Archive for the ‘Sukan’ Category

Malaysia menang pusingan awal selesa, atasi Indonesia 3-0

Posted on the December 27th, 2010 under Sukan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

Malaysia akan bertandang ke Jakarta Rabu ini untuk menghadapi pusingan kedua – pertemuan yang akan menentukan juara.

Gol pasukan Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali, yang menyumbat dua kali (minit 59, 71) dan Mohd Ashaari Shamsudin (minit 67).

Kemenangan selesa malam ini menyerupai langkah Malaysia menewaskan  pasukan Vietnam di separuh akhir pertama di Bukit Jalil sebelum berlepas ke Hanoi dan seterusnya melangkah ke final.

Hajat musnah

Posted on the November 11th, 2010 under Sukan by Pinvader

NORSHAHRUL (depan) diasak pertahanan Jepun, Yamamura Kazuya pada aksi Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China semalam. Jepun menang 2-0.

HAJAT skuad bola sepak negara untuk menempah tempat lebih awal ke pusingan kedua tidak kesampaian. Semalam, mereka tewas 0-2 kepada Jepun dalam aksi kedua Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 yang berlangsung di Stadium Huadu, Guangzhou.

Andai seri atau menang pada aksi terakhir menentang China, peluang untuk mara adalah lebih terbuka selepas skuad bimbingan K. Rajagobal itu menang 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada perlawanan pembukaan Isnin lalu.

Malaysia kehilangan Zamani, Fakri

Posted on the November 9th, 2010 under Sukan by Pinvader

NORHAFIZ (terbaring) mengalami kecederaan serius pada aksi menentang Kyrgyzstan pada perlawanan pembukaan Kumpulan A semalam.

GUANGZHOU – Kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan petang semalam terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila skuad bola sepak kebangsaan kehilangan dua tonggak utama, Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani.

Zamani dan Fakri bukan sahaja tidak dapat beraksi pada perlawanan kedua menentang Jepun esok tetapi berkemungkinan besar terpaksa melupakan terus kempen Sukan Asia 2010 akibat kecederaan lutut.

Langkah kanan skuad negara

Posted on the November 9th, 2010 under Sukan by Pinvader

CHANTURU (kiri) muncul wira skuad bola sepak negara apabila menjaringkan gol kemenangan pada aksi menentang Kyrgyzstan semalam. Malaysia menang 2– 1.

GUANGZHOU – Skuad bola sepak kebangsaan memulakan langkah kanan pada kempen Sukan Asia 2010 setelah berjaya menewaskan Kyrgyzstan 2-1 pada aksi sulung Kumpulan A di Stadium Huadu di sini petang semalam.

Dua pemain Kelantan, Nor- shahrul Idlan Talaha dan S. Chanturu masing-masing meledak gol pada minit ke-27 dan 59 manakala jaringan tunggal Kyrgyzstan dihasilkan Sydykov minit ke-37.

Khairul Fahmi calon pilihan

Posted on the November 1st, 2010 under Sukan by Pinvader

SEIRING dengan slogan 100- PLUS, Outdo Yourself, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membuktikan bahawa dia sememangnya calon paling layak untuk merangkul anugerah Pemain Muda Terbaik 2010.

Namun, keputusan pemenang bagi kategori itu serta be- berapa kategori lain hanya akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2010 yang akan berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya tengah hari esok.

Khairul, 21, telah beraksi cemerlang biarpun tewas menerusi sepakan penalti pada awal permainan untuk membantu Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 malam kelmarin.

Semangat pemain julang Red Warriors

Posted on the October 31st, 2010 under Sukan by Pinvader

PARA pemain Kelantan meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

KESUNGGUHAN para pemain untuk muncul juara dianggap jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sebagai kunci utama kejayaan skuad Red Warriors itu menundukkan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi.

Kata-kata Sathianathan di bilik persalinan ketika waktu rehat separuh masa pertama nyata membuatkan para pemain tidak patah semangat biarpun mereka ketinggalan 0-1 menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13.

Hukuman Sathia ditangguh

Posted on the October 26th, 2010 under Sukan by Pinvader

HUKUMAN terhadap Sathianathan (kanan) ditangguhkan oleh FAM buat sementara waktu selepas badan induk bola sepak negara itu menerima rayuan daripada jurulatih terbabit semalam.

BERITA penangguhan terhadap hukuman penggantungan yang dikenakan ke atas ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sedikit sebanyak menjadi suntikan moral buat pemain-pemain skuad The Red Warriors.

Ini kerana, anak-anak buah Sathianathan itu bakal turun berdepan Negeri Sembilan pada aksi final Piala Malaysia 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Hari penentuan ke final buat Kelantan, Kedah

Posted on the October 23rd, 2010 under Sukan by Pinvader

BARISAN pemain Kelantan giat menjalani latihan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

MALAM ini akan menjadi hari penentuan buat Kelantan dan Kedah yang akan membuat perhitungan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Apa yang pasti, Kelantan ada dua misi penting untuk dilaksa- nakan pada perlawanan ini.

Kelantan bayar harga tinggi

Posted on the October 22nd, 2010 under Sukan by Pinvader

AZIZI (kanan) mengasak pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

KELANTAN terpaksa membayar harga yang tinggi ketika mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Kedah pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

Ini kerana, dua tonggak pertahanan Kelantan, Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam mengalami kecede- raan pada perlawanan tersebut.

Rooney sudah nekad tinggalkan Old Trafford

Posted on the October 22nd, 2010 under Sukan by Pinvader

ROONEY disisih dalam skuad utama United sejak beberapa perlawanan lalu.

LONDON – Wayne Rooney seakan-akan memberi ‘lampu hijau’ kepada Chelsea.

Dalam satu kenyataan terbuka kelmarin, penyerang Manchester United itu mengesahkan yang dia akan meninggalkan Old Traf- ford.

Johor FC menyengat

Posted on the October 21st, 2010 under Sukan by Pinvader

SHUKOR ADAN (kanan) gagal menyempurnakan peluang meskipun penjaga gol Johor FC, Anis Faron (tertiarap) sudah tertewas.

SANG Lebah menyengat, Rusa merana, Kenari dan Kijang pula belum senang duduk. Itu yang berlaku pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam tadi.

Johor FC yang mendapat jolokan Lebah, mengganas di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan.

Misi Malaysia tercapai

Posted on the October 15th, 2010 under Sukan by Pinvader

Skuad badminton

KONTINJEN Malaysia berjaya melepasi sasaran pungutan pingat emas pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India. Pada hari terakhir temasya Komanwel semalam, kontinjen Malaysia berjaya menambah empat lagi pingat emas bagi menjadi keseluruhan 12 emas.

Jumlah itu melepasi sasaran awal iaitu 10 pingat emas yang diletakkan Majlis Sukan Negara (MSN).

Ia merupakan pencapaian terbaik Malaysia pada penampilan di luar negara selepas memenangi tujuh emas, 12 perak dan 10 gangsa pada temasya di Melbourne, Australia empat tahun lalu.

Pandelela akhiri kemarau emas

Posted on the October 12th, 2010 under Sukan by Pinvader

PANDELELA menepati ramalan apabila menghadiahkan pingat emas ketujuh kontinjen negara semalam.

ATLET terjun negara, Pandelela Rinong menghadiahkan pingat emas ketujuh kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel 2010 semalam.

Pada aksi final di Kompleks Renang S.P Mukharjee semalam, penerjun berusia 17 tahun kelahiran Sarawak ini beraksi cemerlang dalam acara 10 meter platform wanita.

Dia mengumpul 371.05 mata keseluruhan untuk menewaskan dua penerjun Australia, Melissa Wu (369.50 mata) dan Alexandra Croak (355.40 mata).

Nicol Akhirnya Tawan Emas Sukan Komanwel

Posted on the October 9th, 2010 under Sukan by Pinvader

Oleh P. Vijian

NEW DELHI, 9 Okt (Bernama) — Juara dunia Datuk Nicol Ann David akhirnya merangkul pingat emas sulungnya dalam Sukan Komanwel selepas menewaskan musuh ketat Jenny Duncalf dari England pada perlawanan akhir skuasy wanita di sini Jumaat malam.

Selepas gagal pada edisi lepas di Melbourne, Australia, pada 2006, Nicol dengan mudah mengatasi Duncalf 11-3, 11-5, 11-7 untuk merangkul gelaran perseorangan itu di Kompleks Sukan Sri Fort di sini.

Sukan Komanwel: Pasukan Pecut Malaysia Menang Gangsa

Posted on the October 8th, 2010 under Sukan by Pinvader

NEW DELHI, 8 Okt (Bernama) — Jalur Gemilang terus berkibar di trek lumba basikal Sukan Komanwel Ke-19 di sini apabila pasukan Malaysia menang pingat gangsa dalam acara pecut lelaki berpasukan.

Awang Azizulhasni, Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin meraih pingat itu untuk negara setelah mencatat masa 45.040 pada peringkat akhir acara berkenaan.

“Perlumbaan tadi amat mencabar kemampuan pelumba kita kerana acara ini selalunya dikuasai Australia dan New Zealand. Kita belum pernah mengalahkan mereka.

Sukan Komanwel: Pasukan Memanah Recurve Lelaki Malaysia Raih Pingat Perak

Posted on the October 8th, 2010 under Sukan by Pinvader

NEW DELHI, 8 Okt (Bernama) — Pasukan memanah recurve lelaki Malaysia menambah satu lagi pingat dalam pemburuan mereka di Sukan Komanwel di sini, dengan memenangi pingat perak dalam saingan di Yamuna Sports Complex di sini pada Jumaat.

Jumlah kutipan mata pasukan yang dianggotai Muhammad Izzuddin Abdul Rahim, Cheng Chu Sian dan Arif Farhan Ibrahim Putra itu hanya kurang tujuh berbanding pasukan Australia yang merangkul pingat emas selepas mengumpulkan 219 mata.

Gandingan Matthew Gray, Matthew Masonwells dan Taylor Worth mendapat sembilan bulleyes dalam saingan hari ini berbanding lapan yang dibuat oleh pasukan negara.

Sukan Komanwel: Malaysia Menang Pingat Sulung Dalam Acara Ping Pong

Posted on the October 8th, 2010 under Sukan by Pinvader

NEW DELHI, 8 Okt (Bernama) — Malaysia membawa pulang pingat sulung dalam acara ping pong Sukan Komanwel setelah mengalahkan England 3-2 dalam saingan merebut pingat gangsa kategori wanita di Kompleks Sukan Yamuna di sini.

Beh Lee Wei meletakkan Malaysia sebagai pendahulu dengan mengetepikan Kelly Sibley 8-11, 11-2, 11-13, 13-11, 11-9 dalam perlawanan pertama.

Kemenangan kedua Malaysia diperoleh menerusi Ng Sock Khim yang menundukkan Joanna Parker 7-11, 11-6, 11-7, 10-12, 11-9.

Semangat Azizulhasni tak luntur

Posted on the October 7th, 2010 under Sukan by Pinvader

JAGUH lumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang masih bersemangat meskipun melalui hari yang mengecewakan pada temasya Sukan Komanwel 2010 kelmarin.

Selepas pingat emas yang dimenangi dalam acara keirin ‘dirampas’, pelumba yang digelar The Pocketrocketman ini terkandas pula pada final repe- chage acara kegemaran iaitu pecut individu.

Begitupun Azizulhasni mengakui, dia masih bersemangat untuk meneruskan saingan pada temasya kali ini.

Sukan Komanwel: Hanya Satu Pingat Perak Dikutip Malaysia Pada Hari Keempat

Posted on the October 7th, 2010 under Sukan by Pinvader

NEW DELHI, 8 Okt (Bernama) — Persembahan hambar atlet Malaysia pada Khamis meletakkan negara di kedudukan tempat ke-tujuh dalam senarai kutipan pingat di hari keempat Sukan Komanwel 2010, semasa Australia dan India meneruskan kecemerlangan mereka dalam memburu pingat.

Atlet Malaysia mengambil bahagian dalam 13 acara final hari ini, namun hanya berupaya memungut satu pingat perak dalam acara menembak, hasil usaha Hazli Izwan Amir dan Hafiz Adzhar dalam acara 25m rapid fire pistol.

Sukan Komanwel: Tandas Bersepah Dengan Kondom Yang Telah Digunakan

Posted on the October 7th, 2010 under Sukan by Pinvader

Oleh P.Vijian NEW DELHI, 7 Okt (Bernama) — Sukan Komanwel ke-19 di sini kini menjadi tumpuan berita tetapi kali ini untuk sebab yang berbeza.

Ribuan kondom yang telah digunakan telah menyebabkan longkang di perkampungan sukan tersumbat selepas para atlet membuangnya di dalam tandas mereka.

Tuah memihak Josiah

Posted on the October 7th, 2010 under Sukan by Pinvader

REAKSI Azizulhasni (kanan) dan Josiah selepas menamatkan acara keirin di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi semalam. Bagaimanapun, kejayaan Azizulhasni dibatalkan gara-gara kesalahannya menghimpit pelumba New Zealand, Simon Van Velthooven.

TUAH ternyata menyebelahi pelumba basikal trek negara, Josiah Ng.

Semalam, dia berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin pada Sukan Komanwel 2010 di Kompleks Sukan Indira Gandhi.

Bagaimanapun, pingat emas yang diraih Josiah itu bertitik tolak kepada keputusan pegawai perlumbaan yang membatalkan kemenangan jaguh keirin negara, Mohd. Azizulhasni Awang.

Raja Ahmad Dilantik Semula Ke Dalam FAM

Posted on the October 6th, 2010 under Sukan by Pinvader

IPOH, 6 Okt (Bernama) — Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang tewas pada pemilihan dalam kongres FAM baru-baru ini, telah dilantik menganggotai dua jawatankuasa badan induk bola sepak itu.

Raja Ahmad berkata beliau telah dilantik oleh Presiden FAM Sultan Ahmad Shah bagi menganggotai Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Pertandingan FAM bagi penggal 2010-2014

Komanwel: Amirul Hamizan Sumbang Emas Pertama Malaysia Melalui Acara Angkat Berat

Posted on the October 4th, 2010 under Sukan by Pinvader

NEW DELHI, 4 Okt (Bernama) — Amirul Hamizan Ibrahim, 29, menepati ramalan awal untuk memenangi pingat emas pertama negara dalam Sukan Komanwel ke-19 apabila menewaskan dua atlet tuan rumah melalui acara angkat berat 56kg lelaki di Kompleks Sukan Indira Gandhi di sini hari Isnin.

Beliau berjaya mengangkat bebanan 116kg dalam acara snatch dan 141kg dalam clean and jerk bagi mengumpul jumlah angkatan sebanyak 257kg.

Sanggupkah Bayar Gaji Pemain Import – Ghani Minhat

Posted on the October 2nd, 2010 under Sukan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Cadangan supaya pemain import dibenarkan bermain semula pada saingan Liga Malaysia pada musim 2012 mendapat reaksi berbeza dari kalangan bekas pemain dan jurulatih.

Raja Bola, Datuk Abdul Ghani Minhat berpendapat kemasukan pemain import dalam masa dua hingga tiga tahun ini tidak akan banyak membantu kepada usaha pembangunan bola sepak tempatan.

Awang import diketahui Isnin

Posted on the October 1st, 2010 under Sukan by Pinvader

SHAH ALAM – Cadangan yang paling kuat diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada sesi penerangan dan pengelolaan Liga Malaysia 2011-2014 ialah membenarkan pemain import kembali dalam Liga Malaysia bermula 2012.

Bagaimanapun, keputusan muktamad tentang cadangan tersebut hanya akan diketahui pada Isnin ini selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang di pengerusikan oleh Presidennya, Sultan Ahmad Shah memperhalusinya.

Messi terima Kasut Emas selaku penjaring terbanyak Eropah

Posted on the October 1st, 2010 under Sukan by Pinvader

BARCELONA 1 Okt. – Lionel Messi telah dianugerahkan Kasut Emas selepas menjadi penjaring terbanyak seluruh Eropah dalam liga tempatan, musim lalu.

Pemain depan Argentina itu menerima hadiah tersebut hasil 34 gol yang dijaringkan sehingga membantu Barcelona mengekalkan kejuaraan liga Sepanyol.

Skuad Rajagobal kalah lagi

Posted on the October 1st, 2010 under Sukan by Pinvader

Safiq Rahim

Safiq Rahim

SEPERTI dijangka, Malaysia yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain, kecundang lagi dan kali ini, anak buah ketua jurulatih K Rajagobal itu tumbang 2-0 di tangan skuad Olimpik Iran pada kejohanan merebut Piala Bandaraya Ho Chi Minh yang berlangsung di Stadium Thong Nhat, Vietnam, petang semalam.

Walaupun tewas, Rajagobal pantas melambungkan pujian terhadap persembahan pemain Malaysia dan menyifatkan mereka sebagai wira kerana walaupun beraksi dengan 10 pemain, komitmen dan tumpuan anak buahnya tidak terjejas hingga memaksa Iran menunggu lama untuk menghasilkan jaringan.

Soderling, Ferrer Mara Ke Suku Akhir

Posted on the September 30th, 2010 under Sukan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pemain pilihan Robin Soderling dan David Ferrer mara ke suku akhir Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini Khamis.

Soderling, pemain nombor lima dunia yang mudah mengatasi Edouard Roger-Vasselin dari Perancis 6-0, 6-1 pada pusingan kedua akan menentang pilihan kelapan Andrey Golubev dari Kazakhstan.

Khidmat Awang Import Hanya Dibenarkan Pada Musim 2012

Posted on the September 30th, 2010 under Sukan by Pinvader

SHAH ALAM, 30 Sept (Bernama) — Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPT), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Khamis mengsyorkan supaya pemain import, yang dilarang beraksi dalam Liga Malaysia sejak tahun lepas, dibenarkan bermain di liga bola sepak tempatan mulai musim 2012.

Ini sehubungan dengan cadangan jawatankuasa itu kepada Lembaga Eksekutif FAM agar larangan tersebut dikekalkan hanya hingga di Liga Malaysia musim 2011.

Anuar buntu buat pilihan

Posted on the September 30th, 2010 under Sukan by Pinvader

Anuar Manan

BERSEMANGAT...pelumba negara bergambar di tebing Sungai Yarra, semalam.

TAWARAN dua pasukan berstatus benua, Kelly Benefit dari Amerika Syarikat dan TCT (Terengganu Cycling Team) membuatkan pelumba lebuh raya negara, Anuar Manan dalam dilema.

Namun, perkara itu sedikit pun tidak menjejaskan persiapan hadapi Sukan Komanwel di New Delhi, 3 Oktober ini sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk melakarkan kejayaan gemilang dalam kariernya.