Krisis Mesir: Kerajaan naikkan gaji, pencen kakitangan awam

Posted on the February 8th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

  • Share
  • Share

KAHERAH, 8 Feb — Sementara tunjuk perasaan berterusan buat minggu ketiga, kerajaan Mesir memutuskan untuk menaikkan gaji dan pencen kakitangan awamnya, melibatkan enam juta orang, sebanyak 15 peratus.

Mesir yang mempunyai 80 juta penduduk berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang mahukan Presiden Hosni Mubarak berundur segera.

Bank—bank telah mula beroperasi tetapi bursa saham tidak akan dibuka semula sehingga 13 Februari ini.

Ratusan penunjuk perasaan terus berada di Dataran Tahrir di sini buat hari ke—14 semalam, lapor BBC.

Kabinet Mesir yang dirombak pada 31 Januari lalu selepas Hosni memecat beberapa menteri mengadakan mesyuarat pertamanya semalam dan bersetuju untuk menaikkan gaji dan kadar pencen.

Menteri Kewangan Samir Radwan memperuntukan hampir RM2.8 bilion (AS$960 juta) untuk tujuan tersebut.

Kelmarin, Naib Presiden baru dilantik Omar Suleiman mengadakan siri perbincangan dengan barisan pembangkang dan dilaporkan telah bersetuju untuk mengadakan pembaharuan kehakiman dan perlembagaan — sebahagian daripada usaha memenuhi tuntutan rakyat dan peralihan kuasa.

Collateral Damage – WikiLeaks In The Crosshairs.

Source: The Malaysian Insider

Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,