Mahathir pertahan pelaksanaan DEB

Posted on the February 24th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kewujudan jutawan bukan Bumiputera bukti DEB dilaksanakan untuk semua kaum. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 24 Feb —Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan pentadbirannya memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan menegaskan setiap kaum mempunyai wakil mereka dalam dasar ekonomi kerajaan itu.

Jelas beliau (kanan), sepanjang menjadi perdana menteri sejak 1981 sehingga 2003,” turut terdapat bangsa lain bukan Melayu Bumiputera yang menjadi jutawan.

“Tan Sri Vincent Tan, Robert Kuok, Ananda Krishnan, mereka semua menjadi jutawan ketika zaman saya, kenapa fokus kepada jutawan Melayu?” soalnya.

“DEB dilaksanakan untuk semua kaum, semua lapisan masyarakat,” katanya ketika sidang media selepas berucap di majlis Bicara Minda bersama bekas perdana menteri itu anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dr Mahathir berkata, individu tersebut yang menjadi jutawan disebabkan mereka berkeupayaan.

“Mereka bukan dipilih, tetapi sesiapa yang menjadi jutawan adalah atas dasar mereka sendiri, mereka mempunyai kapasiti untuk menjadi jutawan,” katanya.

Tengku Razaleigh Hamzah awal hari ini membuat kenyataan bahawa polisi ekonomi terbabit bukan bermaksud untuk melahirkan kumpulan Melayu kapitalis tapi bagi membasmi kemiskinan dan melibatkan masyarakat Melayu dalam aktiviti perniagaan.

“DEB matlamat utamanya adalah untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan keupayaan penglibatan masyarakat Melayu dalam aktiviti ekonomi. Ia di wujudkan untuk semua rakyat Malaysia. Bukan hanya kepada Melayu dan Bumiputera,” kata bekas menteri kewangan ini.

Namun demikian, Dr Mahathir turut menjelaskan melalui DEB, 500,000 masyarakat Melayu diberikan peluang melanjutkan pengajian, dan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), lebih sembilan juta Bumiputera mampu memiliki saham dalam syarikat.

“Ku Li seharusnya tahu perkara ini, beliau menteri kewangan masa itu,” katanya merujuk kepada Tengku Razaleigh.

Sejak beberapa minggu lalu, polisi Dr Mahathir telah menjadi topik bualan hangat selepas pentadbiran Najib memutuskan untuk menyelesaikan kes hutang bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli di luar mahkamah.

Jumlah berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan, menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat dan turut menerima kecaman daripada pembangkang yang menuntut pendedahan kerana mereka mahukan jumlah berapa banyak wang awam yang telah digunakan.

Malah, Dr Mahathir turut mempertahankan pembelian saham syarikat penerbangan negara itu pada kadar RM8 sesaham pada 2001, melebihi dua kali ganda nilai pasaran.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you’re reading it on someone else’s site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Source: The Malaysian Insider

Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,