Jawablah!: Kenali dulu siapa Noh

Posted on the December 22nd, 2010 under Artis by Mami Juram

NOH

NOH

Vokalis Hujan yakin boleh menjadi mentor yang baik

PEMILIHANNYA sebagai mentor untuk program realiti Mentor musim keempat menjadi bahan pertikaian ramai. Sudahlah pengalaman tidak sehebat mentor lain ditambah dengan sikapnya yang sering menimbulkan kontroversi membuatkan kebanyakan pihak menganggap vokalis kumpulan Hujan, Noh belum layak memikul tanggungjawab itu.

Sifat lepas laku, bermulut celupar yang sering dilabelkan ke atasnya itu membuatkan ramai yang berasa sangsi apakah Noh mampu menjadi mentor yang baik.

Bagi Noh, walaupun berasakan yang belum layak namun itu tidak bermakna dia tidak mempunyai ilmu untuk dikongsi bersama protegenya.
Baginya, kontroversi demi kontroversi yang dilalui adalah pengalaman berharga yang boleh dijadikan panduan oleh bakal protegenya.

HIP: Bagaimana persediaan Noh setakat ini sebelum bergelar Mentor?

Noh: Saya belum membuat sebarang persediaan khusus kerana memberikan tumpuan untuk Anugerah Juara Lagu dan persiapan untuk majlis
pernikahan pada Julai nanti. Disebabkan program Mentor akan bermula pada Mac dan berlanjutan selama tiga bulan jadi saya rasa baik siapkan apa yang patut supaya nanti boleh tumpukan sepenuhnya untuk program ini. Sekarang ini saya hanya senaraikan apakah kriteria yang diperlukan daripada bakal protege saya.
HIP: Apakah ciri-ciri yang Noh mahukan?

Noh: Kepada yang mahu menjadi protege saya, selain boleh menyanyi, biarlah boleh bermain alat muzik. Tak kiralah alat muzik apa pun. Dan orang itu mestilah juga mempunyai personaliti menarik dan kemas walaupun saya tak macam itu (ketawa). Kalau boleh protege saya itu seorang lelaki tapi kalau ada peserta perempuan yang berminat bolehlah datang menjalani uji bakat. Namun keutamaan adalah untuk peserta lelaki .Ada banyak perancangan yang sudah aturkan untuk bakal protege saya nanti. Antaranya, saya akan memanggil semua anggota Hujan sama-sama membimbingnya. Disebabkan itulah saya mahu mencari mereka yang bukan saja boleh menyanyi tetapi bermain alat muzik.

HIP: Tapi ada yang mempertikaikan pemilihan Noh sebagai Mentor. Iyalah, berbanding Erra Fazira, Afdlin Shauki, pengalaman Noh tidak sehebat mereka ditambah sering menimbulkan kontroversi.

Noh: Memang akui dari segi pengalaman, saya memang kurang. Saya terkejut apabila TV3 memilih saya untuk jadi Mentor. Namun bila difikirkan tentu ada sebab TV3 berbuat demikian. Biarpun baru lima tahun bergelar penyanyi bersama-sama Hujan tapi pengalaman yang dilalui dan bagaimana survival kami sampai sekarang, itu semua sudah cukup membolehkan kami berkongsi pengalaman dengan bakal protege saya. Bagaimana saya lalui semua kritikan sepanjang karier sebagai anak seni. Semua itu berguna untuk panduan protege saya pada masa akan datang. Bukanlah bermakna jika kita sering dilanda kontroversi, kita tidak berguna dan tidak boleh membimbing orang lain.

HIP: Mungkin mereka ragu sifat Noh yang lepas laku dan bermulut celupar itu memberikan contoh yang tidak baik.

Noh: Saya tak kisah apa orang nak kata pasal diri saya. Kalau orang tahu dan kenal siapa itu Noh, mereka tidak akan mudah percaya atau termakan kata-kata kononnya saya seorang yang sebegitu. Hanya mereka yang tak ada kerja nak buat saja sanggup buat cerita seperti itu.

HIP: Noh juga pernah dikritik kerana sering mengeluarkan kata-kata kesat menerusi lama Twitter. Boleh ulas.

Noh: Seperti yang sering dinyatakan dalam laman web rasmi saya, laman sosial seperti Facebook, Twitter adalah laman peribadi saya. Jadi apa yang saya tulis di situ adalah pendapat peribadi saya. Lagipun saya taklah menulis kata-kata kesat yang memaki hamun orang. Kadang-kadang saya tulis itu sebagai luahan rasa tidak puas hati seperti kesesakan lalu lintas dan sebagainya dan bukannya ditujukan kepada mana-mana individu. Sama juga seperti kes ‘awak busuk’. Itu kata gurauan dan bukannya saya betul-betul kata dia busuk.
Kalau betul dia busuk sekalipun, saya takkan cakap perkara itu di depannya.

HIP: Jadi Noh sebenarnya memang seorang yang sinis apabila berkata-kata?

Noh: Kenali dulu siapa Noh. Kalau isu itu ditanyakan pada kawan-kawan saya, mereka akan menjawab itu hanyalah gurauan semata-mata. Mereka tahu perangai saya yang sebenar. Jadi tak perlulah nak menilai orang jika tak kenal sifat dalamannya.

fivefilters.org/content-only/faq.php
Five Filters featured site: So, Why is Wikileaks a Good Thing Again?.

Source: Berita Harian

Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,