Posts Tagged ‘Banjir Kilat’
KOTA MARUDU: Banjir kilat yang berlaku semalam menjejaskan 14 kampung di Kota Marudu tetapi keadaan kembali pulih sekitar 6 petang Sabtu.
Banjir yang berlaku itu mengejutkan penduduk memandangkan hujan yang turun sekitar 7 petang tidak lebat. Bagaimanapun air melimpah keluar daripada Sungai Bandau dan Sungai Tuaran menyebabkan banjir terutama di pusat komersil Goshen.
Anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Jabatan Meteorologi melaporkan berdasarkan imej radar hujan turun antara 5mm dan 15mm di Kudat dan di kawasan pantai barat semalam.
Pada 3 petang semalam awan terbentuk di bahagian tengah Sabah dan bergerak ke arah barat. Menjelang 7.30 malam kebanyakan awan hujan bergerak ke arah Laut China Selatan.
| |
|
|
Published: Jumaat Januari 25, 2013 MYT 7:15:00 PM Updated: Jumaat Januari 25, 2013 MYT 7:19:03 PM
Banjir Kilat Di NPE
Keadaan banjir kilat di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) bersebelahan Kampung Pantai Dalam. -fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Hujan lebat pada petang Jumaat mengakibatkan banjir kilat di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) bersebelahan Kampung Pantai Dalam menghala ke Kuala Lumpur.
Keadaan banjir di Kampung Pantai Dalam bersebelahan Lebuhraya Pantai Baharu (NPE).
|
KUALA LUMPUR: Kesesakan lalu lintas berlaku di beberapa jalan utama di sekitar bandar raya berikutan banjir kilat setelah hujan lebat petang Jumaat.
Hujan lebat selama sejam bermula kira-kira 4 petang menyebabkan kesesakan lalu lintas di susur Jalan Kuching menuju ke Jalan Duta, dan Jalan Segambut ke Jalan Duta berikutan banjir kilat, kata jurucakap polis Trafik Kuala Lumpur pada Jumaat.
Jurucakap bilik gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur pula berkata, banjir kilat mula surut selepas 5.30 petang, dan setakat ini, tiada laporan berhubung kejadian pokok tumbang.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, beberapa laluan sesak akibat hujan lebat, termasuk dari Sungai Besi menuju Kampung Malaysia, dan dari Kuchai Lama ke Persimpangan Kuchai.
PETALING JAYA: Hujan lebat sepanjang malam menyebabkan beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.
Ia turut menyebabkan kesesakan teruk di beberapa jalan utama pada pagi Isnin.
Menerui Twitter yang dihantar oleh pengguna jalan raya, kesesakan teruk berlaku di Lebuhraya Duke, laluan Gombak menuju ke Petaling Jaya dan Jalan Kelang Lama menghala ke Kuala Lumpur.
Banjir kilat dilaporkan berlaku di Jalan Kuching, sebelum susur ke bulatan Segambut.
Terowong SMART dalam laman webnya memaklumkan bahawa penutupan terowong itu dilakukan kerana hujan lebat dan membolehkan sistem tebatan banjir beroperasi.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga di Kuala Lumpur dan Selangor, yang dijangka berterusan sehingga petang Rabu.
Dalam kenyataannya, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Selangor ialah daerah Petaling, Kuala Langat, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Klang.
Amaran yang sama dikeluarkan di beberapa tempat di Kedah (daerah Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Johor (Segamat, Kluang dan Mersing), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Rompin, Pekan dan Kuantan), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).
Turut menghadapi keadaan yang sama ialah Sarawak di bahagian Mukah (daerah Mukah) dan Sibu (Selangau), yang dijangka hujan lebat berterusan sehingga lewat petang.
KUALA LUMPUR: Lebuhraya SMART tidak boleh dibuka kepada lalu lintas dengan segera selepas banjir kilat melanda Lembah Klang Rabu lepas sebagai langkah berjaga-jaga berikutan faktor cuaca yang tidak menentu, kata Ketua Pegawai Operasi Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd Mohd Fuad Kamal Ariffin.
Beliau berkata sebanyak tiga juta meter padu air dicatat memenuhi kedua-dua ruang terowong SMART semasa kejadian banjir itu, dan pihaknya mengambil masa enam jam untuk mengeringkan terowong tersebut.
Bagaimanapun, Mohd Fuad berkata Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) tidak membenarkan terowong dibuka sejurus proses pengaliran air selesai kerana faktor cuaca yang masih menunjukkan tanda-tanda hujan akan berterusan.
KEMAMAN: Kerajaan Terengganu akan membina semula projek jambatan Sungai Pinang dekat sini yang pembinaannya tergendala sejak lebih 10 tahun lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM8.5 juta bagi menyiapkan jambatan yang menghubungkan lebih 20,000 penduduk dari beberapa kampung dengan Bandar Cukai.
Kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan pembinaannya yang dijangka bermula awal tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun, katanya selepas melawat beberapa buah rumah penduduk yang terbabit dengan banjir kilat baru-baru ini.
Beliau berkata jambatan berkenaan penting kerana ia adalah laluan utama penduduk Air Putih ke Bandar Cukai.
KANGAR: Pembekalan air bersih ke seluruh Perlis terjejas sebanyak 20 peratus sejak Selasa lalu berikutan banjir kilat yang menenggelami Rumah Pam Air Sungai Pahat, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada Rabu.
Beliau yang melawat rumah pam itu hari ini berkata, kerja-kerja membaiki kerosakan pam, motor dan kotak suis sedang giat dijalankan kerana banjir telah surut dan ia dijangka siap sepenuhnya 8 Ogos ini.
Hujan lebat yang berlaku di kawasan Sungai Batu Pahat pada awal pagi Selasa menyebabkan banjir kilat sehingga menenggelamkan enam unit pam di rumah pam itu selain beberapa buah kampung di kawasan Bintong yang turut dilanda banjir.
ALOR GAJAH: Lebih 300 penduduk Kampung Paku dan Air Lanjut, dekat sini, merayu campur tangan kerajaan negeri mengatasi masalah pencemaran dan banjir kilat yang berpunca daripada kerja pembinaan loji kumbahan di kawasan berkenaan sejak dua tahun lalu.
Penduduk mendakwa sikap lepas tangan pihak pentadbiran sebuah institusi pengajian tinggi membina loji kumbahan tanpa berbincang dengan penduduk merumitkan lagi keadaan.
Mereka khuatir timbul masalah pencemaran bau apabila loji terbabit beroperasi dan penduduk mula menerima kesannya sejak projek itu dilaksanakan dua tahun lalu.
KOTA BAHARU: Kerajaan negeri Kelantan gagal menangani masalah banjir kilat di negeri itu yang berpunca daripada sistem peparitan yang tidak sempurna, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Katanya kerajaan negeri pimpinan PAS perlu bertindak segera menangani masalah itu kerana ia telah membebankan ribuan penduduk negeri itu sekian lama.
“Isu utamanya di sini adalah sistem perparitan yang gagal dilakukan di kawasan perumahan seperti ini dan ini merupakan kelemahan yang sangat ketara kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di taman perumahan Thirteen Avenue Garden, Kubang Kerian, di sini, Sabtu.
Lebih 70 keluarga tamah perumahan dan penduduk sekitar kawasan itu terjejas dengan banjir yang melanda kawasan itu sejak empat hari lepas.