Posts Tagged ‘Perceraian’
ADI dan Aida ketika menghadiri malam ABPBH di Genting Highlands, tahun lalu.
Isteri Adi Putra tidak putus asa lalui saat getir
JIKA bukan kerana suami sendiri yang membuka mulut, mengaku rumah tangga mereka kini bagai telur di hujung tanduk, tentunya tiada siapa yang tahu bahawa mahligai pasangan pelakon terkenal, Adi Putra dan Aida Yusof sedang bergelora dilanda badai. Pada zahirnya, pasangan ini kelihatan sangat bahagia.
KEPULANGANNYA ke Jakarta, Indonesia awal April lalu kembali menghembus luka kepada Sophia Latjuba apabila persoalan mengenai rumah tangganya yang berantakan berterusan dibangkitkan.
Semua itu bagaimanapun, tidak membekas di hati aktres kelahiran Berlin, Jerman itu yang mengambil pendirian tegas menolak untuk tidak melayan sebarang pertanyaan mengenai rumah tangganya.
“Kebenarannya bagaimana, lihat saja nanti,” jawab Sophia pendek, enggan mengesahkan berita mengenai rumah tangganya dengan lelaki warga Amerika Syarikat (AS) Michael Anthoni Villarea yang dikatakan sudah berakhir.
SUAMI pelakon Rita Rudaini, yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, lebih selesa mendiamkan diri daripada mengulas kemelut rumah tangga yang dialami mereka ketika ini.
Menerusi khidmat pesanan ringkas yang dikirimkan kepada Hip semalam Aidil menjelaskan, dia belum bersedia untuk mendedahkan perkara itu kepada khalayak.
“Minta maaf. Apabila tiba masanya nanti, saya akan beri keterangan apakah sebenarnya yang berlaku di dalam rumah tangga kami. Saya harap semua pihak dapat memahami situasi yang sedang saya lalui ini,” kata Aidil.
Mengenai desas-desus mengatakan perceraian bakal berlaku dan Rita sendiri sedang menunggu surat cerai daripadanya, Aidil tidak mengesah atau mengiyakan perkara itu. Sebaliknya dia meminta semua pihak supaya menunggu kenyataan rasmi daripadanya.
Hasrat JUPE kahwini bintang bola sepak Argentina tak direstui keluarga
TRAUMA kehidupan silam ibunya membuatkan artis jolokan simbol seks Asia, Julia Perez atau Jupe, 31, tersepit. Ibunya pernah berhadapan dengan sejarah hitam apabila hubungan cintanya dihalang orang tua. Malah, lebih teruk ibunya hamil dan ditinggalkan terkontang-kanting oleh si kekasih.
Dan sejarah kelam ibunya menjadi tempias kepada hubungan Jupe dengan kekasihnya, bintang bola sepak kelahiran Argentina dari Kelab Persiba di Indonesia, Gaston Castano, 26. Hubungan mereka mendapat bantahan hebat kerana ibunya tidak mahu Jupe menerima nasib yang sama sepertinya.
Ketika ini, pelakon, penyanyi, penyampai dan model sensasi Indonesia itu buntu memikirkannya. Januari ini bakal menentukan apakah perancangan Jupe dan Gaston untuk mendirikan rumah tangga menjadi kenyataan. Dek kerana berbeza agama dan budaya, mereka berkemungkinan berkahwin di Australia, manakala majlis resepsi akan berlangsung di Bali, Indonesia. Bagaimanapun, sehingga saat ini, Jupe masih berusaha memujuk hati ibunya.
Katy Perry didakwa sambut tahun baru bersama lelaki mirip Russell Brand
BEBERAPA hari selepas peminat didedahkan dengan cerita mengejutkan mengenai perpisahan yang berlaku ke atas pasangan selebriti, Katy Perry dan Russell Brand, penyanyi wanita terbabit dikatakan tidak mempunyai masa untuk bersedih. Sebaliknya tanpa membuang waktu, dia berparti sakan ketika meraikan kedatangan tahun baru bersama seorang lelaki yang didakwa mirip bekas suami.
Penyanyi berusia 27 tahun yang kini popular dengan lagu E.T itu didakwa meraikan kemunculan 2012 di Soho House, Hollywood, bersama lelaki terbabit, sedangkan Russell pula menyambut tahun baru seorang diri di sebuah hotel di London.
Menurut New York Post, penyanyi itu juga dikatakan bergembira di samping teman misterinya itu.
Sarah Sechan mahu media berlaku adil melaporkan berita perceraian
LANGSUNG tidak pernah terlintas di fikiran, kes perceraiannya akan mendapat liputan luas media hingga membuatkan pengacara popular, Sarah Sechan kurang selesa apabila hal peribadinya terlalu disorot.
Meskipun sedia bekerjasama, namun masih ada bahagian yang enggan dikongsi secara umum. Sarah sebaliknya, lebih rela menyimpan itu sebagai misteri untuk dirinya dan suami.
Tolonglah berikan liputan yang adil, tanpa perlu ditokok tambah serta diselitkan pelbagai tanggapan yang cuma memburukkan lagi apa yang berlaku. – Sarah Sechan
SOROTAN MINGGUAN Oleh SALWA SHA’ARI
RABU lalu, pelakon Shaharuddin Tamby dan isteri, Nor’aini Muhammad telah ke Mahkamah Rendah Syariah Gombal Timur, Kuala Lumpur untuk menghadiri prosiding perceraian mereka.
Permohonan untuk bercerai itu difailkan oleh Nor’aini dan media yang hadir untuk membuat liputan akhirnya ‘berputih mata’ kerana prosiding dijalankan secara tertutup atas permintaan Nor’aini.
Sebagai seorang pelakon, Shaharuddin sememangnya mempunyai tarikan, termasuklah seorang wanita yang sanggup menunggu di mahkamah untuk mengikuti prosiding itu, sedangkan kesnya adalah antara kes pertama yang disebut.
KOTA BARU, 29 Mei — Mahkamah Syariah berkemungkinan akan beroperasi pada waktu malam dan cuti umum untuk menyelesaikan kes tertunggak serta mempercepatkan penyelesaian kes berkaitan isu rumah tangga.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata langkah itu akan mampu menyelesaikan banyak perkara walaupun mahkamah pada masa ini mempunyai bilangan hakim yang mencukupi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Halal Kelantan di sini hari ini yang disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Mengulas mengenai isu perceraian yang dilaporkan semakin banyak berlaku di negara ini, Mashitah yang dipetik Bernama Online berkata, masyarakat tidak sepatutnya memandang isu berkenaan daripada sudut negatif semata-mata.
Fiza akui timbul rasa menyesal kerana berlakon semula
JANGKA suhu kehidupan peribadi wanita ini berada di dalam darjah kepanasan yang amat tinggi. Sejak zaman solo hinggalah bergelar janda, ada saja cerita kurang manis mengenai dirinya yang disebarkan dan diperkatakan.
Tidak keterlaluan relung hidup anak seni bernama Fiza ini sentiasa dilingkari ranjau dan duri yang menyakitkan. Jurang gosip ternganga luas dan terus menanti dirinya. Entah mengapa, dia bagaikan sebuah lapangan sasar yang cukup mudah untuk menjadi sasaran gosip.
Memang kejam bunyinya namun itulah hakikat sebenar yang terpaksa ditelan pelakon dan juga bekas anggota kumpulan Elite ini. Biarpun hati sakit dan membuatkan dirinya merana, namun dia sudah lali dengan segala tohmahan yang dilemparkan padanya.
Published: Rabu April 13, 2011 MYT 3:35:00 PM
Updated: Rabu April 13, 2011 MYT 4:57:29 PM
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
KUALA LUMPUR: Penubuhan Program Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM) mampu membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan guaman secara percuma.
Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, penubuhan SUKAGUAM sekaligus dapat memberi pendedahan dan maklumat kepada masyarakat mengenai hal berkaitan perundangan yang tidak diketahui oleh mereka.
Memperoleh sokongan daripada Pengerusi Rangkaian Restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, Khairul Anwar berkata, penubuhan SUKAGUAM juga adalah sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dan juga saranan Majlis Peguam Malaysia di dalam menganjurkan khidmat masyarakat kepada umum.