Penyelarasan Kalendar Akademik IPTA Dibuat Secara Berperingkat: Khaled

Posted on the January 4th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader

PUTRAJAYA: Penyelarasan kalendar akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014.

Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada bulan September berbanding Jun sebelum ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara rasional anjakan kalendar akademik ini adalah bagi memenuhi konsep perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa.

Katanya, dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia, pelajar IPTA perlu didedahkan dalam senario pengajian tinggi antarabangsa melalui pendedahan budaya serta amalan luar.

“Sebagai contoh pendedahan melalui Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik untuk mendedahkan pelajar-pelajar kita kepada amalan luar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Namun peluang ini tidak dapat dimanfaatkan oleh pelajar tempatan disebabkan ketidaksamaan jadual dengan universiti di kedua-dua negara itu yang memulakan kalendar sesi akademik pada bulan September setiap tahun, menyamai amalan negara-negara maju.”

Beliau berkata, penyelarasan ini juga membolehkan pelajar-pelajar IPT ternama dunia datang ke negara ini untuk mempelajari dan mendapat pemindahan kredit minimum satu semester selain daripada pertukaran pelajar biasa.

Justeru katanya, penyelarasan kalendar dengan universiti ternama dunia boleh menguntungkan Malaysia untuk membolehkan pelajar antarabangsa berkongsi cara pembelajaran sekurang-kurangnya satu semester bersama pelajar tempatan.

Di bawah kalendar baru, katanya pihak kementerian telah menetapkan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi sesi akademik 2011/2012 pada 25 Julai, namun sedikit perubahan dilakukan di mana sesi pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada minggu pertama September 2011.

“Ia berikutan tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Ogos,” kata Menteri itu.

Bagi pelajar lama katanya, pihak kementerian memberikan fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan sama ada pelajar-pelajar tersebut wajib mengikuti kalendar asal ataupun kalendar baru iaitu pada 1 Ogos, 2011.

Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos, 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 September 2013 dan pelajar lama pada 9 September.

Mohamed Khaled berkata, penyelarasan kalendar akademik ini juga akan meluaskan akses kepada pelajar lepasan diploma politeknik di mana mereka boleh meneruskan pengajian ke IPTA dengan mengguna pakai keputusan akhir atau tamat pengajian mereka.

Penyelarasan ini sekaligus memudahkan proses pemilihan di mana mereka juga boleh memasuki IPTA lebih awal dan tidak perlu menunggu sesi 2012 dan kehilangan masa selama setahun untuk memulakan pengajian, katanya.

Penyelarasan kalendar akademik ini terletak di bawa Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara atau “Fasa Pengukuhan”, yang bermula pada 1 Januari lalu dan akan berakhir pada 31 Disember 2015, kata Menteri itu. – BERNAMA

Source: mStar

Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Trulyfida

    persoalannya ialah bagaimana pula dengan para pelajar yang balik bercuti di kampung halaman tetapi terpaksa membayar harga sewa untuk rumah sewa mereka? sedangkan sepanjang tempoh tersebut mereka tidak mendiami rumah sewa tersebut. ini bukankah akan menimbulkan masalah dari segi kewangan kepada para pelajar dan secara tidak langsung juga kepada keluarga mereka?

    • bee

      betul tu.sewa rumah tetap kene bayar walaupun tak duduk. duit sewa kene tambah lagi disebab kan dh di bagi cuti 4 bulan. sepatutnye kementerian kene la fikir dulu pelajar2 tempatan sebelum fikir pasal pelajar luar. kami bukan anak org senang.

    • Mezudin

      sama je, kalau cuti tiga bulan kene bayar sewa, kalau 5 bulan kene bayar sewa gak… sendiri mau ingat la bila kene dudok luar…

  • lin

    mmg patutlah pelarasan ini dilakukan..tapi terlalu kelam kabut..banyak persoalan yang timbul dan masalah..setuju dengan trulyfida..bayaran rumah sewa akan dikenakan walaupun rumah tidak didiami.ini akan menyebabkan kerugian terhadap pelajar sendiri.

  • Mhab_mulan

    adakah unikl pun termasuk dalam pertukaran ini?

  • Rock101

    lagi satu, kat dlm artikel tu pelajar lama bole ikot kalender yg asal, apa mau bising…. Baca la sampai abis dulu… tak pon tunggu je pekeliling dari kementerian pelajaran tinggi…. Kalau agak2 tak betol, baru rebel… heee

  • Zul

    so persolannye,bilakah tarikh yg btul pngmbilan peljar ke IPTA???need feedback….

  • tt

    x phm la…so ble budak lpasan spm 2011 akn dftar msuk u or asasi?tlg…………

    • Hafiezad_leaf

      bln 5 la kwn….

  • Markselow

    bagi lpasan diploma..bilakah akan memulakan pengajian bagi kemasukan pengajian ijazah..serta borang permohonan.. seboleh2nya..diharapkan pihak berkenaan memaparkan dalam berita television bagi memudahkan semua masyarakat.. TQ

  • Pacificpearl

    “Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos, 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos …”

    Pegawai-pegawai yang buat usul ni tak buat research ke? 13 Ogos 2012 kan cuma seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, manakala 20 Ogos 2012 pula dijangka Hari Raya Kedua Aidilfitri. Kesian la kat students dan staff, tak beraya la diorang nak kena pergi mendaftar dan menguruskan pendaftaran, itu belum campur sesi suaikenal dan orientasi lagi…tak sensitif langsung. Kasihan kat Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dikelilingi staff yang buat usul tanpa periksa, nanti dia juga nak kena buat pengumuman pembetulan dek kesilapan orang bawahan…