Daftar e-Kasih Bukan Penentu Kelayakan Terima Bantuan – ICU JPM
KUALA LUMPUR: Pendaftaran terbuka data keluarga miskin dalam sistem maklumat kemiskinan negara (e-Kasih) bukan penentu kelayakan untuk mereka menerima bantuan di bawah program pembasmian kemiskinan yang dijalankan kementerian dan agensi berkaitan.
Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) berkata ini kerana e-Kasih bukanlah badan yang memberi bantuan, seperti mana tanggapan banyak pihak.









