Tak pernah kahwin

Posted on the March 21st, 2012 under Artis by Mami Juram

Deanna Yusof tiada impian untuk berumah tangga

AKTRES Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) 1992, Deanna Yusoff menegaskan tidak pernah berkahwin dan enggan mahu memikirkan soal jodoh mahupun anak buat ketika ini kerana ada hala tuju sendiri.

“Saya tidak pernah berkahwin dan ia adalah pilihan dalam hidup saya. Saya akui sukakan kanak-kanak tetapi setakat itu saja rasa itu dan tidak terfikir untuk mempunyai anak sendiri. Jika terlintas memiliki anak, mungkin saya akan mengambil anak angkat.

Bukan takut kegagalan tetapi tanggungjawab dalam perkahwinan sangat berat dan saya tidak terfikir mampu melakukannya. – Deanna Yusof

Dengarnya… Lagu merapu bodohkan sendiri?

Posted on the March 21st, 2012 under Artis by Mami Juram

SALIH (kiri) bersama Kak Engku dan Krill di konti Sinar FM.

SALIH (kiri) bersama Kak Engku dan Krill di konti Sinar FM.

CIK Normah memang suka juga mendengar radio, tetapi bukanlah peminat setia kepada mana-mana stesen radio. Maknanya Cik Normah akan dengar radio kalau kebetulan waktu itu ada lagu yang sedap didengar sedar ke udara atau tertarik dengan celoteh penyampainya.

Maklumlah, pada waktu tertentu penyampai radio ini kadang-kadang macam orang berleter. Ada pula yang mengomel entah apa-apa, kemudian ketawa sesama sendiri dengan rakan setugasnya dalam konti. Macamlah topik yang dibawakan lucu sangat.

Libatkan Parti Politik Semak Daftar Pemilih SPR – Ongkili

Posted on the March 20th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menambahbaik sistem pilihan raya sedang mengkaji mekanisme baru untuk membolehkan parti politik terlibat melakukan semakan terhadap daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, semakan menerusi mekanisme sistem terbuka itu beupaya membersihkan beberapa keraguan dalam daftar pemilih SPR seperti yang dibangkitkan beberapa pihak.

“Saya tidak boleh dedahkan secara terpeinci, tapi kami sedang mengkajimekanisme yang dicadangkan bagi melakukan semakan berterusan.

Sabah & Sarawak Mahu PRU13 Selepas Pesta Kaamatan & Gawai

Posted on the March 20th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin masyarakat dan ahli politik di Sabah dan Sarawak lebih suka jika pilihan raya umum ke-13 diadakan selepas sambutan perayaan Kaamatan dan Gawai yang masing-masingnnya jatuh pada 30-31 Mei dan 1 Jun.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang berasal dari Sarawak, berkata adalah tidak bijak jika PRU diadakan semasa perayaan itu.

“Jika Sarawak dianggap simpanan tetap Barisan Nasional, janganlah adakan pilihan raya ketika itu kerana ramai yang mungkin tidak dapat mengundi. “Tarikh 3 Jun sebagai hari mengundi, seperti yang diramalkan, memang amat tidak sesuai bagi Sabah dan Sarawak,” kata Wan Junaidi apabila dihubungi Bernama.

Isu MAS: Siasatan MYCC Tidak Dipengaruhi Mana-Mana Pihak

Posted on the March 20th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ke atas perjanjian pertukaran saham antara Malaysian Airline dan AirAsia Bhd tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata siasatan serta sebarang keputusan oleh MyCC tidak akan dipengaruhi kerana MyCC merupakan sebuah badan bebas. “MyCC dipengerusikan oleh Tan Sri Siti Norma Yaakob, seorang bekas hakim yang berintegriti tinggi, dan saya yakin kemampuan MyCC untuk tentukan keputusan dalam kes ini,” katanya.

Tan Sri Siti Norma Yaakob, Bekas Hakim Besar Malaya dilantik sebagai Pengerusi MyCC pada 1 April, 2011 untuk mengetuai MyCC sebagai badan pemantau yang diyakini dapat membantu mengurangkan monopoli dan pakatan mengawal harga sesuatu barangan dalam industri serta tidak memberi kesan buruk kepada aktiviti perdagangan tempatan.

Ismail berkata siasatan oleh MyCC itu dibuat demi kepentingan orang ramai. “Siasatan serta keputusan adalah untuk menjaga kepentingan orang ramai serta pengguna. Katakan, melalui penggabungan itu pengguna tidak mempunyai pilihan lain, syarikat penerbangan menaikkan harga, perkhidmatan tidak bagus dan sebagainya, ini merugikan pengguna. Jadi, kementerian melihat isu ini dari aspek kepenggunaan,” katanya.

PM terus berahsia bila pilihan raya umum ke-13

Posted on the March 20th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak semalam terus berahsia mengenai bila pilihan raya umum ke-13 akan diadakan. Perdana Menteri meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.

Najib (gambar) berkata melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

“Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu,” katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini. “Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu,” katanya dipetik Bernama Online.

Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.

KDN haram tiga buku canggah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Posted on the March 20th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan perintah larangan terhadap tiga buah buku yang diterbitkan di Indonesia kerana memuatkan bahan-bahan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan umat Islam di negara ini.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Aziz Mohamed Nor berkata buku yang diharamkan ialah “Pengantar Ilmu-ilmu Islam”, “Dialog Sunnah Syi’ah” dan “Tafsir Sufi Al-Fatihah Mukadimah”, dipetik Bernama Online.

Buku “Pengantar Ilmu-ilmu Islam” ditulis oleh Murtadha Muthahhari dan diterbitkan Pustaka Zahra dari Jakarta manakala “Dialog Sunnah Syi’ah” ditulis oleh A.Syarafuddin Al-Musawi dan diterbitkan Penerbit Mizan PT Mizan Pustaka dari Bandung.

Khalid berbincang dengan syarikat Perancis, UK tentang pengurusan air

Posted on the March 20th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

PETALING JAYA, 19 Mac — Menteri Besar Selangor mengadakan perjumpaan dengan dua operator air antarabangsa dalam persiapan untuk mengambilalih industri perkhidmatan air daripada syarikat konsesi.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata bahawa syarikat Suez Environment yang berpangkalan di Perancis dan Wessex Water dari Britain bersedia untuk berkongsi kepakaran pengurusan air bersama Selangor agar modelnya bukan sahaja efisyen tetapi mampu berdaya saing.

“Pertikaian rundingan untuk Kerajaan Negeri mengambilalih industri perkhidmatan air daripada syarikat konsesi… tidak sepatutnya menghalang Kerajaan Negeri daripada membuat persediaan.”

“Kami amat gembira apabila pakar-pakar ini sanggup berkongsi pengetahuan teknologi mereka,” beliau berkata dalam kenyataan daripada sekretariat akhbarnya.

Najib Yakin BN Rampas Negeri-Negeri Di Bawah Pembangkang Pada PRU13

Posted on the March 19th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau yakin dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Perdana Menteri berkata ini berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.

Najib, yang juga Pengerusi UMNO Selangor, turut menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor sendiri akan kembali ke pangkuan BN, selepas pembangkang gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.

Projek Penyeragaman Harga Liputi 90 Peratus Kawasan Pedalaman, Luar Bandar

Posted on the March 19th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KOTA KINABALU: Projek Penyeragaman Harga (PPH) yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sejak 2009, kini meliputi 90 peratus kawasan pedalaman dan luar bandar di seluruh negara.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Sarawak merupakan negeri paling banyak mempunyai kawasan PPH iaitu 485, diikuti Sabah (460) dan Semenanjung (77).

“Kebanyakan program diadakan di Sabah dan Sarawak kerana tujuan program ini adalah bagi mempastikan kawasan di pedalaman yang jauh dari bandar mendapat harga yang sama dengan di bandar besar berhampiran.

“Cuma ada sedikit kawasan yang tidak dapat, terutama di Sarawak di mana kawasan itu tidak boleh dihubungi langsung kerana tidak ada jalan, malah hanya boleh dihubungi menggunakan helikopter,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Program Penyerahan Harga Barang Bersubsidi (Petrol dan Diesel) di Bongawan, Kimanis pada Ahad.

PKR Mahu Tiga Kerusi Parlimen & 11 DUN, PAS Terengganu Serah Pada Pusat

Posted on the March 19th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu menganggap permintaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu untuk bertanding di tiga kerusi parlimen dan 11 kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sekadar hasrat parti itu.

Ini kerana kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut, keputusan akhir terletak pada pucuk pimpinan pusat pakatan pembangkang.

“Itu hasrat dia…dia nak bertanding. Kita juga ada hasrat sendiri, tapi kita tak naklah beritahu, ” katanya kepada pemberita, di sini Ahad.

Ugut: Curious Men — Bahagian 2

Posted on the March 18th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

18 MAC — Mujur Zahid tidak tersilap memberikan apa-apa maklumat yang bercanggah dengan apa yang sudah dinyatakan pada profil dan kepada Wan sendiri melalui siri mesej yang dikirim.

Nampaknya saya kena lebih berhati-hati. Jangan sampai Wan jadi lebih bijak daripada saya. Demikian fikir pemuda berkenaan sambil mengerling ke arah jam tangan.

“Never too busy for you, darling. Tapi I terpaksa log off sekarang. Nak pergi masak lunch. Maklumlah I seorang diri di rumah sekarang. You pun tak sudi temankan I. Nanti I akan inform bila boleh ambil bilik hotel.”

Seperti dijanjikan, sebaik selesai mengirim mesej itu, Zahid mendaftar keluar. Kemudian menuju ke arah cermin pada dinding dan meneliti kamera tersembunyi yang sudah dipasangnya lebih awal di celah bunga-bunga plastic di dalam pasu besar.

Najib hairan dengan peraturan baru pembantu rumah Indonesia

Posted on the March 18th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

IPOH, 18 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak musykil dengan tindakan kerajaan Indonesia menetapkan peraturan baru penghantaran pembantu rumah.

Dipetik Bernama Online, Najib telah berkata peraturan baru yang diumumkan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Reyna Usman itu sebagai tidak munasabah dan berharap pihak Indonesia akan kembali kepada persefahaman yang telah dicapai antara beliau dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.

Tambah Najib (gambar), beliau hairan mengapa isu pembantu rumah Indonesia dibangkitkan setelah perjanjian berkenaan ditandatangani.

Subramaniam: Malaysia tidak pernah setuju dengan satu amah, satu kerja

Posted on the March 18th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

IPOH 17 Mac — Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam menafikan yang Malaysia setuju dengan Indonesia yang amah dari negara jiran tersebut, yang akan mula dihantar ke negara ini bulan depan, hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dan untuk gaji minimum RM700, menurut Utusan Malaysia.

Beliau menegaskan, kenyataan seorang pegawai buruh Indonesia yang Malaysia sedia menerima prinsip baru satu amah, satu kerja, tidak berasas.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed kini berada di Jakarta untuk membincangkan perkembangan baru ini.

Tolak bedah plastik

Posted on the March 18th, 2012 under Artis by Mami Juram

Anugerah diberi asli, terbaik

RAUT wajah hampir sempurna yang dimiliki gadis yang cukup dikenali menerusi sinetron, Kemilau Cinta Kamila, Wulan dan Melody ini pernah membuatnya menjadi buruan media di Indonesia untuk mendapatkan kepastian.

Serius berpolitik

Posted on the March 18th, 2012 under Artis by Mami Juram

Irwansyah

Irwansyah

Irwansyah tidak tolak kemungkinan bertanding pada pemilihan wakil daerah

AKTOR Irwansyah serius menerjuni dunia politik, malah tidak menolak kemungkinan akan bertanding dalam pemilihan wakil daerah di Tangerang, November depan.

Rombak Sistem Pendidikan Tepati Kehendak KPT – Khaled Nordin

Posted on the March 17th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

PASIR GUDANG: Cadangan Kementerian Pelajaran untuk merombak sistem pendidikan negara melalui pelaksanaan Pelan PembangunanPendidikan dan Perancangan Strategik adalah tepat pada masanya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkahberani yang diambil Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan SriMuhyiddin Yassin itu amat menepati kehendak kementeriannya.

“Saya mengalu-alukan usaha Kementerian Pelajaran membuat kajian dalam sektor pendidikan mereka dan perancangan stregik mereka kerana ia akan menepati keperluan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Hari ini pihak industri selalu bantai Kementerian Pengajian Tinggi sebab tidak membekalkan pekerja graduan yang menepati piawaian mereka, sehubungan itu saya amat mengalu-alukan perubahan dilakukan kerana ia memang tepat pada masanya,” katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

Bil Pembetungan Indah Water Kini RM750 Juta

Posted on the March 17th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

TAIPING: Pengguna masih lagi belum menjelaskan bil pembetungan tertunggak kepada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) yang kini mencecah RM750 juta, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon. Beliau berkata, pengguna perlu membayar tunggakan tersebut yang terkumpul sejak dari 1997 bagi membolehkan IWK memberi perkhidmatan yang lebih baik.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program Karnival Kamunting:Mengindahkan Hidup Anda dengan Pengosongan Tangki Septik di sini pada Sabtu, Noriah berkata, daripada jumlah itu, RM450 juta merupakan tunggakan daripada pengguna domestik dan selebihnya pengguna komersil.

“Walaupun caj perkhidmatan yang IWK kenakan ke atas pengguna amat minimum iaitu 27 sen sehari atau RM8 sebulan, masih ramai yang gagal menjelaskan bil tertunggak berkenaan, katanya.

Pemandu Bas, Lori Mungkin Perlu Jalani ‘Ujian Tidur’

Posted on the March 17th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

   

Sabtu Mac 17, 2012

Pemandu Bas, Lori Mungkin Perlu Jalani ‘Ujian Tidur’

Oleh LOH FOON FONG

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang mengkaji kemungkinan pemandu kenderaan perdagangan seperti lori dan pemandu bas menjalani ‘ujian tidur’.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ujian itu akan membantu untuk melihat sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah penyakit tidur yang boleh menimbulkan bahaya kepada diri mereka, para penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

“Kita akan membincangkan perkara ini dengan Kementerian Pengangkutan dan menilai keperluan untuk itu,” katanya pada sidang media selepas majlis pembukaan Hari Tidur Sedunia 2012 di sini Sabtu.

Najib melawat Selangor lagi minggu ini

Posted on the March 17th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

SHAH ALAM, 16 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja sehari ke Selangor Ahad ini di bawah program “Nurani Rakyat” di Petaling Jaya, Shah Alam dan Puchong, mengikut kenyataan dari Barisan Nasional (BN) Selangor.

Najib, yang juga presiden Umno, baru melawat Shah Alam pada permulaan minggu ini.

Kordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata lawatan kerja Najib (gambar) bagi mendengar denyut nadi rakyat akan bermula di Petaling Jaya, pada sebelah pagi.

Tak takut kalah

Posted on the March 16th, 2012 under Artis by Mami Juram

Najwa LatifNajwa Latif

Cemerlang sekelip mata dalam muzik bagaikan keajaiban kepada Najwa Latif

USIANYA 17 tahun, sekali gus menempatkan diri antara bakat termuda pernah tersenarai di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011. Pertama kali tersenarai dalam ABPBH, Imratul Najwa Abdul Latif atau Najwa Latif ini terus mencipta rekod peribadi apabila dicalonkan dalam dua kategori sekali gus.

Gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini, tidak menyangka tahun pertamanya bergelar penyanyidipenuhi dengan pelbagai pencapaian manis.

Hafiz, Hazama di Sungai Petani

Posted on the March 16th, 2012 under Artis by Mami Juram

Jelajah ABPBH2011 turut adakan aktiviti meraikan anak yatim

PENYANYI lagu Awan Nano, Hafiz dan Hazama yang semakin popular dengan lagu Cinta Teragung ialah antara calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang bakal muncul pada siri jelajah promosi di kompleks beli-belah Village Mall, Sungai Petani, Kedah, esok, jam 2.30 petang.

Turut hadir ialah Bintang Paling Popular ABPBH2010, Shaheizy Sam, Fasha Sanda, Adi Putra, Shila Amzah, Izara Aishah, Johan As’ari, Fizz Fairuz, Black, Tasha Shilla, Along Cham, kumpulan One Nation Emcees, Forteen dan penyanyi yang kini popular dengan lagu Cinta Muka Buku serta Carta Hati, Najwa Latiff.

Menghangatkan lagi suasana di Village Mall ialah kemunculan tiga penyampai sensasi radio Hot FM, Faizal Ismail, Fara Fauzana dan AG.

Musa Hitam Dianugerah Pingat Peringatan Jubli Kazakhstan

Posted on the March 16th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Musa Hitam dianugerahkan Pingat Peringatan Jubli Kazakhstan.

Anugerah itu disampaikan Duta Besar Kazakhstan ke Malaysia Beibut B. Atamkulov sempena ulang tahun ke-20 Kemerdekaan Republik Kazakhstan di atas perkembangan hubungan Malaysia dan Kazakhstan, demikian menurut WIEF dalam satu kenyataan pada Khamis.

Anugerah itu diwujudkan bagi menggalakkan warga Kazakhstan, rakan dan penyokongnya menyumbang dengan ketara kepada perkembangan serta pengukuhan kedaulatan negara itu.

Tun Musa menerima anugerah itu di atas khidmatnya ke arah peningkatan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat seluruh dunia serta merit khas dalam mengekalkan keamanan, keadilan dan pembangunan mapan. - BERNAMA

P3-21A Kereta Global Dalam Banyak Aspek – Proton

Posted on the March 16th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR: Model baharu Proton Holdings Bhd, dengan nama kod P3-21A, merupakan kereta global dalam banyak aspek, kata Pengarah Operasi Kanannya Dr Wolfgang Karl Epple.

Epple berkata ini kerana pakar-pakar dari seluruh dunia terlibat dalam proses membangunkan dan mereka bentuk kereta berkenaan.

“Kami mempunyai proses penanda aras antarabangsa seperti simulasi. Pasukan yang membangunkan kereta itu juga antarabangsa. Kami mempunyai pakar dari Itali, Perancis, Jerman, Korea, (terlibat) dalam pembangunan kereta itu,” katanya kepada pemberita pada acara Proton, “Power of 1″ di Stadium Bukit Jalil, di sini Khamis.

Komponen untuk P3-21A juga datang dari pelbagai pelosok dunia termasuk Australia, Eropah, Korea dan Jepun, katanya.

PBSNT Terima Tajaan Dari Syarikat Telekomunikasi Happy

Posted on the March 16th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA TERENGGANU: Prestasi dan kedudukan yang dibina pasukan Terengganu musim ini terus mendapat perhatian syarikat luar apabila sebuah syarikat telekomunikasi beroperasi di Pantai Timur, ‘Happy’ tampil memberi tajaan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata kehadiran Happy sebagai penaja baru skuad Penyu menerusi kontrak sehingga hujung tahun ini merupakan bukti sokongan yang diberikan oleh syarikat luar dalam usaha memajukan perkembangan bola sepak di negeri ini.

“Penaja utama kepada Terengganu pastinya kerajaan negeri. Malah dengan adanya rakan-rakan penaja yang lain termasuk Happy, ia secara tidak langsung telah menaikkan semangat para pemain untuk lebih berjaya,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita ketika majlis menandatangani perjanjian penajaan antara PBSNT dan Happy di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini hari ini.Bagaimanapun Che Mat tidak mendedahkan nilai tajaan itu.

Kesatuan pekerja MAS bertindak membawa isu MAS-AA ke Parlimen

Posted on the March 15th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Kesatuan dan pertubuhan yang mewakili pekerja Penerbangan Malaysia (MAS) bercadang membawa usul melupuskan perjanjian usahasama antara MAS dengan Air Asia ke Parlimen ekoran perjumpaan dengan Perdana Menteri bulan lepas.

Tindakan tersebut akan mengetengahkan kepentingan politik yang tertera dalam perjanjian antara bekas pesaing, AirAsia dan MAS, di mana kesatuan mendakwa majoriti ahli kesatuan kini beralih kesetiaan kepada pihak pembangkang kerana ketidakpuas hatian terhadap perjanjian usahasama yang dimeterai.

Setiausaha Umum Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU) Abdul Malek Ariff telah memberitahu The Malaysian Insider mereka akan menghantar memorandum sama yang telah diserahkan kepada Datuk Seri Najib Razak menentang pakatan MAS-AA kepada ahli Parlimen Barisan Nasional dan  Pakatan Rakyat (PR).

Pakatan beri amaran berlaku undi rosak jika pengiraan awal dihentikan

Posted on the March 15th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Cubaan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menghentikan pengiraan awal kertas undi dalam pilihan raya akan datang berkemungkinan menyebabkan berlakunya undi rosak, demikian menurut pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan tindakan “tergesa-gesa” suruhanjaya berkenaan dengan menegaskan perkara itu tidak seharusnya dilaksanakan tanpa berbincang dengan parti politik dan pemerhati pilihan raya Bersih 2.0.

“SPR sedang merancang untuk berlakunya kerosakan besar terhadap pengundian di dalam negara. Sistem sedia ada sudah berkesan, mengapa perlu mengubahnya?” kata Ahli Parlimen DAP Charles Santiago kepada The Malaysian Insider.

Kerajaan mengugut untuk menyenaraikan Felda dengan atau tanpa peneroka

Posted on the March 15th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

Ahmad Maslan. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Putrajaya akan meneruskan hasrat untuk menyenaraikan FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGVH), dengan atau tanpa 51 peratus saham daripada FELDA Holdings yang dimiliki oleh peneroka Felda.

Sekumpulan lapan peneroka bulan lalu telah memenangi arahan mahkamah sementara bagi menghalang pemindahan saham mereka daripada Koperasi Permodalan Felda (KPF) kepada FGVH, langkah penting terhadap penyenaraian firma perladangan tersebut.

Namun begitu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen hari ini berkata kerajaan tidak akan menangguhkan penyenaraian tersebut sehingga Jun kerana mahu mengambil kesempatan daripada harga minyak sawit mentah (CPO) yang tinggi.

Juara BIBH protege Ogy

Posted on the March 15th, 2012 under Artis by Mami Juram

JUARA Bintang Idola Berita Harian (BIBH) musim pertama, Noor Nazatul Farahin, 23, antara enam protege yang akan bertarung merebut ganjaran berjumlah RM100,000 dalam program realiti Mentor terbaru, bermula 18 Mac ini.

Penari kebudayaan itu dipilih sebagai protege Fauziah Ahmad Daud (Ogy) selepas melalui empat tapisan uji bakat.

Selain Noor Nazatul Farahin atau Zatul, Mentor musim enam ini turut membariskan bekas peserta Showdown, Abdul Kadir Unding Lana atau KJ, 23, selaku protege Adam; penggiat teater, Anas Ridzuan, 23 (Faizal Tahir); Puteri Caroline Mohd Kamel, 20 (Ella); Ana Syuhada Noor Asram, 21 (Ramlah Ram); dan Salwani Sawi, 18 (Ferhad).

Fauziah berkata, bukan hanya bakat, semangat serta kesungguhan, faktor komunikasi dan pandai membawa diri turut mendorongnya memilih gadis dari Kedah itu sebagai anak didik.

Kesemua 242,294 Pengundi Pos Secara Automatik Jadi ‘Pengundi Awal’ PRU-13

Posted on the March 14th, 2012 under Berita Tempatan by Pinvader

KOTA KINABALU: Kesemua 242,294 pengundi pos akan secara automatik menjadi ‘pengundi awal’ pada pilihan raya umum akan datang, sekaligus memantapkan lagi ketelusan proses pilihan raya di negara ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daripada jumlah itu, 147,681 orang adalah anggota tentera manakala 94,613 anggota polis.

Katanya ini berikutan pelaksanaan peraturan baru yang diperkenalkan buat pertama kali pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

“Pengundian secara pos ini menimbulkan kontroversi seolah-olah undi pos tidak telus dan perkara ini telah dibawa dalam perbincangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan setelah dipersetujui supaya pengundian awal diperkenalkan, SPR sendiri bersetuju mengendalikan pilihan raya awal ini.