nasional (BN) melihat pendirian terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai prestasi perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13 ada kebenarannya, tetapi pada masa yang sama mereka menyifatkan ia sebagai satu “kenyataan psikologi balikan” agar mereka tidak terus “seronok dan selesa.”

Malah, sebahagian besar mereka memperlihatkan keyakinan yang lebih tinggi dengan berpendapat BN berpeluang merampas sehingga tiga negeri termasuk kemungkinan Kelantan pada pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.

Husam nafi laporan Bernama PAS sedia terima Zaid

Posted on the November 16th, 2010 under Politik by Pinvader

KUALA LUMPUR, 16 Nov — Datuk Husam Musa menafikan beliau ada mengatakan bahawa PAS sedia menerima sesiapa sahaja termasuk Datuk Zaid Ibrahim, yang memutuskan untuk keluar PKR, sebagaimana dilaporkan oleh Bernama semalam.

Kata Husam, apa yang dilaporkan oleh Bernama kononnya memetik beliau, selaku ahli jawatankuasasa kerja PAS pusat, adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.

“Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka.

ADUN Kerdau Semakin Pulih

Posted on the November 15th, 2010 under Berita Tempatan,Politik by Pinvader

TEMERLOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan kali kedua ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh akibat tekanan darah tidak stabil, kini dilaporkan semakin pulih.

Pengarah HOSHAS, Datuk Dr Bahari Datuk Awang Ngah berkata, sejak dimasukkan ke hospital itu dua minggu lepas, Zaharuddin, 63, menerima rawatan rapi daripada doktor pakar hospital berkenaan.

“Beliau kini semakin sihat dan dijangka boleh dibenarkan pulang dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tiada Halangan Jika Zaid Mahu Sertai PAS – Salahuddin

Posted on the November 15th, 2010 under Berita Tempatan,Politik by Pinvader

PETALING JAYA: PAS tiada halangan jika bekas Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mahu menyertai parti itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, jika benar keputusan itu, ia seharusnya dihormati kerana dalam demokrasi mana-mana individu berhak untuk menyertai mana-mana parti.

“Bagaimanapun, sama ada diterima atau tidak beliau dalam parti bergantung kepada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.

“Jika Zaid mahu, beliau boleh mohon. PAS mengambil sikap terbuka maka siapa-siapa pun boleh memohon.

Keputusan Zaid Tidak Gugat PKR

Posted on the November 15th, 2010 under Politik by Pinvader

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak gusar dengan keputusan bekas Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mahu keluar parti kerana tindakan itu tidak menjejaskan PKR.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebaliknya sejak ditubuhkan sokongan kepada parti berkenaan meningkat pada setiap pilihan raya umum.

Keputusan itu juga, tambahnya, tidak akan mempengaruhi sebarang perkara dalam parti yang sedang berlaku sekarang termasuk pemilihan.

“Zaid sudah buat keputusan, kita menghormati keputusan tersebut. Saya mendoakan yang terbaik kepada beliau.

Azmin selesa muncul timbalan presiden baru, Zaid sah keluar PKR

Posted on the November 15th, 2010 under Politik by Pinvader

PETALING JAYA, 15 Nov – Naib Presiden PKR Azmin Ali sudah hampir pasti untuk mengambil alih jawatan timbalan presiden dengan memperoleh majoriti 11,350 undi selepas lapan hari proses pengundian pemilihan pusat setakat semalam.

Kedudukan rasmi Azmin itu diumumkan ketika Datuk Zaid Ibrahim pula mengesahkan beliau akan keluar PKR.

Azmin akan menggantikan Senator Dr Syed Husin Ali yang memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya.

Pada sidang media di sini petang ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Azmin memperoleh 14,751 undi manakala pesaingnya Mustaffa Kamil Ayub, seorang lagi naib presiden, menerima 3,401 undi daripada 165 cabang yang telah dikira pengundian.

MB Selangor nafi dakwaan Noh Omar Yayasan Selangor belanja RM800,000

Posted on the November 15th, 2010 under Politik by Pinvader

SHAH ALAM, 15 Nov — Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan RM800,000 telah dibelanjakan oleh Yayasan Selangor untuk menganjurkan majlis makan tengah hari sempena ulang tahun ke-40 agensi negeri itu yang sepatutnya diadakan hari ini.

Menteri Besar Selangor menegaskan kos majlis itu masih kekal RM300,000 sebagaimana dimaklumkan sebelum ini.

Majlis itu yang sepatutnya diadakan hari ini telah dibatalkan selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk tidak hadir kerana dukacita setelah dimaklumkan perbelanjaan melebihi RM300,000.

Zaid Keluar PKR

Posted on the November 15th, 2010 under Politik by Pinvader

PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim membuat keputusan untuk keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana sudah tidak tahan lagi dengan apa yang berlaku dalam parti itu.

“Saya tahu ramai yang menghitung hari saya dalam parti kerana ada pemimpin yang sengaja membuat serangan peribadi terhadap saya.

“Saya keluar parti kerana ingin memisahkan diri saya daripada penipu-penipu ini. Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menyebarkan fitnah tanpa rasa bersalah dengan syarat matlamat mereka tercapai,” katanya kepada The Star.

Zaid yang menyertai PKR pada Jun 2009 selepas dipecat daripada Umno berkata, beliau ingin berehat seketika untuk ‘melepaskan diri daripada semua perhatian’.

Isu murtad: Hadi dakwa Zul Noordin tak betul, PAS mahu siasat dulu

Posted on the November 13th, 2010 under Politik by Pinvader

SHAH ALAM, 13 Nov — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau akan mendapatkan maklumat terperinci sebelum membuat sebarang pendirian berhubung kontroversi status agama bapa seorang kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah bulan lalu.

Isu yang bermula dengan sosej kini berkembang menjadi kontroversi murtad.

Sebaliknya, Hadi juga menyifatkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin (Bebas) yang mempersoalkan pendirian parti Islam itu sebagai “tidak betul”.

Umno-BN mesti undur secara hormat jika kalah PRU-13, kata Hadi

Posted on the November 13th, 2010 under Politik by Pinvader

Hadi (gambar) yang juga Ahli Parlimen Marang juga menggesa jentera parti itu supaya memperkuatkan parti Islam itu dalam menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

SHAH ALAM, 13 Nov — Sambil menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno tidak patuh terhadap undang-undang, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendesak parti Melayu terbesar itu berundur secara terhormat jika kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Hadi berkata Umno yang merupakan teras kepada Barisan Nasional (BN) sepatutnya perlu bersikap terbuka dalam menerima kekalahan dalam pilihan raya, bukan dengan berusaha mencari taktik untuk menang dan bertindak macam di Perak tahun lalu.

Presiden PKR larang ahlinya kritik pemilihan secara terbuka

Posted on the November 13th, 2010 under Politik by Pinvader

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengeluarakan arahan agar tiada mana-mana pihak dalam partinya membuat kritikan terbuka berhubung pemilihan terus yang julung kali diadakan di sebalik siri dakwaan wujudnya kecacatan dan manipulasi.

Dr Wan Azizah berkata, beliau memutuskan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk yang terbaru Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, yang dilantik sebagai orang tengah oleh penyokong calon jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin semalam.

“Pada 12 November (semalam), Datuk Fauzi Abd Rahman telah hadir berjumpa dengan saya dengan membawa sebuah resolusi Rapat Anak Muda Malaysia bertarikh 10 November 2010.

MP PAS terus desak Azmi digugur, PAC siasat MAS rugi RM8b

Posted on the November 12th, 2010 under Politik by Pinvader

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Selepas tiada sebarang tindakan diambil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu kerugian RM8 bilion dihadapi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) kira-kira sedekad lalu, Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub terus mendesak agar Datuk Seri Azmi Khalid digugurkan sebagai pengerusi PAC.

Menurut Salahuddin, tindakan menggugurkan Azmi perlu selepas tiada sebarang tindakan diambil berhubung isu kerugian MAS walaupun dua pucuk surat telah dihantar supaya perkara itu disiasat.

“Pengerusi PAC ini perlu ditukarkan kerana gagal mengambil sebarang tindakan terhadap isu kerugian RM8 bilion yang dihadapi MAS.

Kelantan dakwa pelantikan pengerusi MSN tidak sah

Posted on the November 10th, 2010 under Politik by Pinvader

KOTA BARU, 10 Nov — Kerajaan Kelantan mendakwa pelantikan Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan selama ini adalah tidak sah kerana tidak mematuhi peruntukan sedia ada.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ab Fattah Mahmood berkata antara peruntukan itu, Kementerian Belia dan Sukan perlu berbincang dengan Menteri Besar Kelantan terlebih dahulu sebelum melantik Pengerusi MSN itu.

“Kementerian Belia dan Sukan melalui menteri perlu mengadakan perbincangan untuk melantik pengerusi (MSN) tetapi kementerian tidak pernah berbuat demikan (mengadakan perbincangan).

“…dan dengan itu saya boleh katakan pengerusi yang dilantik ini adalah pengerusi haram (tidak sah) kerana ketidakpatuhan perkara ini,” katanya ketika menjawab soalan Wan Hassan Wan Ibrahim (PAS-Limbongan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Umno Pulau Pinang lega Gerakan akhirnya pulih komitmen hadapi PRU-13

Posted on the November 10th, 2010 under Politik by Pinvader

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Umno Pulau Pinang lega kerana Gerakan, yang sebelum ini dilihat tidak relevan dan lesu ekoran prestasi terburuk dua tahun lalu, memperbaharui komitmen untuk menghadapi cabaran pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun depan.

Dua bulan lalu, Umno Pulau Pinang menasihatkan Gerakan tidak lagi bertanding di kerusi-kerusi yang ia kalah jika sudah tidak yakin untuk menghadapi perjuangan politik seterusnya.

“Saya merasakan ia satu langkah yang baik, dan kami sangat berharap bahawa kita boleh melihat kembali Gerakan yang lama, Gerakan yang pernah bekerja kuat untuk kepentingan rakyat dan menjadi pemimpin masyarakat,” kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman kepada The Malaysian Insider.

Komponen BN MCA timbang beli Tanjong, terokai bisnes judi

Posted on the November 10th, 2010 under Politik by Pinvader

KUALA LUMPUR, 10 Nov — MCA dikatakan menyertai usaha membida bisnes perjudian Tanjong Plc yang bernilai sekitar RM2.5 bilion, syarikat yang turut menjadi tumpuan keluarga Cheng bersama ahli perniagaan Filipina Roberto ‘Bobby’ Ongpin Jr dan beberapa firma ekuiti swasta antarabangsa.

Usaha parti komponen Barisan Nasional (BN) itu menjadi perhatian susulan langkahnya menjual pegangan dalam sayap pelaburan Huaren Holdings Sdn Bhd, yang melepaskan 42.4 peratus pegangannya dalam Star Publications (M) Bhd,  yang menerbitkan The Star, pada nilai RM1.28 bilion baru-baru ini.

Dengan penjualan itu syarikat tersebut dijangka akan menggunakan dana tersebut untuk membeli Tanjong dengan kombinasi pembiayaan.

Anwar Ibrahim Tidak Layan ‘Pandangan Peribadi’ Zaid

Posted on the November 10th, 2010 under Politik by Pinvader

“Ini kali pertama pertama, saya mendengar pandangan beliau (Datuk Zaid Ibrahim) dan saya tidak perlu layan desakan tersebut.”

Demikian kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila calon Timbalan Presiden PKR itu mendesak beliau dan Naib Presidennya, Azmin Ali berundur daripada parti.

Bahkan kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang dipetik dalam portal Suara Keadilan turut menyifatkan desakan Zaid itu sekadar pandangan peribadi.

“Itu pandangan peribadi beliau dan bukannya pandangan pimpinan parti secara keseluruhannya,” kata Anwar.

Anwar & Azmin Mesti Berundur – Zaid Ibrahim

Posted on the November 9th, 2010 under Politik by Pinvader

PETALING JAYA: Datuk Mohd Zaid Ibrahim pada Selasa berkata, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presidennya, Azmin Ali perlu berundur demi masa depan parti itu sendiri.

Beliau berkata, mereka berdualah yang menjadi punca kepada masalah demi masalah yang dihadapi oleh PKR sekarang.

Zaid berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan di rumahnya hari ini.

Semalam beliau mengumumkan penarikan dirinya sebagai calon jawatan timbalan presiden parti dan meletakkan semua jawatan parti termasuk sebagai ketua cabang Wangsa Maju yang baru diterajuinya bulan lalu.

Lagi dakwaan manipulasi pemilihan PKR, didakwa pencalonan AMK diubah

Posted on the November 9th, 2010 under Politik by Pinvader

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Di sebalik kecacatan didakwa menyelubungi pemilihan langsung Parti Keadilan Rakyat (PKR), dakwaan terbaru mengatakan pegawai-pegawai dalaman parti telah memmanipulasi senarai pencalonan dibuat cabang-cabang tertentu.

Dakwaan terbaru menunjukkan perubahan dibuat ke atas senarai pencalonan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)iaitu sayap pemuda PKR.

Jawatan itu disaingi penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai “Chegubard”.

BN Menang Di Galas, Batu Sapi

Posted on the November 4th, 2010 under Politik by Pinvader

GUA MUSANG, 4 Nov (Bernama) — Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti lebih besar, dan memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri Galas daripada PAS, pada dua pilihan raya kecil yang diadakan Khamis.

Calon BN dari Parti Bersatu Sabah (PBS) Datin Linda Tsen, yang menggantikan mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong Ket Wah iaitu penyandang kerusi itu, menewaskan pencabar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah dan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee, dari Parti Maju Sabah (SAPP).

Tsen, guru muzik sambilan, meraih majoriti 6,359 undi dengan memperoleh 9,773 undi berbanding Ansari 3,414 undi dan Yong 2,031 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, mendiang Edmund Chong mengalahkan calon Bebas Dr Chung Kwon Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan KDN, Raja Petra bebas

Posted on the November 1st, 2010 under Politik by Pinvader

PUTRAJAYA, 1 Nov — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamarudin kini bebas selepas Mahkamah Persekutuan pagi ini menolak rayuan Kementerian Dalam Negeri berhubung pembebasan beliau daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang diputuskan ekoran permohonan habeas corpus dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah dimaklumkan bahawa perintah tahanan ISA selama dua tahun ke atas pengendali blog Malaysia Today itu sudah pun tamat.

Kementerian Dalam Negeri merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 November 2008 membebaskan Raja Petra (gambar) yang ditahan selama dua tahun di bawah ISA.

Solat Isytikharah Jadi Petunjuk PAS Dalam Menentukan Calonnya Di Galas

Posted on the October 8th, 2010 under Politik by Pinvader

GUA MUSANG, 8 Okt (Bernama) — Solat istikharah mungkin menjadi pemutus dalam menentukan calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 Nov ini, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.

Katanya, ini kerana terlalu ramai calon yang berkelayakan dan seimbang yang dicadangkan PAS di peringkat akar umbi sebelum diperhalusi oleh pimpinan tertinggi parti itu.

“Kita percaya solat istikharah yang akan dibuat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan menjadi kata pemutus untuk menentukan calon PAS pada pilihan raya kecil itu,” katanya kepada Bernama ketika melawat kawasan pilihan raya itu pada hari Jumaat.

Galas: Kelantan cadang 4 Nov cuti peristiwa

Posted on the October 7th, 2010 under Politik by Pinvader

KOTA BHARU, 7 Okt: Kerajaan Kelantan kemungkinan akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 4 November ini berikutan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas yang jatuh pada hari bekerja, iaitu Khamis.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Nik Mat berkata, ianya bagi memudahkan pengundi untuk keluar mengundi, khususnya yang tinggal di luar kawasan.

Katanya lagi, urusan mengundi bukan satu perkara main-main, dan sesuatu yang menyukarkan jika ianya jatuh pada hari bekerja.

PERKASA jadi ‘raksasa’ kerana media

Posted on the October 7th, 2010 under Politik by Pinvader

Media yang memberi liputan terlalu luas kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sehingga NGO tersebut kini menjadi begitu popular dan ditakuti masyarakat, kata setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau menyifatkan PERKASA sebagai satu makhluk raksasa yang mengerikan, dan menyalahkan media kerana menyebabkan pertubuhan berkenaan dipandang sedemikian.

Ku Li Setuju Jadi Pengarah Pilihan Raya Dun Galas – Tengku Adnan

Posted on the October 4th, 2010 under Politik by Pinvader

PUTRAJAYA, 4 Okt (Bernama) — Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata sepanjang pengetahuan pengurusan BN, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju untuk menjadi pengarah pilihan raya BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Beliau berkata surat pelantikan itu telahpun ditandatangani oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, dan akan diserahkan kepada Anggota Parlimen Gua Musang itu sekembalinya beliau ke tanahair dijangka Jumaat ini.