LHDN edar borang bantuan khas RM500 1 Dis

Posted on the November 20th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

  • Share
  • Share

IPOH, 19 Nov – Borang program bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2012 akan mula diedarkan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada umum secara percuma pada 1 Disember ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan menggunakan mekanisme itu bagi memastikan setiap isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan berhak menerima bantuan berkenaan.

“Dijangka 3.4 juta individu akan mendaftar melibatkan nilai bantuan keseluruhan berjumlah RM2.6 bilion… untuk itu seramai 2,000 sukarelawan LHDN akan digerakkan ke seluruh negara bagi memudahkan proses pendaftaran,” katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata kementerian berkenaan juga menyediakan bilik gerakan sepanjang proses pendaftaran dan pengagihan wang berkenaan yang dijangka bermula Januari ini.

Katanya pendaftaran akan dibuat melalui LHDN, pejabat daerah atau agensi kerajaan terlibat serta kerajaan akan mengumumkan penerima yang layak melalui media massa.

Ahmad Husni berkata proses pendaftaran adalah sangat penting dan LHDN juga akan buka bilik gerakan dan kesemua sukarelawan akan membantu sepanjang proses pendaftaran termasuk di kawasan pedalaman.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you’re reading it on someone else’s site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Source: The Malaysian Insider

Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Sya Yusof

    Assalamualaikum saya ingin bertanya tentang Bantuan Rakyat RM500 1 Malaysia :-

    Sila telah menghubungi LHDN samada permohonan saya diluluskan atau tidak?

    1) Permohonan saya telah diluluskan
    2) Pihak LHDN meminta saya untuk bersabar
    3) Pihak LHDN memaklumkan saya akan mengambil voucher saya di bahagian P 107 N 37
    4) Saya telah cuba meneliti nama saya di N37 P 107 – Penchala – TIADA
    5) Bilik Gerakan Selangor – Nama tiada
    6) Saya telah mencuba di N39 pun tiada juga
    7) Bila pihak LHDN membacakan pada saya nama dan kad pengenalan serta alamat, alamat saya salah sepatutnya D-9-7 tapi yang diberikan adalah 09-07 (D nya tiada)

  • Ema

    sy nak tanya mcm mane nak cari borang bantuan rm500 untk e-kasih