HARGOBINANGUN: Apabila Gunung Merapi meletus dengan kuat awal pagi Sabtu, suasana kecoh mula berlaku di kalangan para penduduk yang bertempiaran lari cuba menyelamatkan diri masing-masing.
Letusan kuat pada 1 pagi memaksa anggota tentera dan polis berjaga-jaga berhampiran kawasan berkenaan, bersama-sama ratusan orang awam yang mengakibatkan jalan raya padat dengan kereta dan motosikal.
Tiada mangsa dilaporkan terkorban dalam letusan berkenaan, tetapi seorang terbunuh apabila dilanggar sebuah trak sewaktu kekecohan berlaku.
Sehingga kini, 34 disahkan meninggal dunia akibat letusan gunung berapi berkenaan awal minggu ini.
PAGAI UTARA: Angka korban akibat bencana tsunami yang melanda barat Indonesia meningkat kepada 413 dengan 298 lagi masih hilang sehingga kini.
Pegawai pengurusan bencana Barat Sumatera Suryadi berkata, kebanyakan bantuan telah tiba di kawasan Sikakap di pulau Utara Pagai, namun pekerja kecemasan masih mengalami kesukaran menyampaikan bantuan berkenaan kepada mangsa yang paling memerlukan.
“Banyak bantuan telah tiba ke pulau itu. Malangnya jumlah bot tidak mencukupi untuk mengagihkan bekalan tersebut kepada kawasan terjejas dengan segera,” katanya.
Bencana tsunami tersebut memaksa lebih 13,000 penduduk pulau Mentawai berpindah.
GUA MUSANG: Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim mencadangkan “gencatan senjata” selama 90 minit pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi memberi laluan kepada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dengan Kelantan, malam Sabtu.
Beliau berkata, jentera kempen parti yang bertanding perlu bertenang seketika dan memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding.
“Malam ini perlu ada “gencatan senjata” untuk tengok perlawanan akhir, lepas itu kita sambung kembali berkempen,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan 17 bas yang membawa lebih 700 penyokong bola sepak Kelantan ke Stadium Bukit Jalil di sini, Sabtu.
Sosilawati
KUALA LUMPUR, 30 Okt — Keluarga Datuk Sosilawati Lawiya akan memfailkan tuntutan ganti rugi RM40 juta terhadap peguam N Pathmanabhan dan lima individu lain yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik itu.
Tuntutan akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam Selasa ini.
Menurut peguam Kamarudin Ahmad, firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners telah dilantik anggota keluarga Sosilawati untuk memfailkan tuntutan ganti rugi.
Calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff bersalaman dengan masyarakat Tiong Hua ketika program ramah mesra di Kampung Baru Gua Musang. — Gambar oleh Choo Choy May
GUA MUSANG, 30 Okt — Calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff mempertahankan Tengku Razaleigh Hamzah sambil menyifatkan PAS tertekan sehingga sanggup menyerang Ahli Parlimen Gua Musang itu secara peribadi dengan mendakwa beliau mengkhianati parti itu apabila kembali ke pangkuan Umno selepas membubarkan Semangat 46.
Kelihatan bas pelancongan yang terbabit dalam kemalangan setelah terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah. — Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 30 Okt — Tujuh maut manakala 39 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam semalam.
Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 46 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling, Kedah dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.
Gelagat ‘Gucci’ hiburkan hati Nurul Adira
TELATAH kucing kelabu ini tentu mengundang kagum sesiapa saja yang melihatnya. Bukan saja geram dengan bulu lebat seakan mahu diramas-ramas, karakter kucing campuran baka Parsi dan tempatan ini sendiri membuatkannya cukup unik berbanding spesies kucing lain.
Masakan tidak, kucing dikenali sebagai ‘Gucci’ oleh pemiliknya, Nurul Adira Anuar, 24, akan sentiasa dibawa hampir ke mana saja, tidak kiralah ketika bersiar-siar di hujung minggu, balik kampung atau pun sehingga ke bilik kuliah.
Anehnya, Gucci tidak pula menimbulkan sebarang masalah sepanjang berada di dalam bilik kuliah walaupun sesi pembelajaran mengambil masa kira-kira lapan jam. Sebaliknya, si comel itu akan sentiasa setia menunggu di sisi pemiliknya tanpa sebarang kerenah seolah-olah mengerti tanggung jawab besar ditanggung pemiliknya.
AHLI kumpulan Maroon 5.
Vokalis Maroon 5 bina reputasi sebagai pereka
ANGKA 222 membawa makna tersendiri kepada vokalis Maroon 5, Adam Levine. Alamat studio kecil tempat mereka merakamkan demo pertama hingga menjulang trofi Anugerah Grammy itu kini diabadikan pada rangkaian helaian jenama rekaannya.
Helaian jenama 222 yang diilhamkan Levine itu diperagakan buat kali pertama pada pertunjukan fesyen, Project Trade Show, di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), Ogos lalu.

AC MIZAL nyaris dipenjara selama 25 hari semalam.
KAJANG – Akibat ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan nafkah anak berjumlah RM9,800, pengacara popular AC Mizal dijatuhi hukuman penjara 25 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini semalam.
Bagaimanapun, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, terselamat daripada hukuman tersebut setelah dia berjaya menjelaskan tunggakan nafkah anak itu seperti yang diarahkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah.
Abdul Halim memerintahkan responden iaitu AC Mizal dipenjarakan 25 hari bermula semalam melainkan jika pengacara itu menjelaskan bayaran nafkah sebanyak RM200 sebulan yang tertunggak sejak Januari 2005 hingga 19 Februari tahun lalu.
Sebelum itu, Abdul Halim yang membacakan penghakiman setebal 36 halaman berkata, dia mengambil kira tindakan responden memasukkan wang berjumlah RM8,200 ke dalam akaun bersama AC Mizal dengan anak keduanya pada Disember tahun lalu sebagai untuk mematuhi perintah mahkamah.

HABERI sedih ketika melawat Hizreen di Unit Rawatan Rapi Hospital Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Machang yang bakal menamatkan pengajian Disember ini koma selepas dipercayai dibelasah oleh teman lelakinya pada 22 Oktober lalu.
Mangsa, Hizreen Ieraqueen Haberi, 21, pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Perbankan tidak sedarkan diri sejak hari kejadian akibat luka dalaman yang teruk di bahagian kepala.

MIMI SAKINAH menunjukkan gula daripada habuk kayu ciptaannya di UMP, Jalan Gambang, Kuantan semalam.
KUANTAN – Seorang penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini berjaya mencipta gula alternatif daripada habuk kayu khusus untuk pesakit diabetes.
Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim memberitahu, gula baru itu tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan dan boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubat-ubatan dan kosmetik.
HIDUP kita tidak sunyi daripada musuh dan antara musuh yang sering kita lupa ialah syaitan.
Syaitan adalah musuh yang agak ‘pelik’ kerana mereka tidak pernah berputus asa daripada rancangannya walaupun sedetik, sebaliknya sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya.
Syaitan boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya. Mereka cuba pelbagai cara bagi memerangkap kita.
Misteri konon disorokkan di Gunung Jerai terbongkar.
KUALA TERENGGANU – Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam’ di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.
Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.
Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini.
GUA MUSANG: Di usia 73 tahun, Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Galas, Tengku Razaleigh Hamzah sanggup meredah belantara hampir 12 jam dalam usahanya untuk bertemu dengan lebih dekat pengundi Orang Asli.
Untuk memastikan Barisan Nasional mencapai kemenangan besar, Tengku Razaleigh menaiki kereta pacuan empat roda berkonvoi dengan jentera BN seawal 8.30 pagi melalui jalan tanah merah berdebu selama empat jam menuju ke Pos Balar.
Walaupun menghadapi perjalanan yang sukar dengan beberapa kenderaan konvoi tersangkut dalam selut tanah merah, namun ia tidak mematahkan semangat Tengku Razaleigh untuk mendengar rintihan dan keluhan masyarakat di situ.
GUA MUSANG, 29 Okt — Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyifatkan Zulkifli Noordin sebagai “joker” ekoran dakwaannya bahawa PKR dan DAP mengadakan “kontrak rahsia” bagi memastikan dominasi Cina jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.
Semalam, Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu itu, bekas wakil rakyat PKR, mendakwa PAS juga tidak sedar tentang kewujudan kontrak tersebut.
Ketiga-tiga parti itu menganggotai Pakatan Rakyat (PR) sejak pilihan raya umum 2008.
GUA MUSANG, 29 Okt — Barisan Nasional (BN) menerima maklum balas positif daripada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas termasuk pada kalangan mereka yang membuat undi protes pada pilihan raya umum lepas.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah berkata gambaran positif juga diterima daripada kalangan pengundi muda.
Sambutan positif golongan muda ini mungkin ada kaitan dengan calon BN Abdul Aziz Yusoff yang sebelum ini merupakan Pengerusi Belia 4B Gua Musang atau lebih dikenali sebagai “Aziz Limau” dan terkenal dalam memperjuangkan golongan itu tanpa mengira kaum, katanya.
KUALA LUMPUR, 29 Okt — Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Dewan Pemuda Masjid Malaysia (MAMY) agar melarang Sisters In Islam (SIS) daripada menggunakan nama itu dan pengenalannya dalam aktiviti badan bukan kerajaan tersebut.
Awal tahun ini, pertubuhan bukan kerajaan itu mengemukakan permohonan terhadap SIS Forum (Malaysia) bagi menuntut perisytiharan bahawa nama organisasi itu yang sah di sisi undang-undang bukanlah Sisters In Islam.
Pengarah Eksekutif dewan berkenaan, Mohd Taqiuddin Abdullah memfailkan saman itu selaku pemohon dengan menamakan SIS Forum (Malaysia) selaku responden.
Tanggungjawab Syamsul lebih besar selepas dinobat Pengarah Terbaik
BENARLAH kata orang tua-tua, setiap perkara yang berlaku itu memang ada hikmahnya. Kecil atau besar, ia tetap harus diterima dengan sebaik-baiknya.
Begitu juga dengan si sutradara yang mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) baru-baru ini, Syamsul Yusof. Pada usia 25 tahun, kejayaannya bukan saja membuka mata banyak pihak atas bakat yang wujud dalam diri pemuda ini, malah si empunya diri turut berasakan sesuatu berlaku padanya dengan kemenangan yang diraih.
“Kejayaan ini menguatkan lagi azam dan misi saya untuk berubah menjadi lebih baik, bukan saja sebagai pengarah malah sebagai seorang insan,” kata Syamsul.
Sebelum ini, akuinya, si bapa yang dipanggil Papa sering menegur, sama ada secara berdepan mahupun menerusi artikel yang disiarkan di media massa. Syamsul akur, teguran orang tuanya itu punya kebenaran yang harus ditelan. Lalu, dia memasang azam untuk lebih bertanggungjawab, sebagai seorang anak dan pekerja filem.
DEBARAN sembilan peserta Gadis Melayu musim ketiga bakal berakhir malam ini.
Hadiah bernilai RM160,000 menjadi rebutan sembilan peserta program realiti TV9
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
GUA MUSANG: PAS meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa lebih daripada 80 peratus pengundi Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan memberi sokongan kepada calonnya, Dr Zulkefli Mohamed dalam pilihan raya kecil, 4 November ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, sokongan itu kian ketara apabila masyarakat Cina dilihat semakin menerima pendekatan yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang lebih ‘lembut’ terhadap kelompok berkenaan.
Jelas beliau, sebelum ini masyarakat Cina lebih yakin dengan kaedah yang digunakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz berbanding Abdul Hadi kerana terlalu agresif.
PETALING JAYA: Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) menjangkakan kira-kira 10 peratus daripada 18,000 ahlinya akan pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini.
Setiausaha Agung Perakan, Azman Awang berkata pihak pengurusan persatuan telah pun memaklumkan kepada ahli-ahlinya supaya pulang bagi melaksanakan tanggungjawab mereka pada hari mengundi nanti.
“Kita jangka 1,800 ahli kita akan balik mengundi di Galas. Kita juga sudah memaklumkan kepada mereka melalui pengumuman di laman web dan surat rasmi daripada persatuan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditanya peratusan pengundi luar di Kelantan akan balik mengundi pada pilihan raya kecil Galas pada 4 November ini.
SANDAKAN:Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata beliau tidak mahu melayan cabaran presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee untuk berdebat dengannya mengenai ‘Sabah Untuk Orang Sabah’ dan autonomi.
Musa berkata debat seperti itu tidak ada faedahnya ketika mengulas mengenai cabaran Yong yang mahu berdebat dengannya mengenai isu berkenaan Ahad ini di Dewan Hakka.
Terdahulu ketika berucap sempena program perasmian Menkoperasikan Rakyat (1Komuniti 1Koperasi) di sini, Musa menyifatkan tindakan Yong menimbulkan isu ‘Sabah untuk orang Sabah’ dan autonomi Sabah dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi sebagai syok sendiri.
YOGYAKARTA, 28 Okt — Gunung Merapi meletus buat kali kedua hari ini dalam tempoh tiga hari, dan kali ini menyemburkan awan panas abu volkanik sehingga 3,500 meter ke udara.
Kejadian berlaku pada pukul 4.40 petang waktu tempatan.
“Awan panas muncul kembali, setelah pasca letusan pertama yang berlaku pada Selasa,” kata Ketua Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kegunungapian (BPPTK) Yogyakarta, Subandriyo pada Khamis.
Awan panas itu, katanya masih tergolong sebagai kecil dengan radius luncuran mencapai sekitar 3,500 meter dari puncak Gunung Merapi.
SANDAKAN, 28 Okt – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata beliau tidak mahu melayan cabaran presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee untuk berdebat dengannya mengenai ‘Sabah Untuk Orang Sabah’ dan autonomi.
Musa berkata debat seperti itu tidak ada faedahnya ketika mengulas mengenai cabaran Yong yang mahu berdebat dengannya mengenai isu berkenaan Ahad ini di Dewan Hakka.
Terdahulu ketika berucap sempena program perasmian Menkoperasikan Rakyat (1Komuniti 1Koperasi) di sini, Musa menyifatkan tindakan Yong menimbulkan isu ‘Sabah untuk orang Sabah’ dan autonomi Sabah dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi sebagai syok sendiri.
KUALA LUMPUR, 28 Okt – Zulkifli Noordin mendakwa wujud “kontrak rahsia” antara PKR dan DAP bagi memastikan dominasi Cina jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.
Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu ini, bekas wakil rakyat PKR, mendakwa PAS juga tidak sedar tentang kewujudan kontrak tersebut.
Ketiga-tiga parti itu menganggotai Pakatan Rakyat (PR) sejak pilihan raya umum 2008.
“Kontrak ini menjanjikan bahawa pemimpin-pemimpin Cina dalam DAP akan diberikan autonomi di Pulau Pinang (jika PR memerintah),” kata Zulkifli ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Vanidah sambung pengajian untuk kepuasan, lengkapkan kehidupan peribadi
BENARLAH kata orang menuntut ilmu tidak mengira usia. Apa yang penting adalah kemahuan. Kalau sudah ada kemahuan, usia tua atau muda tidaklah menjadi halangan.
Mungkin itulah yang difikirkan oleh Vanidah Imran. Memang sekali pandang, kehidupannya sudah dianggap sempurna. Dia juga boleh dikatakan sebagai seorang yang berjaya dalam dunia seni.
LIYANA selesa bergandingan dengan Ariz menyanyikan lagu rap.
Kegembiraan berganda kepada Ariz apabila turut digandingkan dengan Liyana Jasmay
DIDORONG minat mendalam terhadap rap, Ariz atau nama sebenarnya Ikhwan Hariz, 25, sanggup mencari Malique walaupun mengetahui betapa sukarnya untuk mendapatkan penyanyi dan komposer itu.

REMUK...kereta dinaiki dua mangsa yang terbabit kemalangan maut, semalam.
MELAKA: “Arwah Fadzly (Mohd Fadzly Mohd Ariff) sepatutnya menemani saya bertemu pelanggan di Tangkak, Johor pagi ini (semalam), namun dia mahu membawa rakan lain untuk berjumpa bakal pelanggan di Jempol, Negeri Sembilan.
“Tidak sangka arwah terbabit kemalangan dan meninggal dunia. Pagi tadi (semalam) kami sama-sama bersarapan di Bukit Serindit,” kata Perunding Pinjaman Persendirian CIMB Bank, Rahizan Abd Rahim, 34, mengenai kemalangan ngeri di Jalan Bukit Bulat Menggong, Alor Gajah, pagi semalam, membabitkan dua rakan sekerjanya.

Hadi tidak menyentuh isu royalty minyak dalam ceramahnya malam tadi. — gambar fail
GUA MUSANG, 28 Okt — Isu royalti minyak masih belum disentuh oleh parti-parti yang bertanding di Galas khususnya PAS, yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dan sebelum ini mendakwa didiskriminasikan oleh kerajaan pusat.
Sebelum ini ramai menjangkakan bahawa parti Islam itu akan membawa isu berkenaan walaupun pertikaian berkaitannya telah pun difailkan di mahkamah akhir Ogos lalu.
Ketika menyampaikan ceramah di Kampung Baru di sini malam tadi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang langsung tidak menyentuh hal berkaitan royalti minyak, sebaliknya lebih kepada isu nasional yang lain.

Ku Li menafikan bahawa projek perumahan yang dilancarkan oleh TPM di Gua Musang pada Ahad lalu merupakan projek “mi segera”. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 28 Okt — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kempennya masuk hari ketiga hari ini, mempunyai makna yang lebih besar kepada Umno berbanding PAS dalam menentukan arah aliran sokongan orang Melayu, kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Oleh itu tegas beliau, Umno perlu mencapai kemenangan di Galas untuk membuktikan bahawa ia masih mendapat sokongan orang Melayu, yang dilihat terhakis banyak pada Mac 2008.