MCA Gantung Mana-Mana Anggota Yang Cuba Sabotaj Parti

Posted on the March 14th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: MCA akan mengenakan tindakan menggantung mana-mana anggota yang didapati mensabotaj parti ketika parti itu meningkatkan persediaannya untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja sebelum Mac tahun depan.

Setiausaha agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha berkata ini disebabkan MCA masih berdepan ancaman ekoran pertelingkahan dalaman dan sabotaj.

“Dalam usaha menghentikan politik dalaman, lebih-lebih lagi memandangkan pilihan raya umum semakin hampir, mana-mana anggota parti yang didapati mensabotaj parti akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin dan mereka boleh digantung selama enam bulan,” katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Jangan Percaya Dakwaan Pembangkang Kerajaan Pahang Muflis – Adnan Yaakob

Posted on the March 14th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

TEMERLOH: Orang ramai khususnya penduduk Pahang tidak harus terpedaya dengan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri sudah muflis serta tidak mampu lagi membantu rakyat dan melaksanakan projek pembangunan, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata tohmahan kononnya kerajaan negeri terpaksa meminjam dan menanggung bebanan hutang akibat boros berbelanja adalah tidak benar sama sekali.

“Kita mempunyai pelbagai punca kewangan daripada pelbagai sumber termasuk cukai yang dibayar oleh pelabur, peniaga, cukai tanah dan lain-lain.

Bersih : ‘Risiko keselamatan’ sekiranya peti undi tidak dibenar kira awal

Posted on the March 14th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus memberikan jaminan keselamatan terhadap peti undi di hari pengundian sekiranya ingin menghalang pengiraan awal undi, kata Bersih 2.0.

SPR sebelum ini berkata Kecanggihan teknologi Komunikasi seperti Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan media baru telah menyebabkan berlakunya kebocoran awal maklumat keputusan pilihan raya menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil keputusan untuk menghentikan sebarang pengiraan undi lebih awal untuk pilihan raya akan datang.

SPR mendapati perkara itu berlaku ketika pilihan raya di Sarawak April lalu, dan menjelaskan tindakan itu akan memberikan kesan terhadap pusat pengundian kecil di Sabah dan Sarawak yang ditutup awal kerana jumlah pengundi yang sedikit.

Timbalan Pengarah SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengingatkan bahawa pemberitahuan awal terhadap keputusan pilihan raya adalah “salah” di sisi undang-undang dan hanya pihaknya dibenarkan untuk mengumumkan keputusan penuh pilihan raya.

SPR : Proses penambahbaikan pilihan raya akan diputus dalam pertemuan dengan PSC esok

Posted on the March 14th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

SPR : Proses penambahbaikan pilihan raya akan diputus dalam pertemuan dengan PSC esok

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan menyelesaikan segala permasalahan mengenai penambahbaikan pilihan raya dalam pertemuan terakhir dengan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen berkenaan penambahbaikan pilihan raya (PSC) esok setelah sekian lama orang ramai menunjukkan rasa tidak puas mereka terhadap proses pilihan raya negara.

Panel tersebut, yang dibentuk sejurus demonstrasi Bersih 2.0 Julai lalu hanya mempunyai tempoh tiga minggu untuk mengemukakan keputusan mereka sebelum tempoh penggal enam bulan diberikan tamat hujung bulan ini.

“Esok akan menjadi sesi terakhir kami dengan SPR. Ia akan menjadi sesi yang cukup lengkap kerana kami perlu membuat kesimpulan sebelum PSC membentangkan hasilnya kepada Parlimen,” kata Timbalan Pengarah SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Suruhanjaya Diraja sahaja mampu tutup kes NFC, kata Pakatan

Posted on the March 14th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Walaupun Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC) telah didakwa di mahkamah semalam atas kesalahan jenayah pecah amanah, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini tetap berpendapat skandal berkenaan masih lagi menjadi kontroversi.

Pemimpin PR yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, tekanan masih lagi diberikan kepada kerajaan untuk menyiasat dengan lebih terperinci “terhadap semua pihak” yang didakwa terlibat dengan skandal berkenaan yang telah menyalahgunakan dana awam, dan hanya melalui Suruhanjaya Diraja perkara itu mampu dilaksanakan.

Ella berahsia pasal kahwin

Posted on the March 13th, 2012 under Artis by Mami Juram

TEKA-TEKI tarikh perkahwinan dan jejaka bertuah yang berjaya memikat hati ratu rock Ella terus menjadi tanda tanya setelah penyanyi itu dikesan mengikuti kursus kahwin pada 3 dan 4 Mac lalu.

Bagaimanapun, Ella atau Norzila Aminuddin terus mengunci mulut tanpa mahu berbicara langsung soal perkahwinan. Usaha menjejaki penyanyi rock wanita ini gagal dan tatkala dirisik kepada pengarah jenamanya, Badrul Hashim menegaskan, sekalipun Ella menghadiri kursus kahwin sebagai persediaan, tidak bermakna dia bakal berkahwin dalam tempoh terdekat.

Kemunculan Ella menjayakan HotFM Big Jam di Dataran Syahbandar,Kuala Terengganu bagaimemberi sedikit sinar harapan.

Siapa tahu penyanyi berusia 46 tahun itu sedia membuka mulut seterusnya berkongsi saat gembira bakal disatukan dengan jejaka bernama A yang dikatakan seorang juruterbang.

Sam tak paksa peminat mengundi

Posted on the March 13th, 2012 under Artis by Mami Juram

[unable to retrieve full-text content]

BINTANG Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Shaheizy Sam Samad, tidak mahu memaksa peminat mengundi dirinya bagi membolehkan dia merangkul gelaran itu buat kali kedua.

Source: Berita Harian

Hiba & Sayu Menyelubungi Kediaman Dirang

Posted on the March 13th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

JOHOR BAHARU: Hanya esakan dan tangisan kedengaran di rumah kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah atau Dirang sebaik sahaja polis mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini 8 Mac lalu adalah kanak-kanak itu.

Tiada kata yang mampu diucapkan oleh anggota keluarga mahupun jiran untuk menenangkan ibu Dirang, Roselyn Alan, 25 yang terkejut dan menangis tidak berhenti sejak menerima maklumat berhubung perkara itu.

Roselyn juga pengsan seketika selepas menangis lebih sejam sebaik dihubungi oleh pihak polis melalui telefon kira-kira 6.40 petang tadi bagi mengesahkan perkara itu setelah menerima hasil ujian DNA daripada Jabatan Kimia hari ini.

SMART Tidak Boleh Dibuka Kerana Faktor Cuaca

Posted on the March 13th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Lebuhraya SMART tidak boleh dibuka kepada lalu lintas dengan segera selepas banjir kilat melanda Lembah Klang Rabu lepas sebagai langkah berjaga-jaga berikutan faktor cuaca yang tidak menentu, kata Ketua Pegawai Operasi Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd Mohd Fuad Kamal Ariffin.

Beliau berkata sebanyak tiga juta meter padu air dicatat memenuhi kedua-dua ruang terowong SMART semasa kejadian banjir itu, dan pihaknya mengambil masa enam jam untuk mengeringkan terowong tersebut.

Bagaimanapun, Mohd Fuad berkata Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) tidak membenarkan terowong dibuka sejurus proses pengaliran air selesai kerana faktor cuaca yang masih menunjukkan tanda-tanda hujan akan berterusan.

Jakim & SKMM Sentiasa Pantau Aktiviti LGBT Di Laman Media

Posted on the March 13th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa bekerjasama memantau aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di negara ini, khususnya di laman media.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata kerjasama itu dijalinkan menerusi sebuah jawatankuasa yang turut dianggotai jabatan tersebut dan SKMM.

“Kita ada pegawai yang sentiasa memantau laman-laman web yang cuba menyebar dan menyokong LGBT di negara ini. Kita turut menerima laporan daripada orang ramai.

Rundingan kerusi pembangkang di Sabah berdepan jalan buntu

Posted on the March 12th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KOTA KINABALU, 12 Mac — Rundingan kerusi di pihak pembangkang di Sabah berkemungkinan tidak akan tercapai dengan Pakatan Rakyat dan parti-parti tempatan negeri itu menuju ke arah perebutan antara satu sama lain yang mana pilihan raya umum mungkin akan diadakan pada Jun ini.

Dalam temubual berasingan dengan setiap pemimpin menunjukkan kedua-dua belah pihak tidak bersedia beralah dari permintaan mereka walaupun semua pihak menegaskan bahawa “pintu rundingan sentiasa terbuka”.

Untuk parti-parti pembangkang tempatan iaitu Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Reformasi Negeri (STAR), yang masing-masing diketuai pemimpin politik Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Jeffrey Kitingan, kerjasama yang mungkin wujud jika mereka dibenarkan bertanding di 60 kerusi negeri di Sabah.

Shahrizat letak jawatan sebagai menteri 8 April

Posted on the March 12th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April setelah tamat penggal lantikan beliau sebagai senator.

Namun begitu, beliau yang berkhidmat sebagai senator untuk penggal pertama ini tidak akan melepaskan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya, sebaliknya akan terus mengekalkan jawatan tersebut.

“Saya memaklumkan bahawa pada 8 April depan selepas  tamat penggal sebagai ahli dewan negara saya akan berundur sebagai menteri.

Shahrizat akan umum perletakan jawatan hari ini

Posted on the March 12th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan mengumumkan perletakan jawatan beliau untuk semua jawatan hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan membuat pengumuman secara rasmi berkenaan perletakan jawatan itu dalam sidang media petang ini.

Pembantu Ketua Wanita Umno ini yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Shahrizat akan membuat pengumuman tersebut kepada media di Desa Waterpark jam 3 petang ini.

Ribuan Pelancong Serbu Lihat ‘Rumah Terbalik’ Di Sabah

Posted on the March 11th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Oleh MUGUNTAN VANAR

KOTA KINABALU: Satu-satunya ‘rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah.

Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai.

Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini.

Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.

480,000 Guru Bakal Terima Durian Runtuh

Posted on the March 11th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Oleh MOHD FARHAAN SHAH dan MARTIN CARVALHO

KULAIJAYA: Kira-kira 480,000 golongan guru dijangka menerima durian runtuh hasil penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, kementerian masih lagi menunggu laporan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pengumuman itu akan dibuat sebaik saja kementerian menerima maklum balas.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, golongan guru merupakan satu pertiga daripada 1.4 juta penjawat awam di negara ini dan skala gaji baru itu disambut baik oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia ( NUTP).

Kedudukan Shahrizat Akan Diumum Pada Waktu Sesuai – Najib

Posted on the March 11th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

PASIR GUDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada waktu yang sesuai.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno sebelum itu tidak menafikan desas desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu akan meletakkan jawatan.

“Bukan khabar angin, kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini yang turut dihadiri Shahrizat.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman serta Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Penafian sahaja tidak cukup, berikan bukti kukuh, kata Rafizi kepada Najib

Posted on the March 10th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menyambut baik penafian Pejabat Perdana Menteri berhubung dakwaan Putrajaya menanggung perbelanjaan majlis pertunangan anak perempuannya  namun menegaskan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab bersama bukti-bukti yang sewajarnya.

Dalam kenyataan media hari ini, Rafizi menuntut Najib mengemukakan bukti bagi lapan persoalan berhubung dakwaan itu untuk meyakinan penafian.

Justeru Rafizi berkata persoalan untuk beliau memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Najib.

Najib akan muktamadkan semua calon BN, mahu pastikan kemenangan

Posted on the March 10th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan bakal mengadakan pilihan raya pada separuh pertama tahun ini. — Gambar fail.

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Datuk Seri Najib Razak mungkin akan mengadakan pilihan raya pada separuh pertama tahun ini, mengarahkan semua pemimpin Barisan Nasional (BN) muktamadkan senarai calon tetapi beliau akan membuat keputusan akhir calon bagi memastikan kemenangan, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri memberitahu menterinya agar isu Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Pusat Fidlot Nasional (NFC) diselesaikan segera sebelum mengadakan pilihan raya umum.

Ini bermakna Najib mungkin tidak akan memperbaharui jawatan senator Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selepas 8 April dan menamatkan kerjaya menterinya walaupun telah didedahkan NFC yangdiketuai keluarganya menggunakan dana kerajaan untuk tujuan lain.

Jaminan menteri ‘tiada makna’ jika maklumat 1Care dirahsiakan, kata Wan Azizah

Posted on the March 10th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Jaminan menteri ‘tiada makna’ jika maklumat 1Care dirahsiakan, kata Wan Azizah

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah. — Gambar fail.

KUALA LUMPUR, 10 Mac – PKR menegaskan jaminan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa sistem penjagaan kesihatan 1Care belum dimuktamadkan “tiada makna” sekiranya maklumat terkini kajian tidak didedahkan kepada umum.

Menurut Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pihaknya tidak mahu melihat alasan diberikan Liow itu sekadar gimik semata-mata demi menjaga kebimbangan umum.

Bukan liar

Posted on the March 10th, 2012 under Artis by Mami Juram

Pelakon Nada Cinta nafi gambar seksi di internet

MASIH muda untuk memikirkan soal cinta, pelakon sinetron Indonesia, Mikha Tambayong, 18, menepis gosip percintaan yang digembar-gemburkan bersama Randy Pangalila.

Baginya, Randy tidak lebih daripada teman baik, apatah lagi mereka berlakon bersama dalam sinetron popular, Nada Cinta.

Nada Cinta, sinetron yang memperkenalkan Mikha atau nama sebenarnya, Moudy Mikha Maria Tambayong apabila sinetron yang disiarkan di Astro Ria itu mendapat perhatian peminat di Malaysia.

Nada Cinta bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang. “Saya sudah muak dengan gosip bersama Randy.

Sultan Beri ‘Lampu Hijau’ Pelantikan Phahrolrazi & Dr Ismail; MB Rombak Potfolio

Posted on the March 9th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah memberi perkenan untuk pelantikan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh sebagai anggota exco kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut memutuskan untuk membuat rombakan ke atas susunan kabinet kerajaan negerinya.

“Majlis angkat sumpah Pharolrazi dan Dr Ismail akan diadakan tidak lama lagi…hanya tunggu tarikhnya sahaja,” kata Azizan kepada para pemberita selepas bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Jumaat.

Menurut Azizan perubahan pada potfolio anggota exconya adalah bertujuan untuk memberi pendedahan baru kepada mereka.

Proton Jangka Terima Seribu Tempahan Kereta Barunya

Posted on the March 9th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

SHAH ALAM: Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, menjangkakan menerima kira-kira 1,000 tempahan untuk model baharu yang ditunggu-tunggu – P3-21A – pada acara “Power of 1″ selama lima hari minggu depan.

“Tempahan untuk kereta global yang akan dilancarkan itu akan bermula 14 Mac di seluruh negara, dan pengunjung dapat menyaksikan pemasangan komponen kereta itu,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, kepada pemberita di sini, Jumaat.

Mengenai laporan bahawa pelancaran P3-21A tertangguh ekoran isu teknikal, Syed Zainal berkata dakwaan itu tidak benar kerana kelewatan itu disebabkan oleh faktor masa serta kehadiran pemegang kepentingan utama.

“Kami mahu memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, penasihat kami Tun Dr Mahathir Mohamad serta pemegang kepentingan baharu adalah sejajar.

Cuepacs Minta Gred Dua Kumpulan Bawah SPBA Dikekalkan

Posted on the March 9th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Published: Jumaat Mac 9, 2012 MYT 6:30:00 PM
Updated: Jumaat Mac 9, 2012 MYT 8:02:15 PM

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Jumaat meminta supaya gred penjawat awam bagi kumpulan teknikal dan pelaksana dua dalam sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, gred kumpulan yang sudah dinaik taraf itu perlu diserap terus ke dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pemansuhan SBPA.

“Jawatan-jawatan tersebut adalah seperti juruteknik (dari gred J17 ke J27), pembantu renjer hutan, pembantu pertanian, pembantu veterinar (dari G17 ke G27).

PKR: Pemansuhan SBPA bukti kegagalan kerajaan

Posted on the March 9th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Nurul Izzah menyifatkan tindakan memansuhkan SBPA sekarang sebagai “sudah terhantuk baru terngadah”. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 8 Mac — PKR hari ini menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas pemansuhan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), namun mendakwa tindakan itu menunjukkan kegagalan kerajaan mengambil kira pendapat golongan yang terkesan sebelum merangka dan mengumumkan dasar-dasar sedemikian.

PKR turut mendakwa kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) jelas dilihat terus mempamerkan sikap sambil lewa terhadap keperluan membasmi jurang pendapatan yang menekan penjawat awam yang di tangga yang paling rendah, iaitu di antara gred 1 hingga 54.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menjelaskan, setelah didesak beberapa kali, barulah kerajaan mengambil tindakan dengan memansuhkan skim berkenaan yang mendapat kritikan ramai ekoran perbezaan ketara antara kakitangan atasan kerajaan dan penjawat awam bawahan.

Imam baling kasut di mahkamah dipenjara setahun

Posted on the March 9th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Hoslan berkata beliau didakwa kerana percampuran politik dengan agama. — Gambar oleh Choo Choy May

PUTRAJAYA, 8 Mac — Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap seorang imam yang membaling kasutnya ke arah hakim mahkamah sama bulan lalu, kerana telah menghina mahkamah.

Ketiga-tiga hakim yang sama menjelaskan “tindakan menghina mahkamah adalah sangat serius” dan “sekiranya tiada tindakan diambil, akan mencemarkan kuasa mahkamah.”

Mereka sebelumnya membenarkan Hoslan Hussin membuat rayuan bagi meringankan hukuman selepas mendapati beliau bersalah atas kesalahan tersebut.

Kerajaan mansuh SBPA, SSM ditambah baik

Posted on the March 9th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Najib mengumumkan bahawa kenaikan gaji bagi penjawat Gred 1 hingga 54 akan dihadkan kepada 13 peratus. — Gambar fail

PUTRAJAYA, 8 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah dibatalkan berikutan kritikan yang ia hanya memberi kelebihan kepada pegawai atasan kerajaan sedangkan kakitangan bawahan menerima kenaikan yang rendah.

Perdana Menteri turut mengumumkan sistem sedia ada, Sistem Saraan Malaysia (SSM), akan ditambah baik.

Najib turut memberitahu penjawat awam ketika pertemuan bersama mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini bahawa Ketua Setiausaha Negara hanya akan menerima kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus, berbanding sistem SBPA yang menyaksikan pendapatan ketua penjawat awam itu mencecah RM60,000 sebulan.

Kejutan paling bermakna

Posted on the March 8th, 2012 under Artis by Mami Juram

Sokongan peminat dorong finalis ABPBH2011 tingkat hasil kerja

DIPILIH peminat untuk menduduki satu daripada lima kedudukan teratas barisan nama paling popular dalam industri seni dan hiburan tanah air tentu saja penghargaan cukup besar buat seseorang artis. Apatah lagi bukan calang-calang calon yang disenaraikan pada pusingan awal apabila Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 dilancarkan penghujung tahun dulu.

Sempena ulang tahun ke-25 anugerah berprestij itu, penganjur menyaring nama yang dicalonkan sejak awal-awal lagi, bagi memastikan senarai penyanyi, pelakon, personaliti TV dan radio terdiri daripada mereka yang benar-benar dikenali, serta mempunyai impak dalam dunia hiburan.

Lalu, tidak hairanlah apabila Yana Samsudin, Hazama dan Beto Kusyairi berasakan diri mereka bagai terlalu kerdil dalam senarai akhir kali ini, jika dibandingkan beberapa nama yang sudah sekian lama menjadi pilihan dan sebutan peminat dalam anugerah berkenaan. Jika Yana berjaya memboloskan diri dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Hazama dan Beto pula melekat dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular.

Hazama, Sabri Yunus, Tia di UMP

Posted on the March 8th, 2012 under Artis by Mami Juram

Kemunculan artis menghangatkan Malam Puisi Riong Berita Harian 2012

SIRI pertama jelajah Malam Puisi Riong Berita Harian (BH) 2012 dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kampus Gambang UMP, jam 8.30 malam esok, membariskan persembahan artis popular termasuk finalis kategori Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH), Hazama.

Pertama kali membabitkan diri dalam acara berbentuk kebudayaan dan memartabatkan sastera, Hazama, menyifatkan kepercayaan yang diberikan kepadanya sebagai penghargaan besar kerana dirinya masih bertatih dalam dunia seni suara.

“Berpeluang menyanyi di hadapan ramai belia yang sering menjadikan artis sebagai idola, membolehkan saya menyampaikan mesej menerusi lagu bagi membangkit semangat generasi muda yang perlu sedar sumbangan mereka penting dalam memastikan kemajuan bangsa, masyarakat dan negara.

Datuk Shamsubahrin Dakwa Ada Bukti SMS Yang Beliau Tidak Menipu NFCorp

Posted on the March 8th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

PUTRAJAYA: Datuk Shamsubahrin Ismail pada Rabu telah menyerahkan telefon bimbitnya termasuk transkrip teks sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuktikan yang beliau tidak menipu Pengerusi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagaimana yang didakwa.

“Memang saya tidak bersalah. Sebab itulah saya datang ke sini (SPRM) untuk menyerahkan bukti bahawa saya tidak pernah menipu Datuk Salleh,” katanya kepada para pemberita ketika ditemui di luar bangunan Ibu Pejabat SPRM di sini.

Peguam Shamsubahrin, N. Surendran kemudiannya memberitahu pemberita, bukti yang diserahkan kepada SPRM adalah berkaitan dakwaan kononnya anak guam beliau terlibat dalam percubaan untuk merasuah anggota polis.

KDN Tidak Puas Hati Penjelasan Akhbar The Star

Posted on the March 8th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu mengeluarkan satu kenyataan menegaskan bahawa ia tidak berpuas hati dengan penjelasan akhbar The Star berhubung penyiaran gambar seorang artis luar negara dengan tubuhnya bertatu tulisan “Allah” di akhbar itu pada 27 Februari lalu.

Sehubungan itu, KDN menuntut akhbar berbahasa Inggeris itu mengemukakan cadangan tindakan lebih tegas kepada pihak kementerian bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang selain dapat dijadikan pengajaran pada masa hadapan.

“KDN ingin menegaskan supaya The Star dan pihak media seluruhnya mengambil tindakan ‘preventive’, ‘corrective’ dan ‘informative’ bagi mengelak paparan kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” kata KDN dalam kenyataan itu.